Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, November 14, 2011

Surat Cinta Untuk Lily

No.59-C, Jalan Mati,

10001 Panchung,

Selatan Takbai.

02/12/2006

Juz For my Sweetness ANGEL,

Lily apa khabar? Joe harap Lily sihat sejahtera dan bertambah comel hendaknya. Di sini Joe ingin bagi tahu Lily bahawa Joe akan berangkat ke Johor dalam sekitar bulan Januari ini. Sekarang sudah masuk bulan 12, semangat Joe telah hilang di bawa angin. Dipendekkan cerita “without you, my soul will be languish and without your answer, my heart going deeply into the prison of love”. Joe harap Lily mengerti apa yang Joe ingin sampaikan melalui istilah ini.Bak kata Ramli Sarip,Istilah Bercinta.Katakanlah kepada Joe kalau Lily tak sanggup melepaskan Joe pergi meninggalkan Panchung. Joe akan terus menetap di sini jikalau Lily menyuruh akan tetapi, Lily janganlah beranggapan bahawa Joe ini hanyalah sebagai Pak Turut pula.

Lily, adakah awak masih merindukan zaman persekolahan kita berdua? Joe pula sehingga sekarang masih merindui akan keriuhan di dalam kelas kita lebih-lebih lagi keriuhan suara Lily.Joe harap Lily juga sama merindukan kemurungan Joe didalam kelas kita dahulu.Kalaulah Joe mempunyai kuasa untuk memberhenti dan mengundurkan waktu, Joe ingin mengembalikan masa kepada waktu itu kerana setiap hari Joe boleh berjumpa dengan Lily, memerhati Lily dari belakang, menatap wajah Lily yang riang serta mendengar suara Lily yang merdu. Oh, indahnya kenangan pada waktu itu. Memang benar kata orang, kenangan cinta pertama memang susah nak dilupakan dan ia akan kekal di dalam memori dan sanubari buat selama-lamanya.

Lily, masih ingat lagikah pasal kejadian Lily melempar cebisan-cebisan kertas ke arah Joe?Tercedera mulut Joe oleh kerana lontaran cebisan kertas itu,dan selama dua hari Joe tidak hadir kesekolah kerana mengalami pendarahan yang serius. Hinggakan saat ini Joe masih tidak mengerti mengapakah Lily mengoyak surat sambil menangis dan melemparkan cebisan surat itu ke arah Joe? Hati Joe berasa sangat pedih dan hiba apabila Joe melihat Lily menangis dan Lily buat begitu kepada Joe namun Joe langsung tidak menyimpan perasaan untuk marah mahupun membenci Lily. Joe ingin tanya, apakah yang terjadi? Adakah nukilan Joe menyebabkan hati Lily tersinggung ataupun tersentuh mendengar luahan hati Joe? Why?Why?Why??? Cuba Lily jelaskan.


Mungkinkah Lily ada perselisihan faham dengan Joe? Jika ada, tolonglah menasihati Joe agar Joe dapat memperbaiki kesalahan Joe. Adakah Lily masih marah di sebabkan pasal kejadian penukaran beg Joe dengan Lily? Truthly, Joe tidak mengupah Osman buat begitu, Osman cuma ingin membantu Joe sahaja tetapi Osman memarahi Joe kerana selepas Osman menukar beg Lily, Joe segera menukar beg itu sebab Joe tak mahu menyinggung perasaan Lily. Joe bukannya takut nak melawan balik tetapi Joe tak suka bergaduh dengan kawan-kawan. Lagipun selepas Osman memujuk Joe, Joe tidak boleh mengawal perasaan maka Joe bersetuju dengan cadangan Osman walaupan perbuatan terkutuk itu salah. Maafkanlah Joe kerana Joe tidak boleh melawan dengan kemahuan perasaan ini..


Mungkinkah juga disebabkan kita berlainan agama? Kalau itu kisahnya, Joe tak kisah semua itu malah Joe sanggup menggorbankan apa sahaja demi Lily. Joe bertekad di dalam diri Joe bahawa Joe akan setia dan berusaha menawan hati Lily selagi Lily masih mendesak hati Joe berbuat demikian. Buktinya, macam keadaan sekarang ini, Joe tetap setia menunggu Lily walaupun Joe tahu bahawa cinta Joe mungkin cinta tak berbalas namun Joe tetap setia menanti kerana selama ini Joe berpegang teguh dengan satu kepercayaan iaitu pada suatu saat nanti, cinta Joe akan berbalas juga walaupun Joe terpaksa menjadi seseorang yang berbangsa Cina.Janganlah Lily terperanjat,setakat ini,puluhan lagu cina telah Joe Berjaya menghafal,dan sepuluh lagu cinta versi Cina telah siap Joe ciptakan..Bukan untuk dijual pada syarikat rakaman,tetapi,semata-mata untuk dinyanyikan untuk Lily seorang..

