Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Wednesday, March 14, 2012

MEGA GATH K-CAR 2012








Konvoi Mega Gath K-car diKota Bharu telah berlalu…10 haribulan 3 2012 sejarah terlakar apabila kancil ku juga dapat penyertaan untuk kekarnival tersebut..Dihadiri Joe Garage kuantan,Born rascal Jertih,Alif Haikal Kerteh,Pijo Paka,dan ahli K-car Dungun,Abey Kusyen,Jatt Green Apple,Wan Kusyen,Faisal Avanzato,dan ramai lagi…

Seawal jam 6.45 pagi,aku dan Zaki Jerangau menuju ke rumah Faisal Avanzato untuk menunggu rakan-rakan lain..Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi,kami semua bertolak keKuala Terengganu..Dengar kata ada ramai rakan-rakan lain yang menunggu berhampiran petronas Batu Burok..Kami saling kejar mengejar,siapa yang mahu duduk dibelakang..Tambahan pula aku dikalangan kancil standart dan bukan berenjin turbo..Hendak tidak hendak,aku hanya mengejar dan saling memintas kancil standart juga…Dapat nombor tiga dari belakang pun dah kira Alhamdulillah..

Sesampainya kami diPetronas Batu Burok,Kami berkumpul untuk menunggu rakan lain yang belum sampai..Kami bergurau sesama sendiri maklumlah,masa ini lah kami bertemu,dan tunggu Gath yang lain lah pula jika mahu melepak bersama seperti hari ini…Ada yang membuang air,ada yang membeli makanan dan ada yang menyedut asap rokok,bergambar juga ada..

Hampir setengah jam kami mulakan perjalanan semula..Dari jumlah kami yang sedikit,kini telah berkembang menjadi puluhan lascar yang ingin memecah kesesakan diKota Bharu..Aku dan Zaki saling bersembang,dialunkan lagu-lagu mp3 yang telah aku sediakan bagi mengelakkan kebosanan melanda kami..


Berhenti pula kami di Penarik,Setiu…Menikmati makan pagi yang waktunya dah masuk tengahhari..Mana tidak berkeroncong perutku,hanya rokok dan mineral water saja yang ku buat santapan dari pagi membawa ketengahhari..Hampir setengah jam lebih kami bersembang direstoran itu,dan kami mula beransur bertolak meneruskan perjalanan..Bergabung pula dengan rakan-rakan diJertih,menguatkan lagi semangat kami untuk mengemudi jalanraya ini..

Banyak juga tempat yang kami singgah,terlalu banyak semata-mata untuk menunggu rakan-rakan yang ditinggal jauh dari pasukan kami..Dengan kesungguhan aku memecut,aku dikalangan yang terhebat dihadapan..Erti kata lain,jangan dicabar kancil liar,jika ia tertekan,tidak mustahil ia lebih menggila dari kancil-kancil yang lebih liar…

Setibanya kami diDataran TESCO Kota Bharu,penuh kereta yang menunggu ketibaan kami..Bukan sahaja Kancil,tapi Kenari,Kelisa dan Viva juga memenuhi ruang dataran…Tetapi Sang Kancil lebih menjadi tumpuan kerana majoroti adalah Kereta Kancil…Jam menunjukkan pukul 2petang..Panas sang mentari usah dikata,hampir menggelegak otak kami..Subahanallah…dah la rambut ku pendek,terasa bahangnya,bisikku pada Zaki..Setelah bergambar dan bersembang sesama sendiri,kami semua berpecah,ada yang pergi makan tengahhari,ada yang kePasaraya Tesco,dan ada yang berehat ditaman hadapan dataran itu..

Aku,Zaki dan Wan menuju ke kedai makan,sedap makanannya,harga juga berpatutan..Aku pun tak ingat nama kedai makan itu,setelah selesai makan,kami terus menuju ke Masjid Telipot,Kota Bharu..MashaAllah..siap ada penghawa dingin lagi,sempat aku mengira,lapan biji semuanya..Tak cukup dengan itu,kipas juga berfungsi dengan baik..Indah sungguh masjid itu…Selesai menunaikan solat fardhu Zohor,kami berbaring seketika..Jam menunjukkan pukul 3.45petang,kami terus menuju ketempat berkumpul tadi,dalam perjalanan kedataran,ternampakku kelibat rakan-rakan dari Naza Tuned garage pulang lalu masih sempat melambai tangan pada kami..


Sesampainya kami diDataran,kami diberi sijil penyertaan..Kami bersantai dibawah pokok yang merendang dihadapan Dataran…Ada yang tidur beralaskan riba teman wanita,ada yang bermain daun terup,ada yang bercerita tentang perjalanan dari Terengganu menuju keKota Bharu,dan pelbagai ragam perbuatan manusia disini..Pukul 5.30,kami memanaskan enjin,kini yang tinggal hanya kumpulan Kuantan,Kertih,Dungun dan Terengganu..Separuh sudah meninggalkan kami,mungkin ada yang keRantau Panjang,atau pulang terus kerumah…

Pecut memecut bagaikan sebati dalam diri masing-masing..Nampaknya aku harus menunjukkan belang juga untuk selamat dari ditinggal jauh nun dibelakang…Pelbagai cara aku gunakan untuk didepan,antaranya memotong ikut lampu isyarat,bila kumpulan kancil beratur bagai anak itik disebelah kiri jalan,aku kekanan jalan,maka bila saja lampu hijau dinyalakan,aku terus menduduki takhta liga jalanraya….dan yang paling bahaya,memotong ikut selekoh maut,..Zaki masih trauma dengan pemanduanku..Marabahaya…. Kalau nak diceritakan pengalamanku memotong ikut selekoh maut ini,cukup lah untuk ku katakan,kancilku memotong perodua viva,dan disebelah jalan pula,kereta menuju laju kearahku,manakala matlamatku hanya dihadapan viva itu dan bersama kancil yang lain..Kancil Faisal Avanzato pula perlahan dihadapanku,dalam hatiku hanya memikirkan untuk selamat diruang antara viva dan kancil Faisal..Alhamdillillah…nyaris juga viva itu melanggar bumper belakangku oleh kerana aku juga mengikut rentak kancil Faisal memperlahankan kereta..Fuhhh..mana tak trauma Zaki disebelahku..Berserabut rambutnya yang jarang tu…

Kami menuju kehentian rehat seterusnya,dan yang terakhir…diPulau Kambing..Setelah puas mencari kedai makan,akhirnya kawasan yang lapang diPulau Kambing menjadi tumpuan Sang kancil berehat seketika..Telefonku tak dapat merakam detik ini kerana kehabisan bateri,Mana tidaknya kehabisan bateri,satu pagi ,tengahhari dan petang aku asyik merakam video dan menangkap gambar..Tetapi sumbangan Wan Kusyen merakam semua gambar dimalam itu,akhirnya aku berpuas hati…Kami makan malam bersama,seingat aku,jam menunjukkan pukul 10.30 malam..Kami berpecah kepada 3 kumpulan untuk makan malam..


Selesai makan,kami semua melepak dihadapan kereta masing-masing,ada juga yang merayau dan membentuk puak-puak yang kecil..bergelak ketawa,bersenda dan sebagainya..Jam menunjukkan pukul 12malam..Kami harus pulang,selesai bersalaman dengan rakan-rakan Kuala Terengganu dan Kuantan,kami terus beransur pulang,tapi bukan dengan memecut,kerana jalan diKuala Terengganu sesak tak dapat dilafaz oleh bibir yang mampu bicara..Perlawanan bolasepak antara T-Team dan Pahang diStadium Nasirudin Shah,dan Hot Fm Big Jamm diTaman ShahBandar diadakan serentak…kami semua berpecah,ada yang ke petronas,ada yang memecut selaju-lajunya,dan aku bersama Zaki diantara zon kelajuan dan keamanan…..

Pulang aku dengan kepuasan yang tak terhingga…Kepuasan yang tak dapat dinilai dengan wang.. Pengajaran juga kutimba,biar lambat asal selamat,potong jika selamat,dan kalau nak duduk didepan,banyak lagi caranya,antaranya,jadi penganjur utama Gath seterusnya…hehehe

No comments: