Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, May 21, 2012

Airmata Putera diRimba…





Saat kau tiada disisi,kurasakan kehilangan yang amat besar dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata…tidak dapat dinafikan betapa aku terlalu menyayangi kau sepenuh naluriku sebagai seorang pencinta yang setia…kuimbas kembali kata-katamu dahulu..kuimbas kembali kenangan kita bersama dahulu…sangat bahagia hidupku,tak pernah sebahagia itu dalam hidupku..kau menceriakan hari-hariku,kau mewarnakan hidupku yang sekian lama gelita tidak bercahaya…Tiap saat aku mengingatimu,tersenyum sendirian…ku berdoa tiap selesai solatku agar kau sejahtera selalu walau ku tiada disampingmu..terleka sebentar dalam lamunan indah yang engkau hadiahkan…segala apa yang aku lakukan tidak keruan bila tidak menatap wajahmu dalam kotak ingatan…



Tapi sekarang..aku setiap saat menjeling kearah telefon..harapan agar engkau menghubungi aku walau sekadar menghantar pesanan ringkas…mengapa begitu?mengapa aku begini?merindui pada yang patut aku benci….arhhh…sedangkan kamu lah yang mendustai kebahagiaan yang kita kecapi selama ini…Siapalah aku kecuali insan biasa yang tiada berbisa…adakah ini dinamakan benci tapi rindu??


Aku kini hidup tanpamu disisi…resah hari-hariku…makanku tidak seenak dulu..mandiku tak sebasah biasa..tidurku hanya bertemankan kalungan kenangan dan lena tak kunjung jika tak dipaksa…Ingatkah kau dahulu aku sudah berhenti dari menjadi perokok?perasankah kau bahawa aku sekarang overdose pengambilan rokok?perasankah kau dahulu aku suka bersukan disetiap hari?dan aku kini tak lagi bersukan kerana ditimpa perpisahan….kerana dipermainkan oleh orang yang disayangi..semangatku kau ambil..aku lemah….


Mengapa perempuan tak cukup seorang lelaki?sedangkan kau telah dipertonton didepan mata tentang tidak setianya rakan-rakanmu pada kekasih mereka..dan kau ingin jadi setia..adakah itu hanya impian yang belum terlaksana??atau hanya gurauan semata-mata untuk  melunaskan nafsu sebagai pemain cinta??kecewakan orang yang mencintai dirimu ikhlas kerana Allah??sedangkan kau mengerti bagaimana rasanya disakiti,dan kau tahu bahawa aku telah dikecewakan sewaktu dulu..dan kau tahu aku begitu menyayangi dirimu sehingga hujung nyawaku…

Sepatutnya aku harus melepaskan dirimu dari dulu lagi,tapi dengan pujukanmu aku tewas dalam pengunduran diri,tetap aku bertahan mempertahankan cinta yang kian rapuh..Tapi keikhlasanku dibalas penderitaan..ditikam belakang amatlah perit..tak tergambar pula olehku sejauh ini dan sekejam ini orang yang aku sayang tergamak melihat aku kecundang..bagimu cinta sekadar permainan,dan bukan untuk kepelamin bersulam emas diawana…..

Bagiku setiap yang aku dambakan dalam hidup kita sebagai seorang muslim adalah kejujuran..tanpa dusta mencacatkan perhubungan…tapi pernahkah kau faham hanya itu permintaanku dan kau begitu susah untuk memenuhi permintaanku itu…….sedangkan hampir  kesemuanya permintaanmu aku turuti..

Apa makna semua yang kau katakan dulu?sayang,rindu,kehilanganmu berat bagiku dan segala kata-kata keramat  romantis??adakah kau punya perasaan sehingga sedemikian rupa aku percaya kata-katamu itu?adakah perlu aku percaya semua itu adalah ikhlas darimu??kau tahu,aku tak berdaya sekarang??kau tahu tiada ruang dan tempat untuk aku berteduh dari mengingatimu?kau tahu aku keseorangan walaupun dikelilingi ramai sahabat?kau tahu aku dalam dilema?kau tahu aku sekarang rebah tersungkur dalam melalui hari-hariku?kau tahu semua itu?kau takkan tahu…kau hanya mentelaah novel tentang isi hati seorang wanita yang teraniaya dan tentang kehidupan yang direka manusia..tapi kau tidak tahu sedalam mana pengalaman,kenangan,kehebatan,keperitan dan semua yang benar tentang diriku..kau takkan tahu itu semua dan kau hanya pandai bermain diatas tangisan seorang insan yang bakal menjahanamkan hidupnya……

Aku masih terkenang disaat malam perpisahan kita..di Taman Kerang,kuantan..pada jam 1.15 pagi..ya,aku masih ingat sebagaimana aku tahu engkau juga merasai keperitan hakikat yang aku sampaikan…Hakikat yang aku simpankan sekian lama,yang kupendam sampai menghakis nikmat kehidupan sehari-hariku..malam itu aku merasa serba salah untuk memberitahu tentang permintaan ku kepadamu..dan memberitahu tentang perkataan ‘terima seadanya’ yang kau laungkan dipintu hati yang kian terluka..dan atas dasar memegang pada janji walau berat sekalipun untuk aku meluahkan yang terbuku selama ini dihati ini,aku mulakan ianya secara spontan..

Dengan memulakan dengan kebahagian dari aku,melalui lagu-lagu yang aku utarakan didalam telefon yang telah sekian lama berada didalam telefonku,..aku memperincikan setiap kebahagian kita disetiap lagu-lagu yang berkumandang..aku tahu kau faham isi hatiku secara jujur menyintaimu..engkau tenang…dan tiba babak seterusnya aku memulakan permintaanku supaya kau memberikan ‘kejujuran’ setiap apa yang disoal olehku…wajahmu mula hiba..tapi kau tetap menafikan kejujuran itu dan membuat aku hilang kewarasan…tapi aku tak marah..aku mula gunakan keupayaan aku sebagai mana yang dikurniakan Illahi,meyakini dimana kau telah berdusta bahawa kau menyanyangi dia tidak melebihi aku…kau takut dan serba salah untuk memberikan aku telefonmu bagi tujuan melihat semua pesanan ringkasmu..tapi aku tahu,aku hanya kesinambungan cintamu sejak dari dulu lagi..hatimu tak pandai berbohong,tapi mulutmu saja yang berkata nista..pada hati kau tetap mencintai dia,dan pada masa yang sama rindumu hanya untukku,melalui tutur katamu…aduh…kau tahu sakit,sebak,aku rasa macam tak mahu lagi mengenali perempuan..benarlah ulama mengatakan,wanita ibarat bukit,dipandang jauh ianya indah,tapi didalamnya penuh binatang berbisa….

Cukup menyentuh hati tika itu meskipun aku terpaksa menahan sebak didada..bukan niatku untuk membalas derita tetapi hanya melepaskan rindu yang tak bermaya akibat diracun dalam diam..ku anggap hari itu adalah hari yang penuh bermakna kerana tarbiyyahku padamu akhirnya Berjaya,meskipun tak sepenuhnya,tapi kau menyedari kesilapan kau itu dan kau faham apa itu cinta menurut islam yang cuba aku sampaikan sekian lama…..walaupun dalam tarbiyyah ini,aku korbankan jiwaku menanggung azabnya tanpa dirancang……..andainya aku tahu hempedu itu pahit,takkan aku jadikannya sebagai santapan…


Seharian waktu bersamamu,tak terasa saat yang berlalu,bagai pelangi petang kau kan pasti,pergi  jua……hanya itu yang dapat aku gambarkan tika itu dan tika ini..kini semuanya telah berakhir..berakhir dengan bertemakan kegelapan,tak bercahaya….tapi mahligaimu tetap dari airmataku,yang jernih…dan aku masih disini..dihentian ini..dalam kegelapan berteman sinar lilin..dan menangis kerana mu….semoga kau berbahagia disamping yang kau cintai..tak perlu menoleh padaku lagi..teruskan perjalananmu..biarlah kita berjauhan dari hari-hariku penuh dengan nista yang engkau anugerahkan… 


1 comment:

Outbound di Malang said...

Kunci keberhasilan adalah menanamkan kebiasaan sepanjang hidup Anda untuk melakukan hal - hal yang Anda takuti.
tetap semangat tinggi untuk jalani hari ini ya gan ! ditunggu kunjungannya :D