Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Saturday, January 29, 2011

Selangkah kealam Perkahwinan


Pertama sekali yang ingin aku katakan,ini adalah pandangan peribadi aku,yang masih belajar apa itu alam perkahwinan...

Assalamualaikum all readers....
hahahha...gelakk dulu....aku bukan tebiat nak mampus kes taip entry nih,cuma buangkan masa untuk hobi sendiri cik jah woitttt....

Aku perlukan Bimbingan....Bimbingan kealam Rumahtangga..hahahhhaa.....hadowwww.....lawakk sehhhhh.....
Alam rumahtangga banyak cabarannya..malah bertunang pun banyak dugaannya...Mana aku tahu??aku banyak mendalami perkara ni dari teman-teman yang banyak luahkan kepadaku...Tak kurang juga aku bertanya tentang alam perkahwinan nih dari orang-orang yang berpengalaman...

Dugaan memang akan mendatang..Tidak kira dimana,apa kita lakukan,atau tidak sesekali kita pinta,yang penting cara kita hadapi itu sendiri...hahaahaha...Lelaki harus cool dan matang dalam menjalankan tugas sebagai leader didalam kabinet keluarga...Tak perlu untuk kita mengikut mood seorang isteri yang memang dah kurang akal sejak azali lagi..keh keh keh....betul nih...Perempuan memang semacam kurang akal,lihat sajalah perangainya yang seakan-akan
kanak-kanak yang perlu dimanja,dibelai,dan kadang-kadang yang mengidam makan penerajang pun ade...hik hik hik...

hah...Kerana Hawa,Adam dikeluarkan dari syurga...Itu dah cukup untuk membuktikan wanita adalah kelemahan bagi lelaki...huhuhu..mengikut kata ulamak pula,99 ekor syaitan bergantung pada lidah wanita..tengok sajalah dihari ini,mulut perempuan,mengalahkan lelaki
dalam berbicara...prennggg prenggggggg dah macam soundtrack RXZ...(mulut nenek)...hehehe....tapi mulut atuk,hanya menghisap daun rokok..tak terdaye....hahahhaa....hadoilaa....kesimpulannya,lelaki harus tegas,lelakikan wali...:)

Mengikut kata ulamak lain pula,Wanita ini umpama bukit,dipandang jauh cukup indah...tapi jika kita menjelajah didalam hutan itu,kita akan dapati ular tedung selar,ular senduk,ular kapak,ular ketam tebu,ular sawa,ular orok-orok(terpengaruh discovery chanell),ular anaconda,ulalalalalala....dan banyak lagi....itu baru setakat ular,tak termasuk lagi
scorpions(still loving u),ahhh..banyak la,kalau nak buat contoh,mesti lenguh lah nak bace erk???hahaha,isi tak macamana,tapi contoh@example mengalahkan isi...(saje nak panjangkan entry...)^^

Tanggunjawab besar bila kita (lelaki) menjadi suami..Dari segi nafkah zahir sehingga batin..Iman kenalah ada,tidak kira suami atau isteri,semua perlu ada iman..Kalau takder semua nih,pasti akan menempuh dugaan dengan merangkak punya lah...Suami isteri haruslah bertolak ansur,
tidak kira isteri besar pangkatnya dari si suami,ataupun siisteri tinggi pelajarannya dari sisuami..Kebanyakkan hari ini kita lihat,Siisteri pula mengarah-arahkan sisuami..kecilnya suami...memanglah bengkak sisuami punyer hati....^^..,,..hahahhaa....adoyai....Nauzubillahhiminzalikk.....
mintak jauh la kawe......

Bak kata pepatah,Sediakan Payung jika hendak berumah ditepi pantai...^_^


mood:tengah Bler,
Catatan:Tak jelas mana,Aku pun tak faham apa yang ditulis kat atas tuh..Larikkssss^^

Sunday, January 23, 2011

Nasihat @ Adat Menjadi Pekerja (1)

Assalamualaikum all readers all malaysian and all world...^^

Hari ni entry yang agak menarik la sikit bagi kita yang menjadi pekerja @ buruh..Pada entry lepas,aku telah menukilkan satu entry yang mampu menyedarkan Majikan @ tauke...Alhamdulillah..dikesempatan ini aku masih lagi bernyawa,dan mampu lagi memberi sedikit lagi ilmu yang aku tahu dan aku ingin kongsikan lagi apa yang aku ada,agar kita bersama-sama mendapat manfaat...

Istilah menjadi pekerja adalah lumrah kehidupan didunia ni..Kalau kita tak bekerja,sudah tentulah kehidupan ini bagaikan kosong..Kita perlukan tempat tinggal,makanan,dan pelbagai lagi Keperluan dan kehendak seperti yang kita sedia maklum...Apakah kita tidak memerlukan wang dalam kehidupan ini??itulah pentingnya kerja...

Perkara pertama ingin aku tekankan disini,pekerja haruslah solat,kerana solat itu Tiang agama,dan kita perlu solat kerana hanya Allah sahaja yang mampu memberi kita rezeki yang halal lagi berkat...Kita bekerja siang dan malam,tapi tidak berguna jua jika kita abaikan solat 5 waktu sehari semalam...Dimana gaji yang kita dapat walaupun banyak dimata zahir kita,tetapi mudah lenyap atau hilang entah kemana...menunjukkan tiada keberkatan wang itu secara kita terlepas pandang..Kenapa kita tidak menyembah Allah yang menciptakan kita seelok-elok kejadian,dan selalu memberi kita rezeki sehingga kita dewasa sebegini??Adakah kita sudah menjadi seperti Firaun yang ingkar dengan perintah Tuhan Semesta Alam??
Perkara kedua pula,Kita harus bekerja dengan seikhlas hati kita..Agar rezeki @Gaji yang kita dapat berkat dan keletihan selepas bekerja yang kita rasai itu akan menjadi satu ibadah,secara tidak langsung kita telah menempah pahala dari pekerjaan yang halal itu..Banyak yang aku lihat dimasa kini,Pekerja hanya bekerja sambil lewa,kerana apa??kerana itu bukan syarikat bapanya??Benar,,itu bukan syarikat bapanya,dan kita sebagai pekerja haruslah sedar,kita makan gaji bersama majikan,kita menolong majikan agar prestasi syarikat berkembang maju,dan secara kita tidak nampak,majikan juga menolong kita dengan membayar gaji..Itulah tujuan kerja sebenarnya...Jika kita ikhlas,majikan akan tahu,dan majikan juga akan menyanyangi pekerjanya yang ikhlas dan bukannya sekadar membodek didepan dan mengkritik majikan dari belakang..

Perkara ketiga pula,Anggaplah premis @ syarikat yang kita duduki kini adalah syarikat kita bersama..oppss...Bukan menyeleweng wang syarikat atau bahasa kasarnya membuat harta syarikat semacam bapak kita punya harta..^^...Tekun dan kerja keras disamping membantu mencantikkan syarikat,selalu memberi peringatan,membantu majikan bagi menyelesaikan masalah syarikat itu yang aku maksudkan..

Perkara keempat pula,jangan ambil hati jika majikan asyik menyuruh atau mengarah-arah kita..kerana apa??kerana Majikan terlalu mengharapkan kita,dan jika majikan bencikan kita,tentulah kita akan tidak disuruh..Majikan akan tidak mempedulikan kita yang malas dan tidak membuat kerja yang disuruh dengan jayanya...kita yang disuruh adalah terbaik dikalangan pekerja-pekerja lain...Jadi,tidak timbul lagi soalan,''Kenapa mesti aku yang selalu disuruh??"selalulah berfikir positif,dan elakkan berfikiran negatif..

InshaAllah,akan ada lagi sambungan dilain waktu...^^

Jadilah Majikan Yang Beriman,Tegas dan Berkebajikan

Assalamualaikum all muslimin and muslimat sekalian......

Pengalaman aku sebagai majikan memang mencabar..Opss..bukan aku saja..Semua yang terlibat dalam menjadi Majikan i means...cewahhhh....^^Begini..Aku mahu kongsikan serba sedikit..Bak kata Rasulullah,sampaikanlah pesan walau sebaris ayat(lebih kurang)..Apabila kita diuji oleh Allah menjadi pemimpin,tak kiralah pemimpin negara ke,pemimpin sekolah or kolej ke,atau pemimpin ditempat kerja,kita seharusnya perlu menjaga hati orang dibawah kita,kerana orang dibawah @ yang dipimpin inilah yang menaikkan kita menjadi sebagai seorang pemimpin...

Banyak yang aku dengar,cerita orang,cerita rakyat dan cerita sensasi dikedai kopi,tentang Tauke yang lagaknya tak ubah seperti haiwan...opss...aku tak silap perkataan okey....
Majikan @ tauke ni lah yang tak masuk syurga..apasal aku kata camni??ye lah...bagi yang okey,alhamdulillah...Bagi tauke yang memerah keringat pekerja @buruh tetapi tidak membayar gaji sepenuhnya,memang tak berkat hidupnya,dulu kini dan selamanya....Kasihankan??pekerja yang memerah keringat bagai nak gila,tapi diperlakukan sedemikian...ada pulak tu,yang ditengking depan khalayak ramai....wahhhh....menyayat hati...
Tambah-tambah lagi majikan Melayu...Yang ingin sekali mengaut kekayaan dengan cepat...Lalu tidak mementingkan konsep dosa dan pahala...Sudahlah tidak solat kepada pemberi Rezeki dan penciptanya,Malah khianat pula kepada pekerja @ buruhnya...Adakah pekerja ini redha dengan perlakukan majikan sebegini?Akhirnya...Rezeki tidak berkat...Wang walaupun nampak banyak dimata zahir,tapi Hidup pula sering gelisah...Keberkatan umur pula ditarik Allah taala..Penyakit sering bertambah...Makan tak lalu,tidur juga tak lena..Adakalanya,masalah sering mendatang..Ingat!!!Tuhan nak tarik rezeki sekelip mata jer bhai!!!!Allahurabbi...

Banyak jika hendak aku nukilkan tentang majikan ni...bermacam-macam jenis...Ada yang mengikut hawa nafsu,bertuhankan ringgit semata-mata...Tidak sesekali sembahyang,tidak sesekali mengajar keluarga untuk mengenal agama..hanya bekerja mencari wang ringgit siang membawa kemalam...Tidakkah mereka ingat walau sedetik dihati dimana ajal bila-bila masa sahaja bakal mendekati..Allahhuakbar....Jauhilah aku dari menjadi seperti golongan Kacang lupakan kulit ni...
IKLAN BERBAYAR....

Pernah aku mendengar cerita dari sahabat,Ada seorang tauke nih,muda lah sangat...Dapat membeli tanah,kereta dan sebagainya...pekerja membanting tulang,tetapi majikan muda ni,tak pernah pun menolong atau bertanya tentang kebajikan pekerjanya,..Sampai waktu senja,kedai hendak tutup,muncul lah proton Satria sebuah..Tak lain dan tak bukan majikan muda tadi lol....sebelahnya pula anak gadis yang tak berapa nak cun...Majikan tadi hanya mengambil wang dan terus pergi berlalu meninggalkan kedai dan pekerjanya...Hidup hanya untuk enjoy dan berpesta...Itulah,kalau Tuhan nak bagi rezeki,terlalu mudah hambanya lalai dari mengingati pemberi Rezeki...

Aku pernah menjadi pekerja bagi seorang tauke cina semasa waktu dahulu...Aku juga pernah tidak dibayar gaji sepenuhnya...Alasannya pelbagai...Kebajikan aku tidak dijaga...lalu aku blah dari situ...Kesimpulannya,Majikan perlulah bersifat kebajikan,beriman,dan istiqomah...Dari situ aku belajar tentang menjaga hati pekerja...Hasil motivasi bertubi-tubi yang aku dengar dari percakapan Dato Dr Fadzilah Kamsah,dan dari sumber-sumber ilmu dari percakapan rakan-rakan dan teman-teman,dan juga dari Ayah aku sendiri,Alhamdulillah...dapat aku praktikkan...Tapi Majikan yang terlalu berlembut semestinya akan dipijak kepala oleh pekerja juga...Oleh itu,Tegas dan Matang kepada pekerja amatlah penting...Stabilkan kesemuanya nih,inshaallah....Selamat didunia dan diAkhirat....



Sunday, January 16, 2011

Pertikaikan Usaha dan Kejayaan Orang yang telah berjaya

Assalamualaikum sahabat-sahabat...

Entry kali ini aku mahu kongsi pengalaman sahabat-sahabat yang dah muak dengan perangai perangai orang miskin,pemalas,dan asyik
mempertikaikan kuasa yang ada pada seseorang...Aku disini menaip bukanlah mahu memburukkan orang,tetapi jauh disudut hatiku,mahu membimbing
sahabat-sahabat untuk terus meninggalkan perkara ini....

kadangkala bila kita berjaya dengan usaha kita sendiri,mesti ada suara-suara sumbang yang akan mengatakan,''itu adalah warisan dia nyer bapak...''...''itu adalah kereta bapaknya,boleh la bergaya...''hahaha.... apakah kita tidak memikirkan semua itu adalah apa yang diusahakan oleh hasil titik peluh orang itu sendiri??Atau,apakah kita tidak memikirkan yang kita sendiri tidak mahu berusaha kearah mereka yang telah berjaya dan apakah kita tidak pernah sesekali untuk menjauhi dari menjadi seperti orang yang cukup bodoh dan penuh hasad dengki yang mahu
mempertikaikan usaha orang yang telah berjaya???

Kebanyakkan orang kita(Melayu) sangat suka menjatuhkan rakan sendiri...Dan jangan terkejut,fitnah sering dilemparkan oleh mereka yang gagal kepada
mereka yang telah berjaya...Lihat kembali entry yang dah aku postkan tahun lepas..perbezaan antara orang berjaya dan orang Gagal,,(KLIK SINI).....

Kita hendaklah muhasabah diri kita kembali...berfikir sejenak,adakah kita mahu duduk diceruk penghinaan orang??atau kita mahu menjadi orang yang telah berjaya dengan hasil titik peluh sendiri??

Bukan apa..Aku punya pengalaman sedikit sebanyak tentang semua ni..Aku melihat prestasi melayu memang merudum..nak harapkan pertolongan orang semata-mata,
tapi jarang sekali mahu berusaha...macamana melayu mahu maju??pulak tu,sibuk mempertikaikan kejayaan orang lain...arh..

Aku mendengar segala tohmahan diberi kepada orang yang telah berjaya...teruk...sangat teruk...mungkin juga orang akan mempertikaikan usaha aku juga...
Dengar sini...ops...Baca sini....Aku belajar dari pengalaman..3 tahu aku belajar sambil bekerja..walaupun modal permulaan adalah dari bapaku,
walaupun kereta kancil modal dari bapaku,tapi aku berusaha mengumpul duit untuk membayar kembali semua modalnya..Jadi tidak perlu untuk orang-
orang mempertikaikan kedudukan aku sekarang...Pernah aku demam sehingga seminggu,demam tak berdaya hanya mampu berbaring diatas tikar...huh..
membanting tulang sampai nak pecah urat saraf dan menggelegak otak ku kepanasan...adakah mereka terfikir itu semua??

Aku hanya menaiki motosikal kapcai sebelum mempunyai kereta kancil,setiap pagi aku membeli sebungkus nasi lemak untuk santapan ditengahhari..

Aku tidak makan tengahhari dikedai makan,aku hanya makan selaju-lajunya bagi menyiapkan lagi kerja yang masih bertimbun-timbun..kadangkala,
aku makan berdiri,nasi didalam mulut aku kunyah sampai kedalam jamban,disamping membuang air kencing...hah!!!masihkah kamu mahu pertikaikan lagi??Badanku susut dengan mendadak...sampaikan ada tohmahan orang kampung yang mengatakan aku mengambil
najis Dadah....Allahhurabbi...tergamakkan????

Kesengsaraan juga aku dah alami...semasa membasuh lori,ibu jari kakiku pernah digilis tayar lori,masihkah kamu mahu mempertikaikan??cat
antikarat pernah tersembur kedalam mataku,menggelupur aku mencari air untuk kubasuh mataku dalam kepedihan,masihkah kamu mahu pertikaikan??kuku jariku terkepit pada pintu myvi selama 6 saat,meraung aku kesakitan,adakah kamu masih mahu pertikaikan??


Aku pernah melanggar kereta orang dan rm2000 lebih hasil keringatku dibayar bagi menebus kesilapan dan membeli pengalaman dan pengajaran,adakah
kamu mahu pertikaikan??

Jika kamu mahu pertikaikan tidak mengapa..tapi janganlah mengatakan rezeki itu semua milik pusaka atau warisan dari bapa kepada anaknya,Bapa hanya memberi jalan,dan jika anaknya mampu terbang itu diatas usahanya sendiri,berbanding mereka yang tidak mahu terbang apabila sudah diberi jalan...
pertikaikanlah,semua rezeki yang aku miliki adalah kurniaan Allah swt..TanpaNya siapalah kita..Hidup menumpang
mencari 2 ringgit untuk makan dan minum didalam dunia yang fana ini,disamping mencari bekal diakhirat kelak...

Adakalanya aku tidak balik kerumah dan tidur dikedai sahaja bagi menjimatkan petrol..Adakalanya aku sanggup menunduk hormat kepada pelanggan,
dan aku dihina bagai pencacai...Aku dibakar mentari,keringat yang aku keluarkan adakah orang mengerti??Silap kita orang melayu tidak maju...kerana pemikiran inilah kita tumbang...Kita boleh berjaya dengan keinginan kita sendiri..kita berazam,usaha,dan kita tawakal..InshaAllah,berjaya...

  • Begitu juga kita lihat dari pekerjaan orang yang lain..semuanya penuh usaha dan setitis keringatlah kita akan mendaki tangga kejayaan...bukannya mereka semua lahir saja dah menjadi jutawan,hartawan dan
    angkasawan....
    ..

Wednesday, January 12, 2011

Bila Bertemu Kawan Lama 1....

Assalamualaikum all readers and mask raiders..hehehe

Kali ini entry aku akan menceritakan sebuah persahabatan yang takkan lupus dari ingatanku...Kembali sejenak kita dizaman persekolahan pada tahun 1994,dimana tahun ini aku berusia 6tahun..Aku memulakan pencarian ilmu diTadika kemas dekat dengan rumah aku..Dimasa itulah aku mengenali jiranku yang menetap depan rumahku..Namanya Z Zur Aiman..

Hari-hari aku menunggu Z man untuk pergi tadika sama-sama..hahaha...Z man masih ku ingat,setiap kali waktu bermain,mesti fighting jer kerja kami..Pada Tahun 1995,Darjah 1,aku mendapati Z man telah memasuki sekolah Cina dekat Kuala Dungun,Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa...Aku pula menuju ke Sekolah Perempuan,atau sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,hehehe...Aku maskulin tulin beb^^...Z-man tidak kutemui selepas itu,menurut sumber yang boleh dipercayai,Z man telah berpindah disebelah kampung..;(

Lagu sekolah Kebangsaan kuala Dungun yang selalu aku nyanyikan..

Lagu Sekolah

Sekolahku Kuala Dungun,
Menimba ilmu menyayangi guru,
Usaha Jaya Moto kami,
Sanjung tinggi kebesaran Illahi.

kami berjanji berbakti setia,
Pada sekolah yang tercinta,
Di bawah naunganmu kami berdiri,
Menjadi manusia yang berguna.

Tekun belajar hingga berjaya,
Memanuhi cita-cita murni, } 2x
Itulah wawasan perjuangan kami,
Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun.


Darjah 1 aku ditetapkan kekelas Biru..Untuk pengetahuan korang,Sekolah aku dulu punya 4kelas,Biru yang pertama,Hijau yang kedua,ketiga pula Merah dan Last skali Kuning...Kelas Kuning nih kebanyakkannya yang Buta huruf la...ok....Kelas pertama yang aku dapat..Bertuah sungguh rasanya...Aku bertemu pula dengan sebilangan pelajar,masihku ingat Tajmil seorang budak yang tak berapa sopan,(macam aku),Ain yang bertahi lalat dihalkum yang pernah menjadi Ketua Darjah 1Biru (aku habis adjust nak ngorat die),Farhan sianak cikgu sabariah,Anas sianak cikgu Safura..Amelina yang pernah mengajarku tentang ilmu matematik(Tolak tambah),Aina yang suka menyakat,Zamrie,dan ramai lagi yang dah aku lupe...^^

Pada Tahun 1997,Aku darjah 3..Aku dapati kesemua rakanku tadi telah hilang entah kemana...Baru kutahu mereka berpindah sekolah...Aku hampir kecewa,cewahh...ehhehe..Seingat aku,Darjah 3 kami mula bersekolah petang...Pukul 1 tengahhari masuk kelas...Satu perasaan aneh la bagi aku...daripada tadika bangun seawal pagi tetibe jer kan??satu kejutan budaya kata owg kampong...^^Disitulah aku bertemu Hafizuddin Izham,Hafizudin Abdullah,Fizan Ali,Nurul Jannah Yumni mat Ghani,Azwan Alias,Fitri Nur Zakir,Azwan Farid(Musuh ketat)Syed Amirudin,Maziana Azmi,Syawal Jusoh,Nizam Mazlan,zafrina Tahar,nazurah,Afendi,muzaffar,Arif Khazim,Shahrul Anwar,Shahrul Aswadi,Fadhlan Fatah,Firdaus Mansur,Firdaus Rani,Asman,Aiman Zabar,Iskandar,Sanusi,Shafie,banyak lagi laa.....

darjah 3 nilah aku banyak enjoy giler-giler...Turun kelas dowh...Kelas Merah..hehhe..Cukup Gengster aku diwaktu tuh...Masa tu la aku jumpa senior aku kojak,Faizal itik,awang Kote,yang cukup gengster mase diorang darjah 6...ok...tahun 2000,Darjah 6 dan UPSR bakal tiba tahun nie...aku naik kelas Hijau...disitu aku bertemu lagi Nizam,zamrie,Shairazi(teman tadika),Hafizudin abdullah,...Tidak kurang pula bertemu rakan baru...nurul Jannah Harun,dan yang lain aku dah luper lol....hehehe..Masuk jer tingkatan 1,aku mulakan langkah menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar..Dan aku dapati ramai rakanku yang menuju ke sekolah Menengah seri Dungun,Sekolah menengah Sultan Ismail,tak kurang pula Berhenti sekolah...

.

Pada Tahun 2001,aku mulakan hidup baru..Kudapati Hafizudin Abdullah,Syed amirudin,Fizan Ali,Arif Khazim,dan beberapa lagi masih dapat ku jumpa..Semasa aku ditingkatan 5,aku berjumpa kembali Aina yang dahulunya sekelas dengan aku semasa darjah 1 dan 2 dahulu...Aku cuba bertanya dan mengenalpasti adakah dia bersekolah di sekolahku dahulu..Ternyata benar....dan aku cuba memberitahu segala peristiwa dan kenangan lama,tapi,dia sudah melupai....Aku juga sempat bertanya,dimanakah Ain,perempuan comel yang pernah menjadi ketua kelas dahulu,dan Aina memberitahu,Ain sekarang berada diKuala Terengganu dan belajar dengan cemerlang sekali...Huh...

Sehinggalah,2010..Aku bertemu kembali Fadhlan Fatah diSavecost Dungun..Mukanya tak berubah langsung..Aku dapat cam dengan jelas,dan aku mula mengingatkan dia tentang peristiwa dahulu,tapi hampa...hilang ingatan suda...^^Tapi sekarang kami masih berhubung...
Fadhlan (Ihsan gambar Facebook..)

2011 ini,Facebook Zul Carwash ada menerima permintaan sebagai kawan dari Saudari Maziana Azmi..masih tak berubah wajahnya,malah semakin ayu gitu^^ keh keh keh...Aku juga cuba mengigatkan kembali peristiwa semasa darjah 3 dahulu,tapi apalah nasib,hampa juga....
Maziana,(Gambar ihsan dari Facebook juga..)

Kesimpulannya,aku masih disini...merindukan teman lama..merindukan zaman kanak-kanak yang penuh dengan ketawa...tiada masalah,tiada kesedihan..tetapi adakah mereka juga seperti aku??Aku tak mengerti...Aku rindukan Z-zuraiman teman rapatku semasa tadika dahulu...Dimanakah beliau....;(

Monday, January 10, 2011

Komisen Menstabilkan Perniagaan

Assalamualaikum...
Disini aku masih terkapai-kapai..menatapi hari-hari lepas yang penuh dengan kekecewaan...opsss....ni bukan entry monolog,puisi atau jiwa jiwa yang kacau okkeeyyy???huhuhu

Tak lena aku pagi nie,tu pasal aku bikin update blog sekor nih...pukol 3 pagi dowh..pasal ape??hah..Aku terfikir sejenak bila meneliti kembali pendapat dan saranan kedua-dua rakanku iaitu Amir Ismadi dan Budin Forensik..Apakata guna kaedah lain untuk membayar gaji pekerja..Iaitu komisen,maksudnya,bayar elaun dan bayaran mengikut kuantiti kereta yang dicuci...Wah..selagi itulah legasi Zul Carwash akan menerajui visi dan Misi penubuhannya..ini kerana,pekerja akan selalu berharap agar kereta seberapa banyak yg masuk akan dicuci mereka...Pantas lagi efektif kualiti lagi memberasangkan..Lagi banyak kereta masuk,lagi banyaklah pendapatan mereka...(dan aku)..Sungguh tak kusangka,Tuhan telah mengurniakan pertolongan kepadaku melalui kedua rakanku ini..Ini semua terjadi selepas aku sering berdoa kepada Hadrat Allah yang Maha Esa...Thank you Allah...^^

Bukan apa,aku tidak tahan menanggung suka dan duka seorang diri...membayar gaji pekerja sangat rumit sebenarnya bagi aku..Aku perlu sistematik,tegas dan berani bagi menggempur cabaran diawal 2011 ini...Tahun 2009 aku diuji dan aku berjaya mengatasi kesemua halangan didalam perniagaan,tetapi Tahun 2010,lagi aku diuji dengan pelbagai dugaan yang bagi aku sangat melampau kegagalan yang telah aku alami!!!!

Berbalik kepada story tadi,aku mengira seberapa telus dan mulus,komisen yang akan aku berikan kepada pekerjaku...bagi aku,ini adalah Komisen berkebajikan,dimana jika mereka dapat mencuci seberapa banyak kereta,hasilnya amatlah lumayan, tidak lagi seperti dahulu,jika ada kereta,atau kereta kurang,tetap aku harus membayar gaji mereka mengikut gaji tetap seharian..pening lagi kepalaku,mana wang hendak bayar sewa kedai,mana wang nak bayar bil elektrik dan air,mana wang nak bayar kos kerosakan mesin,mana duit nak tanggung makan tengahhari diorang,mana nak cekau duit nak bayar gaji maksimum rm40 seorang jika kereta hanya masuk 6 buah sahaja......dan lagi pening kepala mereka jika kereta banyak dan gaji tetap mereka hanya sekadar cukup makan sahaja...hehehhe........dan semestinya aku perlukan revolusi ini...

Tak sabar rasanya untuk aku umumkan Komisen berkebajikan ini kepada pekerjaku...arghh...jam menunjukkan 3minit lagi pukul 4pagi..aku harus melelapkan mata..untuk solat subuh dan membuat kelengkapan kerja seawal 7pagi nanti....chow dulu....^^

Sunday, January 9, 2011

Monolog Dari Aku...

Kutatapi perit hari kehari,
Kurenangi pahit hingga ku lali,
Kujejaki pengalaman sampai disini,
kumerasa indah hanya sekali,
Selebihnya derita tak terperi yang kualami...

Kuberlari dipentas ini,
semangat air api tanah dan angin aku genggami,
menyusuri laluan onak dan duri,
akhirnya ketemu keindahan yang dicari...

Indah kumiliki hanya sementara,
Kukecapi hingga aku Terlena,
Kuhirup sampai diri terpesona,
kusyukuri indah yang tak terkata..

Malang jua apa yang dicita,
Terhempas jiwa hancur bergelora,
Terpegun aku seketika,
Menanti sinar lain yang bakal tiba...

Bukanku lari dari Hakikat,
Kucuma terbang mencari makrifat,
Sekian lama diriku terpukat,
Oleh nafsu yang dilaknat....

Nafasku tarik sedalam-dalamnya,
Membuatku lega bagai tiada bencana,
Bersatu aku didalam ilusi cahaya,
Dibawah pohonan duri berbisa..

Ku dibakar tiada berasap,
Kutatapi kabus tanpa mata terkedip,
Kutangisi sendiri hingga semangat menjadi malap,
Kukaut keuntungan dalam jiwa yang tergagap...

Pilu dihati siapa yang ingin mengerti,
Kuratapi hingga rebah tersungkur kebumi,
Terbangunku sendiri tanpa sedari,
Menatap kembali sinar cinta yang kekal abadi...



idea & writen by:Dolphin n Penguin..

Saturday, January 8, 2011

Saya Blogger Terengganu

Salam all Readers....Tadi aku punyer la bertuah,pasal aku ternampak ade lagi kontest untuk yang tak sempat join ari tu...dush.....^^
nah.. ni alamatnyer....

Nama Aku ialah Zulkifli atau lebih mesra dipanggil Nismo,atau manja lagi dengan panggilan abg Zul atau Abg Nis...kikiki^^
ok...Aku masih bujang,tak punya anak,apatah lagi bini...hehehe^^



Aku nih punya Facebook,kalau sudi add la aku...Tapi aku boleh bagi facebook ini jer,pandai pandailah korang manfaatkan penggunaan facebook korang kat url nih....http://www.facebook/zulcarwash

Tempat tinggal aku,atau mat salleh cakap "hometown" aku kat area Dungun,Terengganu jer..Kira aku nih pemuda Bloggers Dungun yang menjadi harapan Daerah lol^^
Dan secara detailnyer,aku nyer rumah kat Jalan Abdul Jalil,tempat orang kena tangkap berjudi dan melaga ayam zaman 50-an dulu....

Yang menarik kat tempat aku nih,masih ada tinggalan sejarah lombong bijih besi kat Bukit Chatak..tak jauh mana dari rumah aku,10minit dah sampai kalau naik basikal sambil bersiul...Erm..Pastu,ada la terowong yang amat gelap,menurut sumber,terowong tuh adalah terowong laluan keretapi dari Dungun menuju ke Bukit Besi semasa penjajahan British dahulu kala...

Oh yer..(sambil melahap nasik dan tangan menaip)bukan terowong mistik tu ajer yang best wooo,Pantai Teluk Bidara pun Best aper,kalau dah boring kat teluk Bidara,boleh pegi kat Pantai Teluk Gadung,dengar cite tempat awek atau anak dara comey blake duk melepak dan menggatal kat situ, hehhehe...dan yang semestinya,Dungun mempunyai Universiti Teknologi Mara lol^^...Tak Cayer??sudah......kalau percayer,Bagusss..............^^

Pantai yang terpanjang diAsia juga ialah pantai Dungun...haa....banyak....tu aku tak selongkar lagi kat Muzium dungun...Perghh...Aku bertuah duk Dungun....Suker Selokk Dok dungun Pah Ke Besor jalor.....Wok,balaik la wok key Dunguong,Ako Tungguo Muong,Kitey dudouk dekak Pula Seraa...Buleh jugok gi cerokk pata,maing air pata hok masing rebing,sedakk newor depang sura bala,perati porong dok ngepong dengang bapok dok paka gawa...Dungun Mete!!!!!!Na na nana naa...Tranunggggg Kiterrrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 5, 2011

Dosa menyimpan kuku panjang

Assalamualaikum...Tazkirah bulan ini...ingin aku berkongsi ilmu,agar kita bersama mempraktikkan dan menjauhi laranganNya...

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang
babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjag.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

Hai..Boleh Berkenalan.....kikiki^^



Jangan simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau 1km atau pun hanya jari kelingking.

Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak,merempit,dan lawan ulamak!!
sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah........

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau nak cari pasangan dan hendak anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

And additional info, kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. (bukan pakaian dalam tu k??kikiki)Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Jagela sayerr dan kawan-kawan sekandang dengan menyimpan kuku panjang k??

Tuesday, January 4, 2011

Persahabatan Yang Nista semata-mata


Persahabatan itu indah....Indah tak dapat dibayangkan...kadangkala jika difikirkan sejenak,sahabat adalah melebihi saudara kandung sendiri...segala masalah dan suka duka diharungi bersama...Tapi yang cukup menyedihkan,Sahabat yang menikam khianat dari belakang,..Adus....Sakit tak terkira..

Itulah yang terjadi kepadaku...selama ini aku cukup prihatin kepada semua rakan-rakanku...Aku lebih memberi dari menerima...Aku rela bersama bila dia ditimpa malang...Aku rela dibelasah oleh musuh-musuhnya...Aku biar diriku berlapar demi kekenyangan dia..Adakah dia mengerti itu semua??hanya ingin memuaskan nafsu dengan bertongkatkan aku untuk kenirwana kejayaan???Dan merebahkan aku hingga menyembah bumi??

Manusia berbagai jenis ragam...hendak mencari sebaik-baik umat memang cukup payah sekali...tapi yang berupa malaikat dan didalam dada penuh muslihat syaitan itu yang paling senang untuk dijumpai...Tambah-tambah Bangsa Melayu....Melayu mau makan melayu kaa????
Ingat tak lagi lagu M.Nasir,berjudul Hati Emas??singkap kembali liriknya...

Berjalan di tanah gersang
Mentari mencekam dada
Debu-debu di jalanan
Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku
Hati emas yang ku cari
Kisahnya di hujung dunia
Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus
Bagai dengar dan menghilang
Katanya pulanglah oh! anakku
Ia tiada di sini

Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti


Kembara
Puas sudah ku mengembara
Ke mana perginya oh! cahaya
Mencari hati emas bukannya mudah
Mungkin selamanya takkan aku temui



Pulak kita lihat lirik lagu Meet Uncle Hussein dan Black...

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu


Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu



Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat


Hah....Betul tak???Sayer tak tipu wak...Kerana Kurangnya pegangan agama,kita sanggup menindas sahabat yang cukup setia cam aku...Dan sekarang,aku hanya perlu berhati-hati...Setiap perkataanmu yang ditutur kepadaku amatlah berbisa walaupun diiringi haruman wangian pohonan kasturi...Didepan menyanjungku bagaikan akulah Dewamu,Tapi dibelakang akulah musuh sengketamu...

Semoga pengajaran ini diambil iktibar...Dan Berhati-hati dengan siMunafik@Hipokrit...Wallahhualam..

2011,Menguji Kesabaran...

Assalamualaikum...w.b.t..
2011 ini aku punya azam yang kukuh...Walaupun permulaan hari ditahun baru aku hampir tempang akibat eksiden,tapi itu tidak menghalangku dari membayar urusan pekerjaan dunia yang fana ini...membayar??

*Aku baru lepas tukar bateri keretaku,Rm135 dikeluarkan...
*cukai pintu Premis perniagaanku dah dibayar..rm 126...
*Esok aku harus memperbaharui Lesen kenderaan kereta(Roadtax dan Insurans),rm354.40sen..^^
*selepas itu aku harus memperbaharui Lesen Majlis Perbandaran sebanyak rm 222..
*pulak tu,aku harus membeli tong sampah yang berharga rm160 untuk dipamerkan didepan premis perniagaanku...
*selepas itu,aku harus memperbaharui lesen memanduku yang telah mati selama 7 bulan..wahhhh...Nervous memang ada bila jumpa polis yang buat sekatan jalan raya tau....
*roadtax motosikalku memang dah tak diaktifkan dah..pasal aku jarang gunakan motosikal tu kat sekatan jalanraya...keh keh keh....
*Bil elektrik dan air dipusat perniagaan aku belum jugak lagi diselesaikan..huh...

Pening aku nak selesaikan semua ni..Tapi siapa yang tahu??Ada orang nak ambik tahu??Takpe,aku dah bagitau...keh keh keh..
Berat mata memandang berat lagi den yang memikul woiittt^^
Nak cari duit memang payah gilerrr...Mencekau sana sini nak dapatkan sepuloh ringgit...Alangkah beruntungnya aku jika kedebab!!!......
rm 1 juta jatuh depan mata..atau senang citer ade orang nak bagi..ahhahaha....tapi kalau ada sungguh jangan terkejut tau??
''mustahil itu kemungkinan akan menjadi kenyataan''..
(oleh itu,sesiapa yang ada lebihan wang,bolehla disalurkan pada aku yang dalam kesengsaraan nih...)kikiki





Written by:Zul Carwash...
Ditapis oleh:Nismo
Published by:Aku
Mood:(Pening Lalat)