Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Tuesday, July 12, 2011

Secebis Bingkisan Perasaan

Allah Yang Maha Pemurah, Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya..

terima kasih untuk saat2 indah yang boleh kami nikmati bersama..

terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama..

terima kasih untuk setiap saat2 yang lalu..

aku datang bersujud dihadapan Mu..

sucikan hatiku Yaa Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana Mu dalam hidupku..


Yaa Allah..jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,

janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..

jangan biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya..

kikislah pesonanya dari pelupuk mataku..

dan usirlah dia dari relung hatiku..

gantilah damba kerinduan dan cinta yg bersemayam di dada ini dengan kasih dari Mu yg tulus dan murni..

tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat..

tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku Yaa Allah..

tolong satukan hati kami,


bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya..

berikan aku kesabaran,ketekunan,dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya..

urapilah dia agar dia juga mencintai,mengerti dan mahu menerimaku..

dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana aku telah Kau ciptakan..

yakinkanlah dia bahawa aku sungguh2 mencintai dan rela membahagi suka dan duka aku dengannya..

Yaa Allah Maha Pengasih..dengarlah doaku ini..


lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak Mu..

Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau senantiasa memberikan yang terbaik buatku..

luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya..

pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada Mu,untuk lebih peka terhadap suara Mu..

yang membimbing aku menuju terang Mu

ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan..

jadilah Kehendak Mu dan bkn Kehendak ku yang jadi dalam setiap bahagian hidupku....

Yaa Allah...




Terima kasih wanita,Atas segala kasih yang dicurahkan,pertemuan secara kebetulan,dan tidakku sangka sama sekali kita rapat sebegini...Bagiku tiadalah perasaan lain melainkan kasih sayang seperti saudara seislam lainnya,..Jodoh ketentuan terletak diTangan yang Esa..Kita hanya merancang,Tuhan yang menentukan..dan kita tidaklah layak sama sekali untuk membangkang atau mengkritik segala perjalanan ujian yang ditentukanNya...Malah kita perlu bersyukur,kerana ujian itu yang membantu kita untuk bangkit dan mengenang Dia...


Ya Allah..Sesungguhnya Aku juga punya sedikit perasaan yang tak dapat aku tafsirkan..Naluri insani menyatakan cinta,tapi aku berusaha menjauhinya...Apakandaya,aku hanya insan biasa,lalai dari mengingatimu..Aku tetap berusaha untuk menyintaiMu,,..Ya Allah,Andai kata puteri itu Hawa ku,maka engkau permudahkanlah perjalanan ku untuk memilikinya,menjadikan dia sebagai Ratu disanubariku..Tapi,jika dia bukan untuk ku,tetapi insan yang lebih bertaqwa dariku,kurelakan kebahagiaan dia bersama putera itu..Agar kebahagiaannya terjamin dunia dan akhirat...


Ya Allah,aku redha sama sekali..bersesuaian dengan kata2 keramat sang pujangga,cinta itu tidak semestinya memiliki,cinta itu ialah melepaskan orang yang kita sayang dengan kerelaan hati sendiri..Ya Allah..Nukilan ini bukan sekadar pelepas rinduku pada sidia,tetapi juga terjemahan cintaku padaMu Ya Rabbi..PadaMu cinta kekal abadi..PadaMu tempat mengadu..PadaMu aku bersujud..padaMu aku kembali...



Sunday, July 3, 2011

Bahang Luga

Aku nak lepaskan geram dan kecewa sikit kat sini..Maklumlah,aku bukan jenis yang pamer luahan hati dalam Fesbook..Lagipun,orang yang baca dalam fesbook pun akan bahang luga bak kata orang Terengganu..Apa itu Bahang luga???Bahang luga ertinya mengikut Kamus dewan ialah,Muak dengan sikap seseorang...

Aku nak berubah...Aku nak berubah kejalan putih....Aku tak mahu lagi dihimpit kisah silam..Aku nak cuci kesalahan yang aku dah lakukan selama ini...So,jangan mencabar jiwa aku..Andai dapat masa kuputarkan semula,aku ingin mengubah tingkah laku dan apa yang engkau mahukan..

Buat jahat salah,Buat baik dipijak orang..Mampuslah...Oh Tuhan...Tenangkan lah aku...Aku semakin diambang bahang luga terhadap semua insan....InshaAllah,aku akan berjumpa dengan pakar tak lama lagi...Aku harap aku akan menjadi jiwa-jiwa yang tenang,...

Friday, July 1, 2011

Kejatuhan Pendorong Untuk Menuju Kejayaan,..


Pengalaman itu mengajar kita untuk lebih matang dalam kehidupan..Dan kehilangan itu mengajar kita untuk lebih menyayangi apa yang kita miliki..Salah dimata kalau tak nampak,Silap tafsiran kalau tak menilai..

Pengalaman itu banyak membuka peluang untuk Berjaya..Kehilangan itu bukanlah satu kejatuhan,tapi ia bagaikan satu ujian yang mampu membuka mata kita untuk lebih Berjaya..Kejayaan bermula bukan dengan berdiri tanpa tergelincir..Bukan berlari tanpa didahului satu langkah..Ia bermula dengan Turun naik semangat..Ia bermula dengan Keazaman..Penuh duri cemuhan dan bias kejian manusia..Bermula dengan titik keringat..Bermula dengan kejatuhan..Dan menuju satu peringkat..Usaha..

Motivasi perlu selari dengan usaha dan tawakal..Wujud Persistant..Kadang kadang pembunuh semangat akan tiba bila kita jatuh..Ianya adalah Kecewa..Dan geng-gengnya iaitu,Marah,Dengki,dan pelbagai sifat negatif yang mampu melengahkan perjalanan menuju kebangkitan dari kejatuhan yang besar bagi kita,dan ia kecil dari sisi Pencipta…

Apa yang penting kita nilai semula punca sebenar kejatuhan kita,dan berjanji tidak akan sesekali terjerumus kelembah yang sama..Berjanjilah,sementara Orang,Barang,dan apa jua yang berharga bagi kita ada didepan mata,jangan dipersia-siakan,Kalau dipersia-siakan juga,kelak nanti terhantuk baru terngadah..Kehilangan akan membuat kita berfikir sejenak,alangkah bagusnya dulu jika aku tidak mengabaikan sesuatu yang berharga itu sebelum ianya hilang dari pandangan mata…