Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, August 1, 2011

Ramadhan 2011


Kehadiran Bulan Ramadhan yang ditunggu-tunggu telah tiba..Aku masih disini,masih bernafas…Untuk menyedut nikmatNya..Harapanku diBulan yang mulia ini,aku ingin sekali untuk berubah kepada kehidupan yang penuh dengan barakah…Dengan tertubuhnya Carwash cawangan,dapatlah aku merehatkan diri dan bertenang disini,menghirup udara nyaman dikampung..Aman rasanya...Tidak lagi seperti dulu..suasana bandar,tekanan selalu menyelubungi..banyak duit tapi hati tersiksa nak buat apa..

Selama ini aku jauh terpesong kejalan yang terlarang..Aku mahu bebas..Mengecapi nikmat kemanisan iman yang dipuja oleh ahli sufi..Aku tidak mahu lagi menghabiskan masaku yang sedikit ini untuk bermain-main dengan nafsu yang durjana..Aku mahu bebas dari belenggu dosa..Dari godaan syaitan yang penuh dengan kesesatan yang nyata...


Ramadhan..Aku akan berjuang untuk mendapat habuan jutaan pahala dari yang maha Esa..Aku tidak ingin kembali kepada zaman keruntuhan moral..Aku ingin bahagikan masa bekerja untuk hidup sempurna didunia dan beribadat berganda-ganda buat bekal keakhirat…Restuilah aku ya Tuhan...

Ya Allah..Kuatkanlah iktikadku..Istiqamahkanlah perjuanganku..Tetapkan pendirianku..Agar aku tak terpesong dari jalan Agamamu…Amin…