Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, November 14, 2011

ZulCarwash Since 2008 COMEBACK



Bermulalah detik kebangkitan lagenda carwash diDungun..Setelah berakhirnya penderitaan dari tikaman sisi belakang oleh sidurjana,akhirnya aku bangkit dengan tidak punya modal dan harus membayar segala bil elektrik dan air yang telah digunakan sang penyewa dahulu..Membayar maruah yang tergadai dek perilaku samseng sang penyewa dahulu terhadap pelanggan..Tidak cukup dengan itu,aku perlu menjernihkan semula sistem yang dahulunya tercalar dek peninggalan penyewa dahulu..

Caj yang dikenakan mereka amatlah tidak berasas sama sekali,.harga basuhan motosikal selama ini aku kenakan rm 4,tetapi mereka membuat perubahan diluar kewarasan sebanyak rm10..Dan kereta pula biasa aku kenakan rm12 kini mereka mengecaj sebanyak rm14 hingga rm20..Ramai yang mengadu kepada aku untuk teruskan mengurus dicarwash ini..Inilah Carwash Strategik yang dahulunya pernah menjadi perhatian dari sisi UITM,POLITEKNIK,Workshop,kawasan perumahan dan menjadi singgahan orang apabila untuk menuju kekuantan dan keKuala Lumpur...

Bermulanya revolusi ini dikala musim tengkujuh dibulan oktober..memang menyakitkan..Tapi aku tetap percaya dan yakin,dimana Rezeki itu adalah pemberian Allah,dan kita perlu usaha dan tawakal kepadanya sahaja…Aku juga berpegang pada prinsipku,Dimana Ada harta disitu punya Kuasa..Aku tak peduli lagi,apa orang nak kata biarlah,aku dah cukup menguasai perilaku orang sekeliling,diwaktu susah kitalah musuh dan diwaktu senang kitalah saudara..

Perubahan sistem akan aku lakukan untuk lebih menarik,dari segi mutu kerja dan pekerja..Segala pengalaman pahit jerih yang telah aku rasai sepanjang hidup ini akan aku jadikan iktibar dimasa ini dan diwaktu yang mendatang....Gagal itu mengajar aku untuk lebih berani menyahut cabaran diwaktu mendatang dan aku perlu berubah untuk menjadi lebih gemilang berbanding kegemilangan aku 3 tahun yang lalu..

Kematangan hidup ini dapat ku rasai bila aku kenal siapa kawan dan siapa lawan..kawan terbahagi kepada beberapa cabang,yang paling memeritkan kawan yang dalam diam membunuh karakter kita dibelakang..lebih hebat kejahatannya jika dibandingkan dengan lawan..oh my God.

.

“Selamat Datang KeCarwash yang akan bakal Meletup Di Bandar Dungun”

No comments: