Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Thursday, June 30, 2011

Memori Gunting Dan Duri Persahabatan

Kawan..Aku memohon kemaafan darimu..Diwaktu tadika dahulu aku pernah meminta sedikit bekalan makananmu..Tapi kau tak pernah mahu memberi walau sedikit pun biskut jagung milikmu itu..Aku amat geram disaat itu..Lalu aku merebut darimu sekeping biskut tersebut..Engkau menangis bagai hilang kewarasan..Tangisanmu itu didengari oleh cikgu Na..Aku dipegang cikgu Na lalu diugut tidak boleh datang lagi ketadika..Aku hampir pitam dibuat kau..Tapi kau selepas itu kembali ceria lantas menepuk kedua belah tangan apabila aku dimarahi bertubi-tubi oleh ibu kau..

Kawan..Bukankah kita sudah berjanji,tidak akan memberitahu aktiviti kita kepada sesiapa..Termasuk adikmu yang masih lagi baby dikala itu?,Sesudah kita mengendap Marlia anak Pak Habib mandi dirumahnya,engkau langsung memberitahu ibumu tentang aktiviti kita selepas kita terkantoi oleh Pak Habib sendiri..Lalu kau menuduhku yang mengajakmu 100%..Aku dimarahi ayahku,dan aku bernasib baik kerana tidak dilempang oleh Pak Habib,oleh kerana Pak Habib teman ayahku..Lagipun bukankah Marlia sekelas dengan kita semasa darjah 1 dahulu…

Kawan..Darjah 3 kita bermain bola sepak didalam kelas..Waktu itu adalah waktu pendidikan jasmani..Tapi kita bertiga sudah mulai berjinak-jinak ponteng kelas sukan itu untuk pertama kalinya..semasa ketiadaan cikgu dan pelajar lain..hanya kita bertiga..Engkau terlalu asyik melihat aku melambung bola sehinggakan engkau cemburu melihat bakatku yang tak seberapa itu..Lalu engkau merampas bola lalu menendang bola tersebut ketingkap kaca..Berdeklanggg….Pecah tingkap itu dibuat kau…Aku mula gelisah..Engkau mula memikirkan cara bagaimana mahu terselamat dalam situasi mencemaskan itu,sementara Fizul sudah hilang entah kemana…Aku juga mahu mengikut Fizul,tapi kau menenangkan aku..Engkau sanggup mengaku pada cikgu bahawa engkau yang bersalah dan mahu menggantikan cermin itu..wajah kau kulihat tenang seperti air sungai yang tiada buaya..Aku mula berbangga pada kau..Kau sudah mengerti…Tiba didepan cikgu Latif,engkau mula membuat muka sial..Lalu menuduhku melambung bola itu kearah cermin dengan alasan aku memang tangan bangku..Sejak itu,aku tidak diambil menjadi wakil pemain bola jaring sekolah rendah..Cermin tingkap??2 keping yang pecah kugantikan dengan Rm3..Duit itu adalah hasil jualan dari jam tangan mickey mause milik kau yang telah dicuri aku dahulu..

Kawan..Masih ingat lagi darjah 4..Kita bersekolah petang..Aku terpikat dengan seorang budak perempuan..Namanya Salmah Mokhtar..Anak hasil dari kacukan ibunya Siam,dan bapanya melayu..Aku mula merasakan cinta kembali..Tapi entah macamana kau mula mencemburui dengan tingkah lakuku dengan memberitahu kepada penyelia petang tentang perasaanku..Disaat itu engkau dan aku dipanggil mengadap Tuan Penyelia Petang..Didalam bilik yang kedap udara itu sempat lagi engkau membuat kerja sekolah yang belum disiapkan manakala aku menghitung jam menanti Tuan Penyelia datang kebiliknya..Mujurlah Tuan penyelia tidak memarahi aku,tetapi hanya memberikan aku amaran supaya tidak lagi menganggu Salmah dan tumpukan pada pembelajaran.. Aku akur dengan keputusan itu,tapi aku tetap juga dengan pendirianku,Nak seribu Daya,Tak Nak Seribu Dalih..

Kawan…Engkau memang tak reti bahasa..Kelas Fardhu Ain pun kau nak ikut aku..Aku memang sukakan kelas itu,dan juga ustazah yang cun itu..tapi kau?bukankah engkau hanya mahu bersama dengan aku untuk bergurau senda diwaktu ustazah mengajar didepan,bila terkantoi kau mula menyalahkan aku,dengan alasan aku telah memaksa kau untuk bermain,Seperti diwaktu lepas..Ternyata firasatku tepat..Engkau telah mengajakku bermain permainan lawan getah pemadam..Engkau telah kalah beberapa kali dan hampir kesemua getah pemadam kau menjadi kepunyaanku..Lalu engkau menjerit meminta getah pemadam yang sudah menjadi milikku..Jeritan zahirmu itu telah menyebabkan ustazah memanggil kita berdua kedepan…Aku hanya terpaku..Kau pula menyalahkan aku dengan alasan aku telah mengajak kau untuk bermain…Akibatnya,kita berdua disuruh pulang kerumah..Engkau mula mengajarku untuk buat perkara yang tidak pernah aku buat selama ini..Dalam perjalanan pulang kerumah,kita bersama-sama membeli sebatang rokok berjenama Dunhill..30sen sebatang seingat aku..Tapi aku terpaksa keluarkan 60sen..Oleh kerana terpaksa membayar rokok untuk kau,Nasib baik lah Syed,Andak,Hamid,Azwan Longkang,Shahrul Aswadi,Kadir dan Zamri tak diajak bersama..kalau tak,mesti aku akan mencuri duit perniagaan ibunda aku untuk menyara mereka semua..

Kawan..Darjah 5 seingat aku…Kita beramai-ramai ponteng kelas selama 2 jam sehari,menuju ke rumah Azwan Longkang.. Itupun kita keluar ikut pagar belakang yang hampir roboh..Kita menonton tape cerita hantu..Blade kalau tak silap aku tajuknya…Keesokan harinya lagi 2jam kita kerumah Nizam,kita menonton kisah seram Siluman Serigala putih dan seterusnya Dragon Ball..Seterusnya rumah Shahrul Aswadi,kita menonton Masked Rider RX dan keesokan harinya kita menonton cerita Sinbad..Ibu Shahrul Aswadi yang sedang menjahit pakaian disaat itu engkau tipu dengan mengatakan cikgu sibuk mengendalikan hari sukan sekolah..Nasib baik pakcik Zakaria ayah kepada Shahrul Aswadi tiada dirumah..Kalau tidak tentulah terkantoi tipu helah kau kawan..Tidakkah kau tahu pakcik Zakaria bekerja sebagai apa?Beliau adalah guru sukan disekolah kita…Selesai mengadap tv,kita kembali semula kekelas kita..Tapi mengapa kita selalu terkantoi oleh cikgu?sehinggakan cikgu tahu movie apakah yang kita tengok dirumah Shahrul,Nizam dan Azwan?Dan hanya aku dituduh sebagai perancang utama aktiviti kita…Jawapannya engkau sendiri yang tahu..Engkau telah menyalahkan aku sepenuhnya didepan cikgu badrul Hisyam..Hanya kerana aku tidak mengajak kau mandi dilongkang besar pada petang itu,sehari sebelum kita menonton tv dirumah Nizam..Aku bukan tak mahu mengajak kau,tapi kau memang tak pandai berenang,aku bimbang jika mengajak kau,lagi teruk kalau kau lemas..Kau masih keanak-anakan kawan..Tapi apabila aku sudah memberikan penjelasan itu,kau dengan selamba berkata..‘Ah kau..!Persetan dengan alasan gampang yang kau berikan!’

Kawan..Sedarkah kamu Azwan Longkang telah khianat kepada aku?lantas mengikut jejak abangnya siGemuk yang merupakan pengikut setia Faisal sisamseng durjana itu..Aku hampir berkelahi dengan Azwan dipadang sekolah..Gara-gara berebutkan aiskrim polipong yang dibeli oleh cikgu Jamilah..semua itu adalah salah Azwan,kerana sudah berapa kali aku sudah menyatakan,warna kegemaran aku adalah hijau..Ambil saja warna selain hijau,tapi dia tetap dengan pilihan yang sama denganku..Akhirnya aku memberi pelempang kepada pipi kirinya..Azwan menangis menuju kekelas abangnya..Sesudah berakhirnya sesi persekolahan,kita semua dijemput kePadang sekolah untuk menyelesaikan masalah antara aku dan Azwan…Semua lari termasuk kau tika Faisal,abang Azwan dan konco-konconya,datang untuk memberikan sokongan pada Azwan..Dalam kesesakan penonton yang hadir,aku perasan kau juga turut menonton diatas para basikal dihujung padang itu..Aku cuba menerajang Azwan,tapi semuanya sia-sia..Bagaikan dia sudah tahu pergerakan silat aku..Dan aku hilang pertimbangan lalu aku melarikan diri dari tempat itu untuk meminta pertolongan dari Fadhil dan konco-konconya..Tak perlulah aku menceritakan peristiwa selepas itu diTanah Perkuburan..oleh kerana Fadhil dan konco-konconya teruk dibelasah oleh puak lakhdum tersebut..Keesokan harinya,aku ternampak kau dan Azwan bersenda bagaikan pasangan kekasih ditaman sekolah..Siapa lagi yang suka memakai baju sendat bewarna merah jambu,berseluar slack perang dan berkasut nike yang penuh lampu berkelip-kelip kalau bukan kau?Baru ku tahu,kau lah yang telah bocorkan rahsia pergerakan silatku kepada Azwan dimasa itu..Lalu aku pura-pura tidak mengetahui tentang pergerakan munafik kau bersama Azwan..

Kawan..Ketika darjah 6 kita mula berdebar untuk menghadapi peperiksaan UPSR..Kau mula memecut dengan belajar bersungguh-sungguh,manakala aku bersungguh-sungguh mengumpul duit dengan mengumpul dan menjual tin kosong dengan harapan 20 tahun akan datang aku akan menjadi seorang jutawan..Sehinggakan keputusan peperiksaan yang aku dapat hanya lah sekadar cukup makan..Apabila Ibundaku bertanya kau,berapa A yang kau dapat,lalu kau temberang ibuku dengan mengatakan yang kau mendapat sebanyak 4A..Hakikatnya kau lebih bangang dari aku..Aku hanya tersenyum dan teruskan permainan Dam Haji bersama Shahrul Aswadi..Lalu ibuku telah memuji kau dan menyindir aku dengan kepandaian kau ditahap Dewa itu..

Kawan..Kita ditingkatan 2..kita masih berkawan..tapi aku mula mengatur strategi untuk membalas dendam..Ingat tak lagi peristiwa hari sukan sekolah?dimana kau menyertai pengakap untuk perbarisan,manakala aku hanya sekadar tukang sorak bersama Shapei sisotong..Ini semua gara-gara kau yang mencadangkan kepada guru sukan,dengan menyatakan aku memang mempunyai kelayakan dalam bidang Persatuan Bulan Sabit Merah(PBSM),lalu aku menolak sekeras-kerasnya permintaan Guru sukan..Aku,Din,Syed,Hafiezi,Daim dan shapei duduk ditepi padang melihat acara bola keranjang dan terus bersorak bila keseksian atlet-atlet wanita sekolah terserlah..

Kawan..tak pernah kah kamu terfikir mengapa aku memulaukan kau?sedangkan kau adalah temanku sedari kecil lagi..Kerja sekolah aku siap pun atas kerana kesungguhan aku pergi kerumah kau setiap malam untuk meniru jawapan yang diberi guru matematik..Walaupun hampir kesemua jawapan kau salah,aku tetap meniru juga..kerana aku tahu itulah tanda sebuah persahabatan dari aku dimana jatuh bangun kita bersama didepan guru..Dimalukan depan khalayak kelas pun tak mengapa kerana kita adalah kawan..Tapi aku terpaksa memulaukan kau supaya engkau tidak lagi menyusahkan hidupku seperti yang biasa kau lakukan diperingkat minda yang penuh kesedaran..

Kawan..Lama kita tak bersua,sekian lama hampir 7 tahun..Mengejar impian dan matlamat semuanya..Ada yang menuntut ilmu nun jauh disana..Yang mengadap Illahi juga ramai..Tapi mengapa kau sekarang kulihat bagaikan bangkai yang tak bernyawa?kering dijalanan,hanya menanti ajal menjemput?apalah nasib kau kawan..kau tidak lagi seperti dahulu,langsung membiarkan lalat-lalat hijau menghurung seluruh tubuh kau..Pakaian kau hanyalah kulit yang jelas menampakkan urat-urat dan tulang belulang..Mungkin itu balasan bagi kau yang sering berfoya-foya dan mengambil benda yang terlarang.,.itupun cerita yang kudengar dari orang kampung kau sendiri..bila difikirkan kembali,ada betulnya juga,kalau tak ada angin,mustahil pokok bergoyang..

Kawan…Ingat lagi kau kepada Saufi Pendek?Seorang budak yang nakal ketika kita sedang melewati darjah 4 dahulu?Bukan salahnya jika bapaknya seorang banduan yang masih dalam tahanan ketika itu..Aku pernah tertumbuk mulutnya sehingga patah gigi depannya..Bukan aku sengaja kawan..Aku Cuma terkejut dengan kehadirannya dari sisi belakang,lalu…Itu cerita lama kawan.. Pernah juga aku terserempak dengannya dan dia telah menawarkan set home teater ibunya untuk dijual kepadaku..Aku hanya senyum tersipu kerana aku tak punya wang tika itu..Dia banyak menghabiskan masa bersama kaki-kaki lumba haram..Oh ya, Lama kita tak ketemu dia kan?Aku sedar dia ingin kembali kepada jalan yang benar..Aku ternampak dia hari itu..Dimasjid semasa menunaikan solat jumaat..Sesudah solat aku dapati dia bersalaman sambil mencium tangan hampir kesemua jemaah,termasuk aku juga..Manis senyumannya..berbaju putih dan berkopiah putih..Sungguh tak disangka Saufi berubah dengan mendadak.. Dengar cerita,Saufi sudah isim..Kerana pengambilan overdose gam cap gajah..

Kawan..kau lebih teruk dari Saufi..Jijik dipandangan mata yang memandang..Makan didepan kau pun belum tentu Saufi punya selera..Mungkin itulah balasan dan kifarah Allah pada kau..Kau sering menipu aku,bagaikan aku tak pernah mengenali kau..Kau sering berlebihan mempertahankan yang kau punya motosikal baru yang dibeli hasil dari duit tikam ekor..Tapi aku tahu,motosikal itu adalah khayalan kau sahaja..Apa yang kau ada ialah sebuah basikal yang beroda tiga..Itupun kepunyaan arwah bapak kau,yang dulunya hanyalah seorang penarik beca..Cuba kau lihat dibelakang rumah kau,kalau kau masih tak percaya pada kenyataan aku…dan kau takkan boleh membuat sebarang penafian...

Walaupun sudah 20 tahun berlalu..Aku memang suka bangkitkan isu lama kerana isu yang lama bakal memahat sejarah dalam memori persahabatan yang penuh gunting dalam lipatan dan bersepah duri didalam daging….

No comments: