Saat
kau tiada disisi,kurasakan kehilangan yang amat besar dan tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata…tidak dapat dinafikan betapa aku terlalu
menyayangi kau sepenuh naluriku sebagai seorang pencinta yang setia…kuimbas
kembali kata-katamu dahulu..kuimbas kembali kenangan kita bersama dahulu…sangat
bahagia hidupku,tak pernah sebahagia itu dalam hidupku..kau menceriakan
hari-hariku,kau mewarnakan hidupku yang sekian lama gelita tidak bercahaya…Tiap
saat aku mengingatimu,tersenyum sendirian…ku berdoa tiap selesai solatku agar
kau sejahtera selalu walau ku tiada disampingmu..terleka sebentar dalam lamunan
indah yang engkau hadiahkan…segala apa yang aku lakukan tidak keruan bila tidak
menatap wajahmu dalam kotak ingatan…
Tapi
sekarang..aku setiap saat menjeling kearah telefon..harapan agar engkau
menghubungi aku walau sekadar menghantar pesanan ringkas…mengapa begitu?mengapa
aku begini?merindui pada yang patut aku benci….arhhh…sedangkan kamu lah yang
mendustai kebahagiaan yang kita kecapi selama ini…Siapalah aku kecuali insan
biasa yang tiada berbisa…adakah ini dinamakan benci tapi rindu??
Aku
kini hidup tanpamu disisi…resah hari-hariku…makanku tidak seenak dulu..mandiku
tak sebasah biasa..tidurku hanya bertemankan kalungan kenangan dan lena tak
kunjung jika tak dipaksa…Ingatkah kau dahulu aku sudah berhenti dari menjadi
perokok?perasankah kau bahawa aku sekarang overdose pengambilan
rokok?perasankah kau dahulu aku suka bersukan disetiap hari?dan aku kini tak
lagi bersukan kerana ditimpa perpisahan….kerana dipermainkan oleh orang yang
disayangi..semangatku kau ambil..aku lemah….
Mengapa
perempuan tak cukup seorang lelaki?sedangkan kau telah dipertonton didepan mata
tentang tidak setianya rakan-rakanmu pada kekasih mereka..dan kau ingin jadi
setia..adakah itu hanya impian yang belum terlaksana??atau hanya gurauan
semata-mata untuk melunaskan nafsu sebagai
pemain cinta??kecewakan orang yang mencintai dirimu ikhlas kerana Allah??sedangkan
kau mengerti bagaimana rasanya disakiti,dan kau tahu bahawa aku telah
dikecewakan sewaktu dulu..dan kau tahu aku begitu menyayangi dirimu sehingga
hujung nyawaku…
Sepatutnya
aku harus melepaskan dirimu dari dulu lagi,tapi dengan pujukanmu aku tewas
dalam pengunduran diri,tetap aku bertahan mempertahankan cinta yang kian
rapuh..Tapi keikhlasanku dibalas penderitaan..ditikam belakang amatlah
perit..tak tergambar pula olehku sejauh ini dan sekejam ini orang yang aku
sayang tergamak melihat aku kecundang..bagimu cinta sekadar permainan,dan bukan
untuk kepelamin bersulam emas diawana…..
Bagiku
setiap yang aku dambakan dalam hidup kita sebagai seorang muslim adalah
kejujuran..tanpa dusta mencacatkan perhubungan…tapi pernahkah kau faham hanya
itu permintaanku dan kau begitu susah untuk memenuhi permintaanku itu…….sedangkan
hampir kesemuanya permintaanmu aku
turuti..
Apa
makna semua yang kau katakan dulu?sayang,rindu,kehilanganmu berat bagiku dan
segala kata-kata keramat romantis??adakah
kau punya perasaan sehingga sedemikian rupa aku percaya kata-katamu itu?adakah
perlu aku percaya semua itu adalah ikhlas darimu??kau tahu,aku tak berdaya
sekarang??kau tahu tiada ruang dan tempat untuk aku berteduh dari
mengingatimu?kau tahu aku keseorangan walaupun dikelilingi ramai sahabat?kau
tahu aku dalam dilema?kau tahu aku sekarang rebah tersungkur dalam melalui
hari-hariku?kau tahu semua itu?kau takkan tahu…kau hanya mentelaah novel
tentang isi hati seorang wanita yang teraniaya dan tentang kehidupan yang
direka manusia..tapi kau tidak tahu sedalam mana pengalaman,kenangan,kehebatan,keperitan
dan semua yang benar tentang diriku..kau takkan tahu itu semua dan kau hanya
pandai bermain diatas tangisan seorang insan yang bakal menjahanamkan
hidupnya……
Aku
masih terkenang disaat malam perpisahan kita..di Taman Kerang,kuantan..pada jam
1.15 pagi..ya,aku masih ingat sebagaimana aku tahu engkau juga merasai
keperitan hakikat yang aku sampaikan…Hakikat yang aku simpankan sekian
lama,yang kupendam sampai menghakis nikmat kehidupan sehari-hariku..malam itu
aku merasa serba salah untuk memberitahu tentang permintaan ku kepadamu..dan
memberitahu tentang perkataan ‘terima seadanya’ yang kau laungkan dipintu hati
yang kian terluka..dan atas dasar memegang pada janji walau berat sekalipun
untuk aku meluahkan yang terbuku selama ini dihati ini,aku mulakan ianya secara
spontan..
Dengan
memulakan dengan kebahagian dari aku,melalui lagu-lagu yang aku utarakan
didalam telefon yang telah sekian lama berada didalam telefonku,..aku
memperincikan setiap kebahagian kita disetiap lagu-lagu yang berkumandang..aku
tahu kau faham isi hatiku secara jujur menyintaimu..engkau tenang…dan tiba
babak seterusnya aku memulakan permintaanku supaya kau memberikan ‘kejujuran’
setiap apa yang disoal olehku…wajahmu mula hiba..tapi kau tetap menafikan
kejujuran itu dan membuat aku hilang kewarasan…tapi aku tak marah..aku mula
gunakan keupayaan aku sebagai mana yang dikurniakan Illahi,meyakini dimana kau
telah berdusta bahawa kau menyanyangi dia tidak melebihi aku…kau takut dan
serba salah untuk memberikan aku telefonmu bagi tujuan melihat semua pesanan
ringkasmu..tapi aku tahu,aku hanya kesinambungan cintamu sejak dari dulu lagi..hatimu
tak pandai berbohong,tapi mulutmu saja yang berkata nista..pada hati kau tetap
mencintai dia,dan pada masa yang sama rindumu hanya untukku,melalui tutur
katamu…aduh…kau tahu sakit,sebak,aku rasa macam tak mahu lagi mengenali
perempuan..benarlah ulama mengatakan,wanita ibarat bukit,dipandang jauh ianya
indah,tapi didalamnya penuh binatang berbisa….
Cukup
menyentuh hati tika itu meskipun aku terpaksa menahan sebak didada..bukan
niatku untuk membalas derita tetapi hanya melepaskan rindu yang tak bermaya akibat
diracun dalam diam..ku anggap hari itu adalah hari yang penuh bermakna kerana
tarbiyyahku padamu akhirnya Berjaya,meskipun tak sepenuhnya,tapi kau menyedari
kesilapan kau itu dan kau faham apa itu cinta menurut islam yang cuba aku
sampaikan sekian lama…..walaupun dalam tarbiyyah ini,aku korbankan jiwaku
menanggung azabnya tanpa dirancang……..andainya aku tahu hempedu itu pahit,takkan
aku jadikannya sebagai santapan…
Seharian
waktu bersamamu,tak terasa saat yang berlalu,bagai pelangi petang kau kan
pasti,pergi jua……hanya itu yang dapat
aku gambarkan tika itu dan tika ini..kini semuanya telah berakhir..berakhir
dengan bertemakan kegelapan,tak bercahaya….tapi mahligaimu tetap dari
airmataku,yang jernih…dan aku masih disini..dihentian ini..dalam kegelapan
berteman sinar lilin..dan menangis kerana mu….semoga kau berbahagia disamping
yang kau cintai..tak perlu menoleh padaku lagi..teruskan perjalananmu..biarlah
kita berjauhan dari hari-hariku penuh dengan nista yang engkau anugerahkan…