Mungkinkah kerana sifat ‘misteri’ Joe ini yang membuatkan Lily berasa menyampah dan benci? Jika Ya, Joe akan berusaha berubah menjadi seorang yang ‘gentlemen’ akan tetapi ia mungkin mengambil masa yang lama sedikit untuk Joe berubah seperti itu dan mungkinkah selama ini Lily diam seribu bahasa kerana takut Joe buat perkara bodoh? Lily janganlah bimbang, Joe tidak akan membunuh diri jika Lily menolak cinta Joe. Joe cuma hendakkan sebuah jawapan dari isi hati Lily sendiri walaupun ia mungkinlah sebuah hakikat yang menyakitkan atau menggembirakan, Joe akan terima dengan hati yang terluka atau terbuka.

Janganlah Lily membuat Joe merana lagi kerana kemungkinan besar Joe akan bertindak lebih dasyat dari sekarang ini. Sebenarnya Joe sudah lama dapat nombor telefon rumah dan kedai Lily. Joe boleh menelefon Lily pada bila-bila masa yang Joe mahu dan sekarang ini Joe sedang cuba mencari keyakinan dan keberanian di dalam diri Joe. Selepas Joe mendapatkannya, Joe akan bertindak lebih agresif lagi. Lily, jangan ambil mudah atau gampang dengan kata-kata Joe ini kerana Joe akan melaksanakannya apabila tiba masanya nanti. Joe juga sudah dapat nombor handset Lily menerusi kenalan Joe. Biar pun Lily menukar nombor handset beribu kali sekali pun, Joe akan terus mencari nombor-nombor itu sampai ke lubang cacing. Lagipun Joe ada ramai kenalan dan salah seorang kenalan Joe tahu serba sedikit pasal sejarah silam Lily kerana dia juga kenalan lama Lily dahulu.

Lily nak tahu Joe kenal dia di mana? Kisahnya begini, selepas sebulan peperiksaan SPM tamat, Joe tahu Joe tidak boleh bertemu dengan Lily selalu macam di dalam sekolah dulu maka di atas ketentuan Ilahi, Joe telah ditakdirkan bertemu dengan dia secara tidak dirancang. Pertemuan Joe dan dia atas dasar kenalan Joe iaitu Murad. Mungkin Lily dah tak ingat siapa Murad kerana dia di dalam kelas 5FC8 dulu.Ya..Kelas paling bawah,Joe tidak memilih kawan walaupun sebodoh dan sehodoh mana pun dia... Pada masa itulah Joe dan Murad mendapat tahu yang dia dan Lily sudah lama berkawan. Lily nak tahu siapakah si dia? Dialah Endut. Masihkah Lily ingat dan kenalkah lagi dengan Endut? Kalau tak ingat, Joe akan menolong Lily untuk mengingati siapa itu Endut. Bukankah Endut itu kawan Lily? Dia pernah cakap yang Lily dan dia sangat rapat dengan family Lily masa kecil-kecil dulu. Rumah dia bersebelahan dengan masjid Sungai Biawak di Kg. Tanah Kubur dan terletak hanya beberapa kilometer dengan rumah Lily yang lama. Oh ya kalau Lily masih lagi meragui siapa itu Endut, ini no. Telefon dia (HP) 013-9193679 (H) 09-8486707. Endut juga pernah cakap yang Lily masa kecil-kecil dulu selalu saja bergurau dengan dia. Joe rasa sungguh irihati dan sakit hati kerana dengan Joe Lily tak nak bermanja dan dengan Endut, Lily boleh pula bermanja berlebih-lebihan! Untuk pengetahuan Lily,Endut sekarang sudah bekerja di Pejabat Majlis Daerah Panchung. Dia sekarang sudah menjadi kerani merangkap office boy di situ. Gajinya pula kalau tak silap Joelah dalam RM 300-550.00.Dia hanya menaiki motor kapcai bapaknya dan bapaknya kini mengayuh basikal pergi ketempat pembuangan sampah semata-mata mencari besi-besi untuk dijual kepada syarikat membeli besi terpakai dipinggir kampung Batu 20.Itulah kerja harian keluarga mereka.Sebenarnya, Joe selalu sahaja dianggap orang gila dan kurang siuman oleh rakan-rakan Endut dan Murad...Mereka selalu sahaja mempersendakan Joe di belakang Joe. Walaubagaimanapun Endut dan Murad adalah sahabat Joe yang paling baik dan bermurah hati sekali dihadapan Joe,tapi dibelakang Joe hanya Tuhan saja yang tahu siapakah mereka.

