Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Saturday, October 30, 2010

Bila Pemimpin Datang ke Carwash Aku..

Hujan lebat dimusim tengkujuh ini amat memperlahankan urusan perniagaan aku..tapi aku bersyukur kerana aku tahu setiap titisan hujan itu memberi rahmat dan jutaan rezeki yang manusia pun tak nampak..

Kelmarin...Sedang kami membasuh kereta pelanggan,tiba sebuah kereta yang ingin dibasuh..Aku meneliti wajah seorang lelaki yang jernih mukanya bila tersenyum,dan suaranya begitu mesra..aku melupakan hasrat untuk bertanya siapakah dia,dan sepertinya memang aku pernah jumpa dan kenali suatu ketika dulu..

Ketika keretanya sedang dicuci,aku mula mendapatkannya dan terus bertanya,siapakah Beliau dan dari mana hendak kemana,dan jawabnya dengan tersenyum,beliau ialah Ustaz azman Shapawi,Timbalan ketua Pemuda Pas Pusat...waahhhh........Kagum mula menusuk didadaku...mana tidaknya,seorang pemimpin datang keCarwash aku...kali pertama...Aiseyyyy............




Banyak yang kami bualkan tentang isu politik semasa,dan yang paling penting isu Pilihanraya diGalas...masa berlalu pantas,Ketika keretanya siap dicuci,aku meminta untuk mengambil gambar bersama beliau...hheehhee...


P/S:Kalau tak kenal siapa yg kita sanjung selama ni,sila2la check balik...jangan bila ada depan mata,terus buat do know,padahal dia tu yg kita cari selama ni...^^

2 comments:

faizura rahman said...

pergh..sempat pulak nk ambil gmbar! hehe

Nismo BluebirD said...

hehehe..peluang jgn disia2kan,malu skali,glemer berkali2...hehhehe