Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, May 21, 2012

Airmata Putera diRimba…





Saat kau tiada disisi,kurasakan kehilangan yang amat besar dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata…tidak dapat dinafikan betapa aku terlalu menyayangi kau sepenuh naluriku sebagai seorang pencinta yang setia…kuimbas kembali kata-katamu dahulu..kuimbas kembali kenangan kita bersama dahulu…sangat bahagia hidupku,tak pernah sebahagia itu dalam hidupku..kau menceriakan hari-hariku,kau mewarnakan hidupku yang sekian lama gelita tidak bercahaya…Tiap saat aku mengingatimu,tersenyum sendirian…ku berdoa tiap selesai solatku agar kau sejahtera selalu walau ku tiada disampingmu..terleka sebentar dalam lamunan indah yang engkau hadiahkan…segala apa yang aku lakukan tidak keruan bila tidak menatap wajahmu dalam kotak ingatan…



Tapi sekarang..aku setiap saat menjeling kearah telefon..harapan agar engkau menghubungi aku walau sekadar menghantar pesanan ringkas…mengapa begitu?mengapa aku begini?merindui pada yang patut aku benci….arhhh…sedangkan kamu lah yang mendustai kebahagiaan yang kita kecapi selama ini…Siapalah aku kecuali insan biasa yang tiada berbisa…adakah ini dinamakan benci tapi rindu??


Aku kini hidup tanpamu disisi…resah hari-hariku…makanku tidak seenak dulu..mandiku tak sebasah biasa..tidurku hanya bertemankan kalungan kenangan dan lena tak kunjung jika tak dipaksa…Ingatkah kau dahulu aku sudah berhenti dari menjadi perokok?perasankah kau bahawa aku sekarang overdose pengambilan rokok?perasankah kau dahulu aku suka bersukan disetiap hari?dan aku kini tak lagi bersukan kerana ditimpa perpisahan….kerana dipermainkan oleh orang yang disayangi..semangatku kau ambil..aku lemah….


Mengapa perempuan tak cukup seorang lelaki?sedangkan kau telah dipertonton didepan mata tentang tidak setianya rakan-rakanmu pada kekasih mereka..dan kau ingin jadi setia..adakah itu hanya impian yang belum terlaksana??atau hanya gurauan semata-mata untuk  melunaskan nafsu sebagai pemain cinta??kecewakan orang yang mencintai dirimu ikhlas kerana Allah??sedangkan kau mengerti bagaimana rasanya disakiti,dan kau tahu bahawa aku telah dikecewakan sewaktu dulu..dan kau tahu aku begitu menyayangi dirimu sehingga hujung nyawaku…

Sepatutnya aku harus melepaskan dirimu dari dulu lagi,tapi dengan pujukanmu aku tewas dalam pengunduran diri,tetap aku bertahan mempertahankan cinta yang kian rapuh..Tapi keikhlasanku dibalas penderitaan..ditikam belakang amatlah perit..tak tergambar pula olehku sejauh ini dan sekejam ini orang yang aku sayang tergamak melihat aku kecundang..bagimu cinta sekadar permainan,dan bukan untuk kepelamin bersulam emas diawana…..

Bagiku setiap yang aku dambakan dalam hidup kita sebagai seorang muslim adalah kejujuran..tanpa dusta mencacatkan perhubungan…tapi pernahkah kau faham hanya itu permintaanku dan kau begitu susah untuk memenuhi permintaanku itu…….sedangkan hampir  kesemuanya permintaanmu aku turuti..

Apa makna semua yang kau katakan dulu?sayang,rindu,kehilanganmu berat bagiku dan segala kata-kata keramat  romantis??adakah kau punya perasaan sehingga sedemikian rupa aku percaya kata-katamu itu?adakah perlu aku percaya semua itu adalah ikhlas darimu??kau tahu,aku tak berdaya sekarang??kau tahu tiada ruang dan tempat untuk aku berteduh dari mengingatimu?kau tahu aku keseorangan walaupun dikelilingi ramai sahabat?kau tahu aku dalam dilema?kau tahu aku sekarang rebah tersungkur dalam melalui hari-hariku?kau tahu semua itu?kau takkan tahu…kau hanya mentelaah novel tentang isi hati seorang wanita yang teraniaya dan tentang kehidupan yang direka manusia..tapi kau tidak tahu sedalam mana pengalaman,kenangan,kehebatan,keperitan dan semua yang benar tentang diriku..kau takkan tahu itu semua dan kau hanya pandai bermain diatas tangisan seorang insan yang bakal menjahanamkan hidupnya……

Aku masih terkenang disaat malam perpisahan kita..di Taman Kerang,kuantan..pada jam 1.15 pagi..ya,aku masih ingat sebagaimana aku tahu engkau juga merasai keperitan hakikat yang aku sampaikan…Hakikat yang aku simpankan sekian lama,yang kupendam sampai menghakis nikmat kehidupan sehari-hariku..malam itu aku merasa serba salah untuk memberitahu tentang permintaan ku kepadamu..dan memberitahu tentang perkataan ‘terima seadanya’ yang kau laungkan dipintu hati yang kian terluka..dan atas dasar memegang pada janji walau berat sekalipun untuk aku meluahkan yang terbuku selama ini dihati ini,aku mulakan ianya secara spontan..

Dengan memulakan dengan kebahagian dari aku,melalui lagu-lagu yang aku utarakan didalam telefon yang telah sekian lama berada didalam telefonku,..aku memperincikan setiap kebahagian kita disetiap lagu-lagu yang berkumandang..aku tahu kau faham isi hatiku secara jujur menyintaimu..engkau tenang…dan tiba babak seterusnya aku memulakan permintaanku supaya kau memberikan ‘kejujuran’ setiap apa yang disoal olehku…wajahmu mula hiba..tapi kau tetap menafikan kejujuran itu dan membuat aku hilang kewarasan…tapi aku tak marah..aku mula gunakan keupayaan aku sebagai mana yang dikurniakan Illahi,meyakini dimana kau telah berdusta bahawa kau menyanyangi dia tidak melebihi aku…kau takut dan serba salah untuk memberikan aku telefonmu bagi tujuan melihat semua pesanan ringkasmu..tapi aku tahu,aku hanya kesinambungan cintamu sejak dari dulu lagi..hatimu tak pandai berbohong,tapi mulutmu saja yang berkata nista..pada hati kau tetap mencintai dia,dan pada masa yang sama rindumu hanya untukku,melalui tutur katamu…aduh…kau tahu sakit,sebak,aku rasa macam tak mahu lagi mengenali perempuan..benarlah ulama mengatakan,wanita ibarat bukit,dipandang jauh ianya indah,tapi didalamnya penuh binatang berbisa….

Cukup menyentuh hati tika itu meskipun aku terpaksa menahan sebak didada..bukan niatku untuk membalas derita tetapi hanya melepaskan rindu yang tak bermaya akibat diracun dalam diam..ku anggap hari itu adalah hari yang penuh bermakna kerana tarbiyyahku padamu akhirnya Berjaya,meskipun tak sepenuhnya,tapi kau menyedari kesilapan kau itu dan kau faham apa itu cinta menurut islam yang cuba aku sampaikan sekian lama…..walaupun dalam tarbiyyah ini,aku korbankan jiwaku menanggung azabnya tanpa dirancang……..andainya aku tahu hempedu itu pahit,takkan aku jadikannya sebagai santapan…


Seharian waktu bersamamu,tak terasa saat yang berlalu,bagai pelangi petang kau kan pasti,pergi  jua……hanya itu yang dapat aku gambarkan tika itu dan tika ini..kini semuanya telah berakhir..berakhir dengan bertemakan kegelapan,tak bercahaya….tapi mahligaimu tetap dari airmataku,yang jernih…dan aku masih disini..dihentian ini..dalam kegelapan berteman sinar lilin..dan menangis kerana mu….semoga kau berbahagia disamping yang kau cintai..tak perlu menoleh padaku lagi..teruskan perjalananmu..biarlah kita berjauhan dari hari-hariku penuh dengan nista yang engkau anugerahkan… 


Sunday, March 18, 2012

Warkah berkalimah Puitis Buat Sang Puteri..


Segala kata-katamu terukir indah,shahdu kufahami..wajah polos dan kegilaanmu menjadi tatapan sudut kacamataku..setiap nafasmu kedengari,degupan jantungmu kutelusuri…Indah bersamamu hingga saat detiknya terlalu cepat berlalu…Siang tiap ketika ku tatap bingkisan pesanan ringkasmu padaku..Malam pula kuternampak wajahmu dipurnama..Tidurku tak lena,jika tak memandang potretmu..Hari-hariku gusar jika tak mendengar cerita tentangmu..aduh…

Gerangan gadis manakah ini yang merobek kamar rinduku…Menari berirama naluri,menyanyi berlagukan sukma,pesona anggunmu itu persis permaisuri diistana kemasyuran,Budimu itu sungguh suci bertakhta disanubari..datang dimindaku yang merupakan belantara penuh haiwan berbisa………

Durjanakah aku jika meminta secebis cintamu,Berantakankah persahabatan ini jika ku lafazkan kata-kata suci besulamkan emas diseliputi debu…Ahh..Aku masih kerinduan..Kerinduan cahaya sitara mu..Rabbi saja yang memahami tika ini..dan aku harap engkau merindui kehadiranku yang tidak menyinar seumpama kejora…Yang tidak seperti apa yang kau harapkan selama ini..Dimana seorang putera kacak berkuda putih awan yang akan menuju keistanamu,untuk melamarmu..

Maafkan aku..Aku hanya putera rimba dari hujung dunia realiti yang memiliki seekor keldai dan seekor kucing yang comel..Yang berharap dari jauh untuk memiliki dirimu bak mutiara diatas sutera,didalam sebekas kaca yang dipamer diberanda awangan…

Tolong jangan buatku merana..Jangan buat batinku tersiksa..Jangan titiskan airmata yang telah lama tidak membasahi pipi ini..Kerana aku tak sanggup lagi....

Kau Puteri Seroja,Kau Puteri Impian,kau Puteri Dipintu Mahligai,kau Puteri Puspasari..Kau juga Bunga Angkasa,Kau bunga Seroja,kau Bunga Sakura,Kau Bunga Emas,kau juga Bunga Larangan…

Wednesday, March 14, 2012

MEGA GATH K-CAR 2012








Konvoi Mega Gath K-car diKota Bharu telah berlalu…10 haribulan 3 2012 sejarah terlakar apabila kancil ku juga dapat penyertaan untuk kekarnival tersebut..Dihadiri Joe Garage kuantan,Born rascal Jertih,Alif Haikal Kerteh,Pijo Paka,dan ahli K-car Dungun,Abey Kusyen,Jatt Green Apple,Wan Kusyen,Faisal Avanzato,dan ramai lagi…

Seawal jam 6.45 pagi,aku dan Zaki Jerangau menuju ke rumah Faisal Avanzato untuk menunggu rakan-rakan lain..Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi,kami semua bertolak keKuala Terengganu..Dengar kata ada ramai rakan-rakan lain yang menunggu berhampiran petronas Batu Burok..Kami saling kejar mengejar,siapa yang mahu duduk dibelakang..Tambahan pula aku dikalangan kancil standart dan bukan berenjin turbo..Hendak tidak hendak,aku hanya mengejar dan saling memintas kancil standart juga…Dapat nombor tiga dari belakang pun dah kira Alhamdulillah..

Sesampainya kami diPetronas Batu Burok,Kami berkumpul untuk menunggu rakan lain yang belum sampai..Kami bergurau sesama sendiri maklumlah,masa ini lah kami bertemu,dan tunggu Gath yang lain lah pula jika mahu melepak bersama seperti hari ini…Ada yang membuang air,ada yang membeli makanan dan ada yang menyedut asap rokok,bergambar juga ada..

Hampir setengah jam kami mulakan perjalanan semula..Dari jumlah kami yang sedikit,kini telah berkembang menjadi puluhan lascar yang ingin memecah kesesakan diKota Bharu..Aku dan Zaki saling bersembang,dialunkan lagu-lagu mp3 yang telah aku sediakan bagi mengelakkan kebosanan melanda kami..


Berhenti pula kami di Penarik,Setiu…Menikmati makan pagi yang waktunya dah masuk tengahhari..Mana tidak berkeroncong perutku,hanya rokok dan mineral water saja yang ku buat santapan dari pagi membawa ketengahhari..Hampir setengah jam lebih kami bersembang direstoran itu,dan kami mula beransur bertolak meneruskan perjalanan..Bergabung pula dengan rakan-rakan diJertih,menguatkan lagi semangat kami untuk mengemudi jalanraya ini..

Banyak juga tempat yang kami singgah,terlalu banyak semata-mata untuk menunggu rakan-rakan yang ditinggal jauh dari pasukan kami..Dengan kesungguhan aku memecut,aku dikalangan yang terhebat dihadapan..Erti kata lain,jangan dicabar kancil liar,jika ia tertekan,tidak mustahil ia lebih menggila dari kancil-kancil yang lebih liar…

Setibanya kami diDataran TESCO Kota Bharu,penuh kereta yang menunggu ketibaan kami..Bukan sahaja Kancil,tapi Kenari,Kelisa dan Viva juga memenuhi ruang dataran…Tetapi Sang Kancil lebih menjadi tumpuan kerana majoroti adalah Kereta Kancil…Jam menunjukkan pukul 2petang..Panas sang mentari usah dikata,hampir menggelegak otak kami..Subahanallah…dah la rambut ku pendek,terasa bahangnya,bisikku pada Zaki..Setelah bergambar dan bersembang sesama sendiri,kami semua berpecah,ada yang pergi makan tengahhari,ada yang kePasaraya Tesco,dan ada yang berehat ditaman hadapan dataran itu..

Aku,Zaki dan Wan menuju ke kedai makan,sedap makanannya,harga juga berpatutan..Aku pun tak ingat nama kedai makan itu,setelah selesai makan,kami terus menuju ke Masjid Telipot,Kota Bharu..MashaAllah..siap ada penghawa dingin lagi,sempat aku mengira,lapan biji semuanya..Tak cukup dengan itu,kipas juga berfungsi dengan baik..Indah sungguh masjid itu…Selesai menunaikan solat fardhu Zohor,kami berbaring seketika..Jam menunjukkan pukul 3.45petang,kami terus menuju ketempat berkumpul tadi,dalam perjalanan kedataran,ternampakku kelibat rakan-rakan dari Naza Tuned garage pulang lalu masih sempat melambai tangan pada kami..


Sesampainya kami diDataran,kami diberi sijil penyertaan..Kami bersantai dibawah pokok yang merendang dihadapan Dataran…Ada yang tidur beralaskan riba teman wanita,ada yang bermain daun terup,ada yang bercerita tentang perjalanan dari Terengganu menuju keKota Bharu,dan pelbagai ragam perbuatan manusia disini..Pukul 5.30,kami memanaskan enjin,kini yang tinggal hanya kumpulan Kuantan,Kertih,Dungun dan Terengganu..Separuh sudah meninggalkan kami,mungkin ada yang keRantau Panjang,atau pulang terus kerumah…

Pecut memecut bagaikan sebati dalam diri masing-masing..Nampaknya aku harus menunjukkan belang juga untuk selamat dari ditinggal jauh nun dibelakang…Pelbagai cara aku gunakan untuk didepan,antaranya memotong ikut lampu isyarat,bila kumpulan kancil beratur bagai anak itik disebelah kiri jalan,aku kekanan jalan,maka bila saja lampu hijau dinyalakan,aku terus menduduki takhta liga jalanraya….dan yang paling bahaya,memotong ikut selekoh maut,..Zaki masih trauma dengan pemanduanku..Marabahaya…. Kalau nak diceritakan pengalamanku memotong ikut selekoh maut ini,cukup lah untuk ku katakan,kancilku memotong perodua viva,dan disebelah jalan pula,kereta menuju laju kearahku,manakala matlamatku hanya dihadapan viva itu dan bersama kancil yang lain..Kancil Faisal Avanzato pula perlahan dihadapanku,dalam hatiku hanya memikirkan untuk selamat diruang antara viva dan kancil Faisal..Alhamdillillah…nyaris juga viva itu melanggar bumper belakangku oleh kerana aku juga mengikut rentak kancil Faisal memperlahankan kereta..Fuhhh..mana tak trauma Zaki disebelahku..Berserabut rambutnya yang jarang tu…

Kami menuju kehentian rehat seterusnya,dan yang terakhir…diPulau Kambing..Setelah puas mencari kedai makan,akhirnya kawasan yang lapang diPulau Kambing menjadi tumpuan Sang kancil berehat seketika..Telefonku tak dapat merakam detik ini kerana kehabisan bateri,Mana tidaknya kehabisan bateri,satu pagi ,tengahhari dan petang aku asyik merakam video dan menangkap gambar..Tetapi sumbangan Wan Kusyen merakam semua gambar dimalam itu,akhirnya aku berpuas hati…Kami makan malam bersama,seingat aku,jam menunjukkan pukul 10.30 malam..Kami berpecah kepada 3 kumpulan untuk makan malam..


Selesai makan,kami semua melepak dihadapan kereta masing-masing,ada juga yang merayau dan membentuk puak-puak yang kecil..bergelak ketawa,bersenda dan sebagainya..Jam menunjukkan pukul 12malam..Kami harus pulang,selesai bersalaman dengan rakan-rakan Kuala Terengganu dan Kuantan,kami terus beransur pulang,tapi bukan dengan memecut,kerana jalan diKuala Terengganu sesak tak dapat dilafaz oleh bibir yang mampu bicara..Perlawanan bolasepak antara T-Team dan Pahang diStadium Nasirudin Shah,dan Hot Fm Big Jamm diTaman ShahBandar diadakan serentak…kami semua berpecah,ada yang ke petronas,ada yang memecut selaju-lajunya,dan aku bersama Zaki diantara zon kelajuan dan keamanan…..

Pulang aku dengan kepuasan yang tak terhingga…Kepuasan yang tak dapat dinilai dengan wang.. Pengajaran juga kutimba,biar lambat asal selamat,potong jika selamat,dan kalau nak duduk didepan,banyak lagi caranya,antaranya,jadi penganjur utama Gath seterusnya…hehehe

Thursday, March 8, 2012

Perutusan Hari lahir ke-24

Alhamdulillah,syukur kehadrat Illahi dapat ku nukilkan lagi warkah yang penuh makna pada waktu ini..Walau tak seberapa,tapi bagiku penuh beharga..Tak kisah orang memandang temeh atau enteng pada tulisanku,yang penting aku bahagia..

Rentetan pengalamanku diusia yang lalu banyak mengajarku erti penulisan..Terlalu banyak rasanya aku perlu perbaiki dalam penulisan,tapi sudah semestinya usia mematangkan pemikiran..Emosi dan persekitaran menjadi faktor yang perlu aku kawal tika menaip..Agar penulisan aku tak menjadi terlalu nampak seperti kebudak-budakkan..

2012,Tahun yang menjadikan usiaku bertambah 1 tahun lagi..Jangan dilupa,Hari ini bersamaan 9haribulan 3..Selamat hari Lahir Zul..Kau yang terbaik,semoga hidupmu penuh barakah,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki yang melimpah, dikurniakan akal pemikiran yang waras serta Iman yang teguh lagi istiqomah untuk dijadikan senjata dimedan petempuran antara dunia dan akhirat..Amin..Juga,tidak dilupa pada rakan-rakan yang mengucapkan tanda ingatan hari lahir padaku..dalam fb,telefon,media cetak,mulut kemulut,dan pelbagai alternatif lagi..terima kasih yang tak terhingga pada u all...;0

Coretan perjalanan sepanjang tahun yang berlalu banyak mengajarku untuk menempuhi usia sebegini..benar sekali,ijazah terbaik dari jalanan..dan medan tazkirah menjadi pedoman dalam peperangan dalam menentang nafsu jahat..Alhamdulillah,dikurniakan rakan-rakan seperjuangan dalam saf kepimpinan islam amat aku hargai..Harap dalam suasana kampung ini dapat aku perolehi ketenangan,kedamaian,dan ketenteraman..Kerana aku sedar,dimana adanya kuasa,disitu punya tanggungjawab yang besar…kadang-kadang,bila kita punya kuasa,disitu mudah kita memandang kelangit,tanpa tunduk kebumi..Disitu ramainya maksiat yang kunjung tiba,dan disitulah kita diuji setajam mana iman kita yang tak seberapa ini..Allahhurabbi..

Hijrahnya diriku kali ini amat aku harapkan keredhaan dari Allah..agar aku tetap dengan pendirianku yang takkan berubah hingga keakhir hayat…InshaAllah..Maka dengan ini,aku rasmikan,perjalananku bermula dengan langkah ini…