Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Wednesday, June 15, 2011

Berita Kepada Kawan..


Aku tahu apa itu kawan..Aku dah hidup lama kat dunia nih..Tunggu diambil nyawa sahaja..Dikhianati??Dibohongi??Mengajarku erti tiada lagi sebab untukku membantu dan melindungi manusia yang lainnya..Wah..perit siapa yang tahu..Bangunku dengan sendiri,Tiada lagi sebab untukku mengharap pada manusia lainnya…

Aku adalah aku..Bagiku mencari manusia yang lebih baik dariku amatlah payah..Untuk dijadikan sahabat..Amat Payah…Tiada kawan pun tak mengapa,jika sering hati ditikam dari belakang,dan sering dicemuh pelbagai tohmahan dari segenap sisi jasad..

Kawan apa guna jika sering mengambil kesempatan diatas kesemua hasil keringat yang kita perahkan…Bila dah senang,jadilah seperti kacang yang melupakan kulit..Bila diwaktu merempat,mulalah mencari dan menjilat Kahak yang seringkali diludah kelantai..Biar tak Berkawan,daripada hati diperlakukan seperti binatang yang haram dimakan..

Menagih kesetiaan bagaikan terjelir lidah Sang Puaka..Tapi hadirnya Setia berulam durjana…Manis umpama Madu,Hakikat penuh dengan Racun…Wangi sekuntum Mawar,hakikat penuh duri selumbar…Segala cemuhan tak bermakna lagi ketika ini…Harapan dulunya tinggal kenangan..kenangan yang mampu mengembalikan iktikadku untuk berjaga-jaga dengan seribu satu perangai makhluk yang bernama Manusia..Manusia yang bertopengkan kepalsuan dan penuh dengan sandiwara semata-mata…

Mengapa Kamu tidak diciptakan Allah menjadi Binatang sahaja??Tidak membuat onar dijiwa manusia?membuat kacau bilau dengan melemparkan fitnah??sedangkan Fitnah dan tohmahan itu lebih tajam dari belati yang mampu memutuskan saraf-saraf setiap insani??Apakah kalian puas dengan itu semua??Dijulang bagaikan wira,tapi disebalik gelaranmu itu tersembunyi sifat pengecut dan pembunuh bagi saudaramu yang lain….

Tuhan maha Adil..Kamu akan susah didunia,dan aku akan bahagia walau seringkali dihimpit kecelakaan yang sering kamu doakan…Mungkin jiwa-jiwa tenangmu sudah diceroboh oleh sifat-sifat agung Sang Azazil??Perilakumu seperti Firaun,dan Perwatakanmu melebihi Malaun…Jangan fikir keredhaanku diatas Kesilapanmu akan berakhir walaupun bangkaimu tertanam didalam jirat sekalipun..

Bak kata pepatah,Sepandai-pandai Anjing menggongong tulang,lagi pandai kamu menggonggong daging mayat ibumu sendiri..~~~

No comments: