Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, November 14, 2011

Carwash..Masalah..Keuntungan,kerugian..


Semua mata yang memandang tidak seberat bahu yang memikul..itulah yang boleh diumpamakan ketika ini..Tidak menyelami sendiri permasalahan dan hanya pandai menilai dari luaran..Itu lah yang boleh diperkatakan disaat ini bagi mereka yang melihat sesuatu pada perspektif luaran..

Permasalahan pertama bagi peniaga Carwash adalah Pekerja..Carwash yang maju perlulah memerlukan pekerja yang ramai..Cukuplah memadai 5orang pekerja dalam suatu masa..Jika pekerja hanya 3 orang dibimbangi kekurangan pekerja adalah faktor yang akan menyebabkan pelanggan akan menuju ketempat lain,kerana pelanggan tidak mahu menunggu terlalu lama..Cuba kita lihat dihari ini,Orang tempatan mahukah bekerja dipusat cucian kereta?tidak ramai..umpama dinisbahkan kepada seratus orang hanya 3orang sahaja yang betul-betul nekad bekerja untuk menyara kehidupan dengan pekerjaan sebegini..Siapa lagi yang mahukan gaji sebanyak Rm25-Rm40 sekarang?sedangkan itulah kadar gaji yang selaras diluluskan oleh pakar-pakar dari seluruh pusat cucian kereta diMalaysia ini.. sebuah kereta yang dicuci hanya sekadar rm10 sebuah,sudah tentunya majikan sendiri akan mengalami krisis jika harga gaji itu dikenakan dikala cuaca yang tidak menentu dan kekurangan pelanggan dari sehari kesehari.... Orang kini memilih kerja yang tidak memenatkan,gaji juga ditahap rm40 keatas....Tidak kiralah bekerja dipusat beli belah,karaoke ataupun kedai makan..Ada juga warga kita yang suka kemas berpakaian,walaupun gajinya kecil setahap rm20,tetapi kerjanya duduk diadalam office yang berhawa dingin dan melakukan kerja sebagai menjaga kedai-kedai elektronik dan sebagainya..

Permasalahan kedua pula lebih difokuskan kepada mutu kerja pekerja…Mutu kerja pekerja juga perlu diteliti oleh majikan dari semasa kesemasa..kerana tidak semua yang diharapkan majikan pada pekerja akan dipenuhi..Majikan perlu sentiasa meneliti setiap kerja yang dilakukan oleh pekerja..Dengan kata lain,Majikan perlu setiap masa berada dipremis perniagaan sehinggalah majikan mempunyai Man Power atau pekerja harapan selaku penolong majikan..Pekerja yang diharapkan sebagai tulang belakang Majikan adakalanya bersifat duri dalam daging..Kepercayaan seratus peratus terhadap pekerja tidak boleh diberikan sepenuhnya,mungkin suatu hari nanti akan berlaku cetusan permasalahan antara ketidakjujuran dan khianat sehingga mampu merebahkan institusi perniagaan majikan..Rambut sama hitam,hati lain sulam…Hanya salah satu cara sahaja dapat menjamin perniagaan dari dilingkupkan pekerja harapan,iaitu dengan cara mencari orang yang beriman dan jujur untuk mengisi jawatan terpenting itu..

No comments: