sorotan menjelang Raya...
year 2010
jam 4 pg-
Shahril pulang dari Kuala Terengganu dan terus kerumahku untuk mengambil anak kunci kedai..
tujuannya untuk memasang PENDAWAIAN ELEKTRIK lampu dicarwash,untuk shif malam..
selepas ak bersahur dan solat subuh,ak terus menuju kecarwash untuk menolong Shahril..gelap suasana menggamit penglihatan disubuh hari..
ak mula berkemas dan Shahril masih melakukan pendawaian elektrik..
jam 6.40pg-
Shahril meminta kebenaran untuk pulang berehat..dan kembali bertugas jam9pg nanti..
sambil itu,ak menyediakan barangan dan alatan pembasuhan..agar tak kalut ketika pekerjaan dimulakan..
jam 8.30pg-
Anas,dan ak memulakan pekerjaan..bekerja tanpa henti..tp puasa beb..^^
10minit selepas itu Shahril datang..
jam 4ptg-
ak berhenti untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar..
4.30ptg-
suasana menjadi gopoh..apabila kereta yg kujanjikan siap selepas asar masih tidak disiapkan..
menyebabkan 2pelanggan menunggu..
jam 5ptg-
ak meninggalkan Shahril dan Anas..ak menuju keBazar Ramadhan..membeli Nasi beriani dan Air soya..juadah berbuka nanti..
tanpa membuang masa ak terus balik kecarwash...
jam 6.30 ptg-
Anas pulang dan mengakhiri tugas..Aku dan Shahril meneruskan pekerjaan dan menanti Rakanku yg akan membantu disesi malam datang..
jam 7.15mlm-
ak berbuka puasa dengan meminum Air soya dan diselangi 100plus yg hampir 2jam ku sejukkan dalam peti sejuk..
selesai meneguk air,ak teruskan lagi pekerjaanku,sementara Shahril mencari skru drver untuk menyambung kerja pemasangan lampu,..
ak makan terus berbuka dengan gopoh dan gelojoh skali...masih ada 3buah kereta yg belum dicuci lagi...
ak perlu siapkan sebelum client disesi malam tiba..Ak mula kesakitan pinggang yg teramat sangat..ak hampir tak berdaya...
jam 8mlm-
client sesi malam yg pertama datang..menaiki Proton Savvy berwarna hitam..beliau adalah client tetap diCarwashku..
hurm..dia perlu menunggu sehingga kereta 3buah td selesai dicuci..Sambil itu,shahril memasang lampu..Tiba-tiba semangatku datang..ak memasang
lagu raya dan limitkan volume laptop dan volume speker Altec lansing kepunyaanku..suasana menjadi seperti sebuah pesta..dan ak terus speed..speed
seperti baru mula bekerja...setengah jam kemudian,ju datang untuk membantu dishif malam...
jam 9mlm-
Shahril sudah tak berdaya..ak mengerti,dia hanya tidur 1jam saja pagi td..Uncle khairool Idlan (penyanyi evergreen 80an)menghantar mesej raya kepadaku..terharunyer...
jam 12mlm-
masih meneruskan pekerjaan,dan pelanggan tetap menanti..irama lagu raya kugantikan irama Rock melayu,
semakin rancak dan semangatku masih tak berganjak..
jam 12.40,kereta client siap dibasuh...dan kami bertiga mula berkemas dan mencuci kereta masing2..
jam 1pg-
masih mengelap kereta masing2...ditemani rakanku,erwan tahar,yg melepak dicarwash..
lagu Rock masih berkumandang dan sepertinya satu suasana konsert Rock pula jadinya..
lampu masih begemerlapan,dan masih ku ingat,ada 3buah kereta lagi yg merayu untuk dicuci..
tp kami menolak kerana Shahril harus pulang kekampung isterinya Jam 3pagi nanti..
jam 1.40pg-
Kami pulang dengan keletihan..esok sudah lebaran...dapatkah ak merayakan dengan bersemangat diwaktu esok..ak pun tak pasti..^^
Seminggu selepas raya Carwash akan dibuka semula...selamat bercuti,dan selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan bathin..