Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Thursday, June 30, 2011

Itu Salahku,Bukan Niatku…

Itu Salahku,Bukan Niatku…Ikhlas Dariku..

Kesilapan itu Bukan salah satu dari perancanganku..Aku tak merancang untuk memakan sedikit pun hartamu..Aku bukan seperti orang jahil yang tak mengenal yang mana haq dan yang mana bathil..Aku hanya mahu membetulkan kesilapan dan tak mahu kesilapan itu terus menyelubungi diriku..Kesilapan itu amat aku kesali..Manusia mana yang tak lakukan kesilapan?Dan Manusia normal sepertiku tidak sesekali suka dan menginginkan kesilapan berulangkali diperlakukan..

Aku mengerti,jika aku mempermainkan janji yang telah diikat,aku juga akan dikhianati oleh insan lain..Aku bukanlah jenis manusia sebegitu..Dalam perjanjian kita aku dapati telah berlaku kesilapan,dan aku harus perbetulkan untuk mengelak kesilapan itu memakan kita disuatu masa nanti..Kita tak lari dari kesilapan..Kerana kita adalah manusia..Manusia yang lemah tidak sesekali melakukan keputusan dengan sempurna tanpa cacat cela..

Aku masih belajar apa yang aku tidak mengerti dalam kehidupan ini..Dan kadangkala aku tewas dalam pembelajaran ini..Aku perlu dibimbing,bukan dicemuh dan dipersalahkan..-

Bukan niatku..Bukan niatku untuk melakukan kesilapan..Berilah peluang untuk kesekian kalinya untuk aku perbetulkan kesilapan,dan janjiku,kesilapan ini takkan berulang untuk dimasa yang akan datang..

IKHLAS DARIKU

Aku bukan seperti engkau sangkakan
Pura pura didalam berjuang..
Aku tidak pandai menyulam rahsia
Juga tak pandai ku bermadah pujangga

Jika ada benci dihati
Oh katakanlah padaku..
Relaku terima walau kutukan
Asalkan aqidah terjaga..

Kerana tidak sanggup lagi
Mempermainkan dustur ilahi
hakikat hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan ku mohon keampunan
Ketelanjuran yang berulang kali
Teman kita paterikan disini
Berakhir sebuah lamunan duniawi
Terima syukur taufik ilahi..



No comments: