Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Sunday, October 31, 2010

Kancil oh Kancil






Apalah nasib aku...memiliki kenderaan yang asyik buat hal..rm 4ribu lebih dikeluarkan semata-mata mahu melihat kenderaan aku berpotensi menjadi kancil yang disegani..tapi itu adalah perbuatan yang sia-sia...wth...

Selesai satu masalah,masalah lain yang timbul...aku pernah mencantikkan kereta kesayanganku itu dengan pertolongan Rakanku..dan hasilnya...teng teng teng.......



Aku dah gila sekarang ni..tak tahu mana lagi pomen kancil yang mampu membaiki dan mengubati penyakit kancilku ini....Dan ak telah habiskan Rm 1900.00 untuk overhall dan menukar piston yang agak besar..tapi...semakin banyak masalah yang dialami seperti tersedut-sedut enjin..bagai kereta yang berpenyakit kuku dan mulut..hehehhe


Minyak semakin laju keluar seperti enjin Honda yang bergear automatik..Arhh...penat aku melayan kereta ini...lepas daripada itu,aku mengeluarkan lagi Rm370 untuk menukar distributor dan alat yang nampak bodoh,tapi harganya....MasyaAllah............Harga macam yang aku dah tulis kat atas...^^



Aku buntu....Perniagaan makin hari makin perlahan,dan bagaimana lagi aku mahu menstabilkan simpanan untuk hari tua..hehehehe...(melawak bodo la plak..^^)
kalau lah aku tau begini banyak wang yang aku keluarkan,elok rasanya dari dulu aku mengangkat enjin Mira Turbo yang harganya lebih kurang harga yang aku keluarkan disaat dulu...

Tapi ak memang jenis yang kuat berangan..yang selalu aku angankan ialah,kalaulah tetiba jer ada seorang manusia yang ikhlas memberikan aku,tak banyak..dalam Rm 2juta..mesti aku dah angkat enjin yang boleh menggegarkan bandar Dungun nih..yang selebihnya aku nak beli Nissan Fair Lady,Rumah tak besar,tapi ada sepuluh bilik jer..dan yang paling penting,aku nak buat perniagaan yang agak besar lah keuntungannya pada aku..Buka Hub Ikan halal Malaysia...Modal 1juta beb^^...pastu,buka pusat Jamming untuk waktu beriadah bersama kawan-kawan,beli Padang Golf,beli rumah sewa dalam 5bijik...ermm...oh yer...Umrah lorh....gua nampak jer kuat enjoy,tapi akhirat wa tak lupe lol...^^

Itulah aku...dah merepek...~sekian~
P/S: Doakan aku untuk menjadi seorang jutawan yg beriman kelak!!!amin.....



Tak dapat Subaru,Fair lady pun takper..hehhehe

Saturday, October 30, 2010

Bila Pemimpin Datang ke Carwash Aku..

Hujan lebat dimusim tengkujuh ini amat memperlahankan urusan perniagaan aku..tapi aku bersyukur kerana aku tahu setiap titisan hujan itu memberi rahmat dan jutaan rezeki yang manusia pun tak nampak..

Kelmarin...Sedang kami membasuh kereta pelanggan,tiba sebuah kereta yang ingin dibasuh..Aku meneliti wajah seorang lelaki yang jernih mukanya bila tersenyum,dan suaranya begitu mesra..aku melupakan hasrat untuk bertanya siapakah dia,dan sepertinya memang aku pernah jumpa dan kenali suatu ketika dulu..

Ketika keretanya sedang dicuci,aku mula mendapatkannya dan terus bertanya,siapakah Beliau dan dari mana hendak kemana,dan jawabnya dengan tersenyum,beliau ialah Ustaz azman Shapawi,Timbalan ketua Pemuda Pas Pusat...waahhhh........Kagum mula menusuk didadaku...mana tidaknya,seorang pemimpin datang keCarwash aku...kali pertama...Aiseyyyy............




Banyak yang kami bualkan tentang isu politik semasa,dan yang paling penting isu Pilihanraya diGalas...masa berlalu pantas,Ketika keretanya siap dicuci,aku meminta untuk mengambil gambar bersama beliau...hheehhee...


P/S:Kalau tak kenal siapa yg kita sanjung selama ni,sila2la check balik...jangan bila ada depan mata,terus buat do know,padahal dia tu yg kita cari selama ni...^^

Tuesday, October 5, 2010

Zul Pekerja Yg Istimewa

semakin hari masa berlalu dengan pantas..Raya pun sudah kepenghujungnya...
kami memulakan kerja seperti biasa,hanya berdua..Aku dan Shahril..penat dan lelah drasai bersama...,akhirnya kembali mencari rezeki seperti sediakala...



kami mengalukan seorang warga kemboja untuk bekerja bersama kami..dia amat istimewa..
kecatatan yg dikurniakan Tuhan mendorong dia untuk bekerja seperti orang yg normal...
demi menyara keluarga dikampung...istimewa??yaa...sewaktu kecil,dia mengalami demam panas dengan amat teruk..
menyebabkan sebelah kakinya tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya..hebat ciptaan Tuhan..Termanggu ak seketika..
dia amat tabah..senyum bila dalam kesusahan,adakalanya duka dipendam tiada siapa yg mengerti...Dia ialah Zul..
(skali macam nama manager carwash daa...),berumur 31 tahun dan Duda anak dua..


Simpati sering didadaku..mungkin juga dihati pelanggan2 yg mengunjungi companyku..
petang itu,ak dan Zul cuba mengangkat batu yg agak berat untuk menutup longkang dibelakang kedai..
Zul menyatakan pinggangnya xkan tahan,tp dia cuba juga untuk mengangkat..tiba-tiba Zul jatuh rebah dan batu yg berat tadi hampir menghempap beliau..
ak panik sambil memeriksa keadaan kakinya..Alhamdulillah..hanya luka kecil saja..manakala ak hanya luka dijari..suspen betul...

Banyak peristiwa yg menyayat hati,adakalanya semasa rancak bekerja,Zul jatuh tergelincir..
ak hanya mampu menenangkannya..tapi dia teruskan kerja tanpa mengeluh seperti anak manja...itulah kehebatannya...


Zul ketika membersihkan tempat yg dulunya penuh rumput2 panjang

Suatu petang ak cuba berbicara dengannya..ak cuba memahami dirinya..dia sangat resah..tp siapa yg tau??
dia menyatakan dia sudah menceraikan isterinya kerana curang dan berkahwin dengan lelaki bukan islam..

Tergamak seorang isteri berkahwin dengan bukan islam ketika suaaminya bekerja diluar negara..Hati siapa yg tak menangis???bangsatt..
masalah lain pula timbul apabila bekas isterinya mengambil anak bongsunya yg berumur 2tahun dari jagaan orang tua Zul dikemboja..

Sebak zul dari matanya ak tatapi..Zul hanya berharap agar dia diberikan cuti bulan Jun nanti,
untuk pulang kekampung dan mengambil semula haknya yg paling beharga..mengumpul duit adalah hobinya sekarang untuk bertemu muka dengan anak anaknya..

Pernah juga ak terdengar alunan zikir dari mulutnya,sayu kedengaran diwaktu hujan...dia amat rajin beribadat kepada Allah..setiap pendapatan gajinya sangat disyukuri..

sangat menyayat hati....:-(





29/10/2010