Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Friday, July 1, 2011

Kejatuhan Pendorong Untuk Menuju Kejayaan,..


Pengalaman itu mengajar kita untuk lebih matang dalam kehidupan..Dan kehilangan itu mengajar kita untuk lebih menyayangi apa yang kita miliki..Salah dimata kalau tak nampak,Silap tafsiran kalau tak menilai..

Pengalaman itu banyak membuka peluang untuk Berjaya..Kehilangan itu bukanlah satu kejatuhan,tapi ia bagaikan satu ujian yang mampu membuka mata kita untuk lebih Berjaya..Kejayaan bermula bukan dengan berdiri tanpa tergelincir..Bukan berlari tanpa didahului satu langkah..Ia bermula dengan Turun naik semangat..Ia bermula dengan Keazaman..Penuh duri cemuhan dan bias kejian manusia..Bermula dengan titik keringat..Bermula dengan kejatuhan..Dan menuju satu peringkat..Usaha..

Motivasi perlu selari dengan usaha dan tawakal..Wujud Persistant..Kadang kadang pembunuh semangat akan tiba bila kita jatuh..Ianya adalah Kecewa..Dan geng-gengnya iaitu,Marah,Dengki,dan pelbagai sifat negatif yang mampu melengahkan perjalanan menuju kebangkitan dari kejatuhan yang besar bagi kita,dan ia kecil dari sisi Pencipta…

Apa yang penting kita nilai semula punca sebenar kejatuhan kita,dan berjanji tidak akan sesekali terjerumus kelembah yang sama..Berjanjilah,sementara Orang,Barang,dan apa jua yang berharga bagi kita ada didepan mata,jangan dipersia-siakan,Kalau dipersia-siakan juga,kelak nanti terhantuk baru terngadah..Kehilangan akan membuat kita berfikir sejenak,alangkah bagusnya dulu jika aku tidak mengabaikan sesuatu yang berharga itu sebelum ianya hilang dari pandangan mata…

No comments: