Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, July 19, 2010

Jangan Berlari nanti Lelah,bimbang tergelincir


19 julai..awal ak bangun hari ini,...Detik 6.30,alarm handset berbunyi dengan bising sekali,memecah keheningan subuh..Ak terus bingkas berdiri dan dalam kelesuan menuju kebilik mandi..Selesai solat ak mula on9 facebook seperti semalam..Lewat ak tidur semalam..pukul 2pagi beb..^^

Jam 8.30 ak mula memakai helmet dan menunggang motor terus kewarung berhadapan Hospital Dungun..Dalam keghairahan ak berjalan kedalam warung tersebut sambil bersiul-siul..Ternampak Abang Fauzi,pengusaha juga Formen kereta Mega Workshop berhampiran Kedaiku diSura..Lantas terus memanggil ak untuk duduk semeja dengannya..

Seperti biasa,ak mengenakan nasi lemak dan segelas air suam,cukuplah itu makanan pagi ku..Banyak ilmu yang dapat ak petik dari seorang otai yg peramah,tapi adakalanya pendiam..ceria,tapi adakalanya bengis,steady adakalanya cermat..Ak tetap respek dengan hormat yg diberikan kepada ak insan yg kurang sifat ni..hehehe(sedeyynyerr...)

Dalam banyak percakapan beliau,dapat ak memetik beberapa perkara yg orang ramai terlepas pandang..Kami bercerita tentang perkembangan bisnes,perjalanan hidup beliau dan satu kata-katanya yg dapat ak ingat ialah,Mengejar kita akan lelah..... ;P

Apa???yuppp...Buat apa kita mengejar harta dunia dengan meninggalkan perintah Tuhan??siang dan malam kerja hanya akan membazirkan tenaga dan kita akan mudah leka...Menyingkap bisnes seseorang melayu yg baru setahun jagung memulakan bisnes,tapi sudah memiliki Proton Perdana...Wahhh..hebat sangat ke???Nak tunjuk kat siapa??Sampai hutang keliling pinggang dan dibenci orang,ape kes???

Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa muda dahulu..Dengan menaiki motosikal kapcai ketempat kerja... Lebih buruk berbanding RXZ yang baru keluar dikala itu...Proton Saga yang baru dikeluarkan menjadi kebanggaan Malaysia ketika itu...wahh...beliau juga teringin,tp memandangkan dorongan sahabatnya,beliau mulakan langkah pertama dengan kesusahan dan kritikan..biar malu,biar dihina...

Lama kelamaan,beliau dapat memiliki Datsun,kereta hape ntah..Boleh dibawa kemana sahaja...Selepas beberapa tahun,beliau membeli nissan Sunny..Akhirnya beliau membeli Honda Lama..Honda Accord tak silap ak..Sekarang sudah 5tahun beliau memilikinya,dan sudah habis bayaran...Rakan2nya menyarankan agar menjual kereta tersebut dan memiliki kereta mewah lain,tapi dengan lembut beliau menolak saranan membunuh itu..Dengan alasan,nak tunjuk kat sapa????

Katanya Kemewahan adalah jerat yang boleh membunuh karier perniagaan melayu...Ikutlah Resmi Cina,yang tak menunjuk tp hakikatnya kemewahan tidak terhingga...Ikut Resmi Melayu lah ramai yg bankrap...Biarlah terus berjalan dan jangan tergopoh2...Kalau berlari dibimbangi tergelincir didalam jerat yg membunuh....

Melayu banyak yang leka dengan kemewahan,pantang dapat untung walaupun setahun bertapak sudah ego membeli itu dan ini..Seperti saudara kita yang membeli Proton Perdana..Mulalah dari bawah,seperti Kancil,barulah naik sedikit demi sedikit..Dibimbangi apabila kewangan menjadi faktor utama sesuatu perniagaan bangkrap,Perdana diganti dengan Kancil..Tak ke low class????^^

Melayu banyak yg berpegang kepada Prinsip,Biar Papa Asal Kedana...opppsss..........Biar Papa Asal Bergaya..(pepatah ni selalu ak tertukar,tak heranlah ak fail bab peribahasa)hehehhe....^^Menurut Abg Zi lagi,kita harus memandang kedepan...(macam iklan dalam tv la plak...)kalau nak maju....

Bak kata Danial Chua plak,Why Not Now??Why Not Today???Salah satu orang berbangsa cina yang ak jadikan mentor dalam kehidupan seharian sebagai seorang usahawan....

Akhir sekali Abg Zi menghentam peniaga2 melayu yg aktif membolot harta dunia tanpa mengira siang dan malam...Biarlah kenal Surau masjid,jgn leka dengan mengejar kesemua harta dunia sehingga kita rebah tersungkur dan lelah tak terhingga....

Jam menunjukkan pukul 8.54 minit pagi..Abg Zi membayar makananku dan terus ak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga...Kerana mengajarku erti perniagaan dalam islam..Dan seterusnya memotivasikan ak supaya kekal dengan gaya rendah diri dan menyimpan rezeki dalam diam...^^

No comments: