Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Thursday, December 9, 2010

POKKE :Antara Suk@ Dan Duk@

Salam semua..^^

Bulan 12 ini terlalu banyak dugaannya...Lesen perniagaan dan Lesen Majlis Perbandaran yang telah tamat tempoh harusku perbaharui..Roadtax kereta juga tamat bulan ini..Pening jika memikirkan,tambahan pula dimusim tengkujuh begini tidak banyak pelanggan yang ingin kereta mereka dicuci...

Ehem..Ak nak kongsilah serba sedikit pengalaman ak yang tak seberapa ni..Mengenai Pokke,cicak yang sangat glamor dan sering menjadi buruan..Setahu ak,pokke ni bernilai harganya..Rm puluh ribu,ratus ribu dan jutaan ringgit adalah nilainya...Bergantung atas berat timbangan...Dan semestinya dijadikan penawar bagi penyakit yang kronik seperti HIV dan AIDS..

Haa...tu sekadar Mukadimah...nak dijadikan cerita,26 haribulan 11 2010,hari jumaat jam 6 petang,Aku,Faez,Lah,Lan,Pok Him dan Arif telah pergi keBesut..Semata-mata untuk mengambil Pokke dirumah kawan Arif..Jam 12 Pagi kami harus pulang kedungun untuk dipertontonkan binatang itu kepada seorang pembeli...Kami hanya mempunyai masa selama 6 jam..Dengan menaiki 2 buah kereta,kami terus keBesut..^^hehehe
POKKE@TEKEK@GECKO

Namun setelah sampai,DiKampung Bintang,Felda Selasih jam 10 malam,Kami diberitahu Pokke dilarang sama sekali untuk diambil gambar..Runsing kami dibuatnya..Kami memang tak dapat melihat Pokke yang lebih dari 300 gram itu..Tapi kami dibenarkan melihat 200 gram kebawah sahaja..;(

Jam menunjukkan Pukul 12 Pagi..Nampaknya perjuangan kami tidak membuahkan hasil..Penjual seakan-akan tidak mahu menjual binatang tersebut...Aku mengantuk..runsing...lapar..marah..kecewa..semuanya bercampur...Esok ak perlu bekerja,sudahlah petang tadi ak sudah berjanji dengan Hezi untuk melakukan kerja yang amat penting...Arhhh...

Aku dan Faez mengundur diri..Pulang keDungun dengan sedikit hiba..meninggalkan mereka berempat yang masih bersembang dengan tuan rumah...Jam 3 Pagi kami sampai kerumah..Arghh...mengantuk ditahap gila khinzir...;P

Hurm..^^...Sinar baru mungkin kan tiba..Hari ni tanggal 9 haribulan 12,Faez menghantar Panglima kami,Pie untuk bersua muka dengan penjual Pokke di Mersing..Dan kalau inilah rezeki kami,InshaAllah..Kewanganku akan kembali pulih..Tunggu lah kami dengan penuh harapan..^^

7 comments:

E.d.Y said...

teringin nak bela gecko ni

Nismo BluebirD said...

hahahha...bela dah cukup gram,baik jual..kalau dah ckup gram,pas tu dia mampos..mmg menangis x berlagu laa...kikiki^^

eiela said...

besarnya,,menakutkan je.

Latest Entri :
Contest Erti Cinta

aReTikZ said...

Kalau dapat.. berbaloi-baloi.. hehe..

Nismo BluebirD said...

Eiela:dalam menakutkan,boley jd jutawan segera taw^^

aretikz:kalau dah rezeki,perghhhh...Nissan Fair Lady satuuuuuu........kikikikiki^^

Gadis Kampung said...

poke nie memang cetus kontrovesi...kat perlis pun ada org sanggup bergaduh pasal poke nie...

Nismo BluebirD said...

wah...bergaduh pasal cicak??kikiki^^
awk tau,yg jadik gila kerana pokke pon ade jugak kat kampong sy tau???nanti ada masa nak bikin Pokke antara suka dan duka 2 lak....^^