Joe ingin bertanya, adakah ini sebuah kebetulan atau suratan takdir? Adakah kita mempunyai jodoh? Semua yang berkaitan dengan Lily pasti akan berlaku ke atas Joe. Lily ingat lagikah tanda-tanda kita di takdirkan bersama yang Joe ceritakan dulu? Masih ada 3 perkara lagi yang Joe belum ceritakan. Perkara pertama ialah Joe menjumpai sekeping disket didalam peti surat rumah Lily,dan lebih menghairankan lagi,disket itu tertulis nama penuh Lily,iaitu Lim Swee Po....Ah, tetapi sayangnya disket itu telah rosak. Perkara kedua pula ialah Joe pernah sekali ternampak Lily melalui di depan rumah Joe kerana pada ketika itu, hati joe berasa ada orang yang akan lalu di depan rumah Joe serta hati Joe mengarahkan Joe supaya mengintai di luar tingkap dan ternyatalah benar apa yang hati Joe rasakan..Lily terus menyapa Joe dengan lambaian beserta senyuman yang paling manis..Ah..Indahnya dikala itu..Hanya Tuhan saja yang tahu..Walaupun ianya adalah angan-angan Joe,tapi Joe harap angan-angan ini akan menjadi kenyataan… Perkara ketiga ini mungkin akan lebih memeranjatkan dan menakutkan Lily kerana Joe tak percaya apa yang Joe dapat. Joe telah mendapat kertas salinan slip peperiksaan dan salinan sijil berhenti sekolah Lily. Kalau Lily tak percaya, Joe akan buktikan. Lily kenal tak nombor apa ini - H 464758? Ya, ini adalah nombor sijil lahir Lily. Joe akan menceritakan bagaimana kertas salinan itu jatuh ke tangan Joe. Begini ceritanya:

Selepas Joe ambil slip peperiksaan, Joe pergi ke pejabat guru dengan kawan-kawan dan waktu itu Joe ternampak Lily berada di kedai KIOSK. Joe tak tahu Lily buat apa di situ dengan Chea Teck dan Shair Ong kerana selepas Joe turun dari pejabat guru, Joe tak pergi lalu di situ. Pada petang keesokkan harinya, adik perempuan Joe pergi ke sekolah dengan kawannya lalu kemudian kawan dia pergi singgah di kedai KIOSK untuk membeli panty liner. Pada masa itulah, adik perempuan Joe terjumpa kertas salinan Lily di situ dan dia memberikan kepada Joe untuk Joe simpan. That’s why I’m believe that you will be my girl.

Kalau Lily nak panggil polis atau pun hospital sakit mental, silakan. Joe takkan menghalang kerana sekarang sudah masuk 5½ tahun hati Joe merana dirantai penjara cinta. Lagipun seluruh semangat, jiwa serta nafas Joe terbang pergi bersama Lily dan kini hanya tinggal akal fikiran yang sentiasa mengingati Lily setiap hari dan juga tubuh yang tiada panduan arah hidup tanpa hati. Di dalam perkara ini, Joe tak menyalahkan Lily, Joe hanya menyalahkan hati Joe sendiri kerana jatuh cinta pandang pertama dengan seorang bidadari berbangsa cina. Kesalahan paling berat yang hati Joe lakukan adalah Joe terlalu mencintai Lily serta sikap Joe yang tidak ‘gentlemen’ ini yang selalu menjauhkan diri apabila teringin mendekati Lily. Joe berasa amat menyesal melepaskan peluang keemasan berjumpa dengan Lily kerana pernah ada sekali itu, Lily duduk berseorangan di luar kedai dan Joe berasa seolah-olah Lily sudah perasan dengan kehadiran Joe pada masa itu dan Lily buat-buat tak nampak tetapi entahlah, mungkin ia cuma perasaan Joe sahaja. Mengapalah Joe bersifat begini?

Sekarang apa yang Joe inginkan daripada Lily adalah jika Lily menerima cinta Joe, Joe mahu kita bermula dari berkawan dahulu kerana Joe tak mahu terus menjadi pasangan kekasih tanpa mengenali hati budi masing-masing. Kalau Lily juga berfikiran begitu, ini bermakna kita mempunyai pemikiran yang sama dan Joe seru marilah kita berjuang bersama-sama. Jika Lily tak mahu mencuba menerima cinta Joe, Joe hanya mahu Lily pulangkan seluruh jiwa dan raga Joe kembali kerana Joe hanya boleh menumpukan dalam kerjaya selepas Lily pulangkan ia semula dan selagi Lily tidak pulangkan ia, hati Joe akan terus terjerumus lebih dalam ke dalam lembah kematian. Ini bermakna semakin lama Lily tidak mahu mengakhirinya, semakin tinggi harapan Joe menunggu cinta Lily. Joe harap Lily faham situasi Joe dan Joe harap Lily dapat mematahkan harapan Joe dengan lebih awal jika Lily tak ingin menerima cinta Joe agar Joe tidak terus menanti cinta Lily lagi. Joe berjanji akan terus berhenti mengganggu kehidupan Lily dan biarlah Joe bernyanyi di dalam sepi bersendirian. You have don’t worry, I will keep this promise because when I make a promise with someone, I’m never break it cause this is a part of my attitude and this is my promise to you (IF YOU REFUSE TO BE MY LOVE).

Joe harap Lily mahu mencuba menerima cinta Joe seadanya kerana Joe bukannya seorang yang sempurna sifatnya dan Joe hanyalah insan biasa yang tidak dapat lari dari membuat kesilapan. Joe takkan mengambil kesempatan ke atas Lily kerana Joe tidak sama dengan lelaki-lelaki lain yang selalu suka mengambil kesempatan ke atas gadis yang comel seperti Lily ini malah Joe tak sanggup menyakiti Lily sebab Joe sangat mencintai Lily dengan tulus. Dan harus diingatkan kepada Lily,Joe bukanlah gila seks seperti yang diwar-warkan Guru Besar semasa didalam perhimpunan mingguan dulu.Semua itu fitnah seadanya.Percayalah jaminan dan Manifesto cinta Joe yang bakal membuatkan hidup Lily bahagia dan takkan menyesal memilih Joe sebagai pasangan hidup Lily nanti. Joe tidak nafikan wajah Lily cantik tetapi apa yang lebih cantik lagi ialah hati Lily kerana apabila Joe melihat sinaran cahaya mata Lily serta tingkah laku Lily, Joe merasai jauh di dalam sudut hati Lily ada sifat keayuan dan keibuan. Inilah yang membuatkan betapa gilanya cinta Joe kepada Lily. Joe tahu Lily takkan percaya dengan janji-janji manis Joe kerana kita belum berkenalan dengan lebih rapat lagi. Jadi, jika Lily nak lebih percayakan Joe lagi, Lily buatlah perjanjian secara kontrak untuk menggelakkan kejadian yang tak diingini berlaku malah Joe sanggup bertanggungjawab sepenuhnya jika Joe buat perkara yang tak baik ke atas Lily. Joe tidak boleh berjanji kita akan hidup bahagia kelak kerana apa yang akan bakal berlaku semuanya di atas ketentuan Ilahi. Joe akan menghargai dan cuba mempertahankan cinta ini sampai ke jalan terakhir jika Dia merestui kita hidup bersama.Disini,Joe ingin Menulis lirik lagu bersempena harapan joe untuk Lily..

“Tiada ku sangka sejak detik itu kau membuka pintu kamar dihatiku,cinta yang terhempas suatu tika dulu bersinar kembali..

Pandainya dikau mencuri hatiku dengan kejujuran dan tingkah lakumu memberikan aku satu keyakinan mendungkan berlalu…

Akan kupertahan cinta ini demi kesetiaanku padamu..

Akan kutempuhi onak duri demi untukmu Bidadari..

percayalah…Janjiku ini…

Andainya kau jauh dariku dekat dihatiku…

Andainya kau pergi dulu hampalah cintaku..

Jangan tinggalkan ku…Jangan persiakan cinta yang murni…’’(Exist-Janjiku)

Diharapkan Lily dapat membuat kata putus secara masak-masak dan rasional serta ikutilah apa yang hati Lily mahukan. Jika Lily tak suka Joe bertindak lebih teruk, berikanlah kata putus Lily kepada Joe. Joe beri peluang terakhir untuk Lily membalas surat ini sampai pertengahan bulan 12 ini sebelum Joe pergi ke Johor. Jika Lily masih diam seribu bahasa, Joe akan terus mengganggu Lily selagi Joe belum mendapatkan apa yang Joe mahukan tidak kira di mana Joe berada. Disini, Joe sudah menyediakan 100 helai kertas manila kad bewarna merah jambu dan sekeping sampul surat yang beharga 30sen disertakan dengan setem hasil untuk Lily membalas dan menghantar ke pejabat pos nanti.Oh ya,sebelum terlupa,diselitkan juga gambar Joe berukuran passport untuk ditatapi atau diratapi oleh Lily tika Lily dalam kerinduan mahupun kesunyian...

Sekian terima kasih…

Yang ikhlas mencintaimu,

Ahmad Jusoh Bin Embong(Joe Westlife)

No comments: