Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Saturday, November 13, 2010

Kali Pertama Berniaga DiPasar Dungun

Jumaat..Tanggal 11haribulan 12 2010..Bermulanya satu evolusi dalam diriku untuk memajukan dan meningkatkan ketahanan diri dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam hidup..Aku memulakan pagiku dengan Solat subuh dan berdoa keHadrat Ilahi agar perniagaan ku diPasar Besar Dungun akan beroleh keuntungan..Inilah pertama kali aku berniaga diPasaryang penuh sesak dan ribuan orang ramai...Aku persiapkan satu payung,satu meja,dan satu kerusi..Barangan yang aku niagakan ialah,Syampu,Degresser(multi purpose),Pengilat tayar,dan Set Polish n wax Keenplus...

Gambar diambil selepas bersiap untuk pulang..
Aku keseorangan..Shahril hanya datang sekali-sekala untuk membantu dan menemaniku..wah...Inilah dugaan pertama yang aku tempuhi..Kebosanan ditahap Melampaui batas..Sebatang rokok aku nyalakan..menghembus kepulan asap sambil mengadap laptop..Aku cuba menghilangkan kebosanan dengan melayari Blog rakan2..tapi debaran semakin kencang..Aku terus menutup Laptop..Kerana aku sedar,Aku kini sedang berperang didalam berniaga..bila-bila masa sahaja pelanggan akan datang..Aku hanya mampu tersenyum..Bukan senang untuk aku ukirkan senyuman semasa mencuci kereta..tapi aku perlu senyum,kerana dengan satu senyuman,mungkin akan merubah hati pelanggan kearah kebaikan bersama...

Aku masih dalam kebosanan..Aku cuba menelefon rakan-rakan..Tapi panggilanku sia-sia..Kerana aku tahu,mereka pasti masih dikatil dan semestinya akan bangkit menjelang tenggahhari...Aku membuka lagu dari telefon,mendengar lagu untuk hilangkan kebosanan..Sedang aku menatapi pengunjung-pengunjung diPasar,kelihatan seorang
lelaki yang berusia 30an...Memperkenalkan dirinya sebagai Zamri..Beliau berasal dari Kampung Padang Pulut..Tujuan utama kePasar semata-mata untuk membawa keluarga membeli belah diPasar basah itu...

Aku kini tidak bosan lagi..Dia banyak menceritakan kehebatan Produk yang aku niagakan ini kepada pelanggan..Dia akui keberkesanan Produk Keen Plus dalam menaikkan seri kereta dan menghilangkan calar-calar..Aku hanya perlu menokok tambah apa yang perlu..Zamri memang baik hati dan sungguh mesra..Tidak lama selepas itu,kelihatan ibunya,dan dua orang anak dara yang sungguh mempersonakan..Cewahhh=)....zamri memperkerkenalkan keluarganya kepadaku..Tapi yang pasti dan aku dengari,''Tu Adik Saya...''...(nak suruh aku jadi adik ipar ke bang??ekekekke) Zamri membeli sebotol syampu dan aku mengurangkan harga sebanyak 5ringgit kepada Rakan baruku itu..Bagiku,dialah pendorong semangat aku untuk hilangkan rasa debaran,kegusaran,kemaluan,ehhh...Bergurau pulakk....=)


Wah...Jam menunjukkan pukul 12tengahhari..Zamri telah pulang dan aku masih menanti pelanggan..Ju sahabatku tiba untuk menemaniku..sekarang aku punya teman bicara..Aku mengetahui yang perniagaanku didengki seseorang..Apalah nasib orang melayu bila sesama melayu mahu dengki dan irihati melihat saudaranya bangkit..Arh,,Aku tak akan pedulikan...Biar apa orang nak kata,aku akan teruskan..Kerana aku tahu,Rezeki itu diTangan Tuhan..

Inilah pengalamanku..pengalaman pertama berniaga diPasar Besar Dungun..Tanpa sokongan Ibu dan Bapa,kerana mereka tidak ku beritahu tentang perniagaan ku ini...Alhamdulillah dengan barangan yang terjual..Menyingkap peristiwa semalam sebelum perniagaan kubermula..,
Faez menolongku membuat flyers,membuat kertas kerja,dan print di Sebuah sibercafe berhampiran UITM...Thanks Bro...penat dan letih rasanya..Chow^^

Tuesday, November 9, 2010

Aku Jutawan Muda Menjelang 2012

Salam Aidiladha..hahahhaa...diharap menerima Perutusan ini walaupun terlalu awal untuk aku ucapkan...Aku terlalu sibuk atau omputeh panggil Buzy kebelakangan ni dan pastinya jarang-jarangla aku update blog..bukan setakat update,nak blogwalking pun dah takde mase...

Banyak perkara yang akan aku selesaikan dikala ini..Semata-mata untuk mengejar impian menjadi Jutawan Muda menjelang 2012..Wah Gitu....:)
Ak memikirkan banyak idea untuk berniaga,disamping memajukan lagi Carwash..Mulai Jumaat ini,tanggal 12 haribulan 11 2010 akan tercoret menjadi sejarah dimana akan bermulanya perniagaanku diPasar Besar Dungun...Produk yang ingin aku jual ialah Syampu kereta,dan Pengilat Tayar kereta@motosikal...Dan juga Polish n Wax..InshaAllah!!!Aku banyak berurusan dengan rakan-rakan yang berada diKuala Lumpur..Merekalah jalanku,dan pertolongan oleh Allah amat aku harapkan...Terima kasih Sahabat..Uncle Khairool Idlan dan Atim Ampang...
Aku masih lagi berfikir..memikirkan perniagaan lain yang akan aku janakan...Aku sempat minum-minum dengan rakanku,Ju..Menurutnya,dia bersetuju dengan idea aku untuk menjual berger dihadapan Pusat Pengajian Tinggi UITM...Aku akan menjadi Rakan niaga atau lebih dikenali CEO..Pagi hingga petang aku diCarwash,Malam pula aku berniaga Berger,Jumaat pula aku berniaga diPasar Dungun...Aku nekad!!!

Aku tidak mahu percayakan lagi perniagaan MLM..Aku sudah jemu!!jemu jatuh dilubang yg penuh emas tiruan...InshaAllah!!!Akan aku usahakan!!!Jutawan Muda menjelang 2012!!!chaittttt!!!!wakakakkakakakkakakka^^



Tuesday, November 2, 2010

Kancil Dah Masuk Klinik??

Salah!!.....Kancil dah masuk Workshop..bukan klinik...kwang kwang kwang....Pagi tadi aku dah hantar Kancil aku kat Workshop Lee Fei Hong..Sekali adik Wong Fei hong daa...^^...aku dapat tau yang Pomen cina ni memang expert bab segala jenis kereta..Tj yang bagitau kat aku kelmarin...sebenarnya aku kawan je ngan Tj ni,tapi Nama dia pun aku tak tahu..TJ adalah nombor plat Pajeronya..hehehe...

Kelmarin semasa ak mencuci Pajeronya,Tj asyik menceramahkan aku tentang dunia bisnes yang ditawannya sekarang..bukannya dia berjaya tanpa mendahului kegagalan,..Tj memang aku sanjung kerana beliau mampu menjadi seorang kontraktor muda yang penuh semangat Berniaga..selalu menasihati aku supaya jangan tinggal sembahyang dan selalu menyimpan wang untuk diwaktu memerlukan...
Berbalik kepada keretaku tadi,sekarang sudah pukul 3.30 petang..Masih Lee tidak menelefon aku..Harap-harap tak mencecahlah Rm 100 lebih..Kerana aku sudah hampir kehabisan wang dalam simpanan..Ini memang dugaan bagi aku..Tapi aku dah dengar Ustaz cakap,Ujian itu tandanya Tuhan menyayangi dan ingat kat kita...Rezeki kalau Tuhan bagi,Dia saja yang berhak mengambilnya semula..





Sembahyang Zuhur dulu der...Nak dekat Asar dah..
P/S:Sembahyanglah kamu sebelom kamu disembahyangkan..Hidop seribu Tahun pun tak guna kalau tak sembahyang...(sambil dengar Nasyid Saujana-Sepohon kayu daunnya rimbun...^^)