Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Friday, April 8, 2011

Pengalaman Dari Perjalanan 6

Rex Moughan(CEO Forever Living Products)


Forever Living No Limits…


Assalamualaikum all readers semuanya…Lama la pulak aku tak update Blog aku yang sekor nih..Kekekeke…Wah..Sedar tak sedar dah hampir 3bulan rasanya aku tak membayar bil broadband nih..maklumlah..Bizi jer kebelakangan nie…By the way,aku ingin menceritakan pengalamanku sejak kebelakangan ni,..Aku menyertai sebuah lagi Multi Level Marketing(MLM),yang diperkenalkan oleh Kak Nor(Ayu Aressa Saloon)..Aku hanya mengguna pakai kesemua barangan tersebut dan aku amat berpuas hati dengan produk kesihatan dan kecantikan tersebut..Well,Produk-produk tersebut ialah,Minyak Ikan Omega yang bermutu,Bee polent untuk Hati dan diet seharian,Susu berperisa vanilla rendah lemak dan kaya dengan protein,beserta minuman Gel aloevera untuk menguatkan imun didalam badan…



Marketing Plan langsung aku tak memahami dengan bagus sekali,kerana itulah kebiasaanku,mengambil mudah dengan sesatu perkara..cececce…^^….Aku hanya mempunyai keazaman hanya 50% untuk menjayakan misi aku kali ini bergelar Jutawan Aloevera…Manalah sempat untukku mencari orang dan memberi penerangan kerana Carwashku pun dalam proses untuk dimajukan…hurm…Kadang-kadang aku tak lena tidur bila memikirkan hal ini…Aku sekarang sudah bergelar Assistan Supervisor lol…Aku kini layak untuk menaja agen-agen yang baru untuk memastikan Kaum melayu diNegara ini setanding dengan kaum-Kaum yang lain…

Tanggal 25 haribulan 3,2011,kesemua ahli Forever Living akan berkumpul diSunway Pyramid,KL sempena Asian Rally 2011…Aku juga tidak terkecuali untuk mengikuti Asian Rally 2011 yang julung-julung diadakan DiMalaysia ini…Jam 12 Pagi Jumaat,faez dan Jo menghantar aku ke perhentian bas..Kami menunggu bas sehinggalah bas sampai kira-kira jam 1.20Pagi…Wah..dapat kulihat tempat duduk belakang kesemuanya kosong..Baru ku tahu,hanya aku Assistan Supervisor Living Forever diDungun ini..Aku berborak bersama Zainal,30an,pemandu Bas Persiaran yang begitu peramah..sehinggakan tak tersedar masa meninggalkan keadaan yang sunyi itu..Hujan menyimbah jalan dengan lebatnya…Sambil aku duduk kembali mengambil tempat duduk didepan sekali…sambil memasang earphone bersama Mp3 didalam handphone ku,sony Ericson…Aman rasanya bila mendengar Ceramah Motivasi Dr Fadzillah Kamsah,dan seterusnya muzik pula bergema…Pukul 3 pagi,Bas ku tiba diSungai Ular Kuantan untuk singgah kesebuah Kedai Makan.. Aku hanya meminta sepinggan Nasi goreng dan segelas air tea o suam,begitu juga zainal dan Kelendan Bas yang sampai sekarang masih aku tak bertanya namanya…Cececece^^

Jam 4Pagi,kami tiba diBandar Kuantan untuk mengambil sebahagian lagi peserta Asian Rally 2011…Dapatku lihat yang memasuki dan memenuhi tempat duduk belakang majoritinya berbangsa cina,hanya 9orang sahaja termasuk aku berbangsa Melayu..Aku disapa oleh seorang wanita cina yang mengaku leader untuk sesi pengembaraan ini..la…rupanya dia nak duduk tempat hadapan sekali..Aku dengan tegas terus meluru ketempat duduk yang paling belakang…setelah kesemua nama dipanggil untuk memastikan kehadiran penuh didalam Bas,kami mula bertolak…Aku mula berasa bosan..Mengantuk pun ada..Aku mula mencari idea yang lebih bijak dari kesemua peserta yang terlebih bijak dari aku tuh..Terpandangku Katil dibelakang tempat dudukku..hahahha…Tanpa banyak songeh,Aku terus meniduri diriku diatas katil tersebut…wah…tulang belulangku dapat rehat secukupnya selepas ini bisikku…kekekke…sehinggalah aku terlelap..

Jam 6pagi,aku dapati Bas sudah berhenti..Aku bangun dan menyelak langsir dan ku dapati tempat dudukku telah didiami oleh seorang wanita melayu…selesai kesemua peserta turun,aku mula memijakkan kaki kelantai dan meluru keluar menuju ketandas…Wah…Rupa-rupanya aku dipusat rehat Temerloh..(kata-kata terkejut ni aku lafazkan dalam hati ketika aku bertanya seorang peserta yang lain..)…Aku masuk kembali kedalam bas..mengambil tempat dudukku yang telah didiami peserta wanita melayu tadi..seorang Wanita melayu menyapaku..bertanya asalku dan segala-galanya tentang diriku..dan sempat juga aku melawak dan bergurau senda..Nama wanita itu Kak Mazura,berumur dalam lingkungan 35an…Dia mula bertanya kepadaku,Sudah solat subuh ker??Jawabku Belum…Kak Mazura segera menyuruhku solat kerana waktu subuh telah masuk..Tersipu-sipu aku bingkas dari tempat dudukku..Aku segera menuju keSurau yang berdekatan..Alhamdulillah…selesai juga aku menyempurnakan yang wajib..

Kak Mazura Bakal Jutawan Melayu Pertama FLP!!

Aku masuk kembali kedalam Bas..Aku melabuhkan punggungku bersebelahan dengan seorang lelaki yang kulihat tersangat hensem(ambik ati kalau dia bace^^)..Aku mulala pot pet pot pet,,,tapi dia mula menunjukkan reaksi mahu berkawan denganku..Namanya Haimi a.k.a Roy,berusia 26tahun..Seorang Tauke kedai makan ,merangkap ketua tukang masak,…Didalam Bas,Kami semua menyanyikan lagu Engkau Boleh dan Gemuruh nyanyian semula ZulRay feat Roy and orchestra bas..hahhahha…Aku kini punya geng untuk buat riuh dalam satu bas tuh..hahhaa…

Zaimi@Roy

Sesampainya Kami kedalam Sunway Pyramid,Kami segera menuju kedalam dewan konvesyen Asian Rally..Danku dapati acara sudah bermula…kami mendengar ucapan-ucapan kesemua wakil dari kesemua Negara Asean..Filipina,India,Vietnam,Cambodia,Indonesia,Hong Kong,UAE Saudi Arabia dan tidak ketinggalan Para Millionaire USA…


Kak Nor,My Upline!!Bakal Jutawan FLP!!

Jam 12.30,Kami beredar dari dewan,semata-mata untuk check in Hotel dan menyempurnakan solat Jumaat..Aduh….Keluar saja dari Dewan,Sony Ericson aku telah tiada dalam poket seluarku…Aku dan Roy mencari disekitar tempat dudukku..tapi hampa…Aku redho…Kami makan tengahhari dan kami mendapat tahu dimana kami perlu kembali semula ke Dewan tadi kerana sesi ceramah disambung lagi…Arhh…walaupun mata tak berdaya untuk mencelik,aku terpaksa lagi menahan,,sehinggakan aku terlelap juga sikit-sikit…mana tidaknya,penceramah hanya bercakap bahasa inggerisnya yang berloghatkan british…Selesai semua ceramah,jam 5 petang,Aku check in hotel bersama Roy..Persahabatan kami kukuh bagai kenal sebulan yang lepas…Jam 6.30,sesudah sembahyang asar,aku terlelap diatas katil…Tak berdaya lagi aku…Roy keluar bersama uplinenya..sedar tidakku sedar,telefon ku yang satu lagi berbunyi..Richard dan Michelle menunggu aku dilobby hotel untuk mengajakku dinner..Whatt!!!jam menunjukkan pukul 9.30 malam…Maghrib sudah terlepas…Aku terus mandi dan menunaikan solat Isyak sebelum keluar makan…Aku ,Richard,Michelle,Kak Nor,Kak Yanti dan Cake makan malam bersama direstoran mamak..Sambil membincangkan strategi untuk memperluaskan lagi perniagaan ini…Selesai makan malam,aku dan Roy keluar menghayati pemandangan berhampiran pusat membeli belah Sunway pyramid tersebut…Sunway Lagoon yang kutatapi..Arh…sibuknya Bandaraya KL nih…Penuh dengan Warga Cina dan Puak-puak Negro berkumpul..Jam 12pagi,aku membungkus nasi berlauk ayam goreng untuk santapan dihotel nanti…Makan malam pukul 10malam tadi tidak mampu mengenyangkan perutku…kekeke^^..Selepas makan,aku terus melelapkan mata,menanti hari kedua Asian Rally…

Sunway Pyramid

Jam menunjukkan pukul 8.30pagi..Aku bersembang lagi dengan Roy,bergurau dan saling suruh menyuruh untuk bersiap dahulu..Sehinggalah aku mengalah dan bingkas bangun menuju ke kamar mandi…What???Berus gigiku hilang….oh shitt….Hanya ubat gigi saja yang ada..aku pun dah tak ada cara lain lagi selain menggunakan jari telunjukku untuk digantikan sebagai berus gigi…cukuplah sekadar mengambil syarat sah bersugi…^^…Selesai bersiap,aku mengambil gambar didalam bilik tersebut sebagai kenangan..Hurm…Kami bersiap dan berkemas untuk check out hotel pada jam 9.30Pagi..Selesai makan Pagi,Aku dan Roy terus mengikuti kumpulan lain bersiap menuju ke Sunway Pyramid sekali lagi untuk meneruskan Konvesyen Asian Rally..

Bersama Jutawan Arab Saudi

Pembahagian cek bernilai ribuan,puluhan ribu,dan ratusan ribu Dolar Amerika kepada semua Ahli yang Berjaya menempa nama kini bermula…Aku dan ahli-ahli yang lain hanya bertepuk tangan dan bersorak bagai nak gila saja laa…hahhaa..^^…Richard mula mengambil gambar kami bersama Millionaire Dunia..hahaha…Dan tidak ketinggalan aku sempat bergambar dengan pencipta Forever Living Products,Rex Moughan…Walaupun sudah berusia 80an lebih,dan sudah menjadi millionaire terkemuka,beliau tetap menghadirkan diri untuk melihat anak-anak buahnya Berjaya dan memberikan motivasi yang secukupnya kepada kami semua…Selama ini tak pernah lagi aku bergambar dengan kesemua millionaire sebegini…bagiku ini MLM yang terbaik dari MLM yang lainnya…Menerapkan nilai kasih sayang,tidak menindas,tidak mementingkan diri sendiri dan jujur…..Semangatku kini 100% kepada perniagaan MLM ini…Wahh…Siapa yang berani mencabar keteguhan Syarikat yang berdiri dihampir seluruh dunia ini??Tidak ada MLM lain yang standing FLP!!Selesai bergambar,aku mengajak rakan baruku,Amy Chan keluar lunch..Amy Chan berumur lingkungan 32an dan seorang janda anak 2..Kami menuju keMcdonald dan Amy membayar makanan aku sekali…Kami bersembang berdua sambil menikmati berger ayam dan kentang goreng..Dia banyak bercerita,dan periang..Aku suka cara dia bercakap,ketawa,dan mengusik..Hah..Selesai makan,kami berdua segera menuju keDewan konvesyen tadi untuk melihat aktiviti apakah lagi yang bakal kami saksikan..

Ehem...Bersama K.nor,k.Mazura dan K.Yanti..

Jam 7malam,kami bersurai dari dewan,Aku,Roy,Cake dan Amy Chan menuju ke McDonald..McDomald lagi….haishh…Bersembang sesama kami satu kenangan yang tak dapat aku lupakan…Dapatku simpulkan disini,Roy seorang yang ceria,peramah jika sesiapa yang tidak mengenalinya secara dekat,mestilah orang akan menganggap Roy seorang yang ego dan sombong..Cake pula seorang yang pendiam..lelaki ini yang berusia 20an mudah tersenyum jika aku buat gurauan..Manakala Amy Chan pula seorang hot mama,yang ceria,periang dan peramah..Walaupun seketika pertemuan ni,kami berpisah…Tapi bagi aku,sekali bertemu dan bemesra,selagi ada waktu,selagi ada rindu,biar beribu batu,ingin aku bertemu lagi dilain ketika....Chaittt,sekali berfalsafah daa…^^

Dari kiri,Amy,Cake,Rex Moughan,Shayer,K.yanti dan K.nor..

Jam 8malam,kami semua menaiki bas untuk pulang,.Sesi memberi pandangan dan kepuasan hati mula bermula..semua peserta perlu bercakap didepan peserta lain..Aku juga tidak terkecuali..Semangatku makin membara selepas aku berikrar akan mencapai status Manager FLP diakhir tahun ini..Aku pulang dengan berkobar-kobar..membawa pulang kejayaan..Jika kita mahukan kejayaan,kita seharusnya menafikan ALASAN dan SUSAH..Kerana itulah dua perkataan ini mampu mendorong kita untuk GAGAL dalam setiap perjalanan menuju KEJAYAAN..Aku cukup bersyukur,kerana dapat menyertai program ini..Bagiku,semua peserta adalah terHEBAT!!Aku dikalangan orang Terhebat dan Bakal Jutawan..Dan Harapanku,Aku juga akan mendafat faedah yang besar pabila berdiri diLandasan yang Benar!!!FLP No Limits,No Limits Money,No Limits Downline,No Limits Succsess,No Limits Everythings!!!