Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, November 14, 2011

Kepulangan Yang Dinanti



Setelah genap sebulan lebih bapa saudaraku menunaikan haji diMakkatul Mukarammah,tiba pula masanya kembali kekampung halaman pada 14 haribulan November kelmarin..Aku dan Ketiga-tiga anaknya iaitu Faez,Niza,dan Haikal bertolak dari Dungun seawal jam 3.45pagi,manakala Ayahku dan datuk kami telah bertolak dahulu pada jam 3.30 pagi...Hujan renyai-renyai dipagi itu diredahi Saga FLK yang kami naiki..Dalam keadaan mengantuk,tidak banyak yang mampu kami sembangkan,hanya sedikit gurauan bagi mengelakkan Niza dari mengantuk ketika memandu..

Jalanraya sunyi tanpa kenderaan yang sesak,Alhamdulillah,tidak seperti yang kami jangkakan..Sesampainya kami kedestinasi kami iaitu Lapangan Terbang Sultan Mahmud,aku dan Faez terus menyalakan rokok untuk memanaskan badan dari mengantuk yang membelungi diri,Mana tidaknya,aku dan Faez hanya tidur satu jam setengah sahaja sebelum kami bangkit pada jam 3,30 pagi tadi..

Jam menunjukkan pukul 5.20 pagi,kami terus menuju keparking kereta yang terletak tidak jauh dari parking kereta kami untuk berjumpa ayahku dan datuk kami yang telah sampai sebelum kami lagi..Setelah siap menunaikan solat fardhu subuh,kami semua sarapan roti sardin yang dibeli ayahku..Bersembang seketika sambil menghirup teh panas yang masih berasap didalam cawan plastik..Jam menunujukkan pukul 6.45 pagi dan dijangka penerbangan akan sampai pada jam 6.55 pagi..Kami semua terus menuju ke pintu keluar para jemaah yang akan sampai seketika nanti..Orang ramai semakin mengerumuni tempat pintu keluar para jemaah haji dan tidak kurang pula orang yang bersarapan pagi diparking kereta ..Mengantuk,letih,berdebar,terharu,lapar,sebak,semuanya berkumpul menjadi satu perasaan yang tak dapat kami bayangkan ketika itu..Sangkaan kami meleset sama sekali dimana penerbangan akan sampai pada jam 7.20pagi..

Kami menonton skrin gambar yang menunjukkan para jemaah yang telah sampai,dan mereka perlu membuat pemeriksaan kesihatan untuk terakhir kalinya diLapangan terbang tersebut..Minit ke minit berlalu,Datuk kami letih dan tidak mampu lagi menunggu dengan berdiri,oleh kerana faktor usianya yang telah mencecah 90an,meminta kami membawanya ke kereta untuk berehat..Faez,Niza,Haikal dan Aku menghantar datuk kekereta dan kami berehat seketika menanti keluarnya para jemaah dari Lapangan tersebut..Tidur-tidur ayam kami seketika dan pada jam 8.45pagi,kami menuju pula kepintu keluar para jemaah dan meninggalkan datuk yang ingin berehat didalam kereta ayahku..

Suasana menjadi semakin sesak dengan ribuan orang yang ingin menyambut saudara mara mereka..hampir 15 minit jemaah haji pertama keluar dari pintu keluar dan dipeluk kemas oleh anak-anaknya,..Tidak kurang pula dipeluk cium oleh cucu-cucu mereka dengan airmata yang berlinangan..Faez ditugaskan untuk menyambut ayahnya dan menolak troli yang memuatkan bagasi besar..Ternampak kami kelibat bapa saudaraku itu terus kami mendakap beliau dengan harapan berkat suasana diMakkah bersama kami juga..Sempat juga aku terpandang mata ayahku merah apabila memeluk adiknya yang baru pulang dari menunaikan ibadah dari rukun islam yang kelima itu..Sempurna sudah detik yang kami harapkan dimana selamat juga pergi dan pulang bapa saudaraku itu..

Tidak berakhir cerita ini tanpa disertai klimaks yang mendebarkan dan mencemaskan..Sesampainya kami dikereta,kami dapati datuk kami telah hilang..Ah..Faktor nyanyuk dan semakin hilang keupayaan ingatannya makin menjadi-jadi…Kesemua yang berada disitu menjadi kelam kabut..Tidak dapat kami bayangkan situasi tersebut hanya Tuhan saja yang tahu..Aku dan faez mencari disetiap tandas,kawasan menunggu para jemaah,disurau dan kantin tapi masih tidak kami jumpai,dan kami terus mengulangi pencarian ditempat yang sama..Manakala bapa saudaraku dan ayahku mencari ditapak parking dan laluan jemaah yang berpusu-pusu keluar..Haikal dan Niza juga mencari diserata tempat,Bapa mertua pak saudara ku turut mencari bersama anaknya..Hampir 20minit pencarian dilakukan..Akhirnya aku dan Faez memutuskan untuk membuat pengumuman dikaunter penerangan tentang kehilangan datuk kami..Usaha itu langsung tidak membuahkan hasil..Kusut rasanya dikepala hanya Tuhan yang tahu..Bimbang mula menyelubungi jika datuk kami ditimpa kemalangan atau ditimpa bencana..

Alhamdulillah,Datuk kami sudah dijumpai oleh rakan ayahku..Rupa-rupanya,datuk kami berjalan menuju kepintu keluar dan terus kejalanraya dan meminta pertolongan orang setempat untuk menghantarnya pulang keDungun..Nasib baiklah orang setempat itu rakan ayahku…Datukku telah nyanyuk tahap kronik..

Kami singgah pula kerumah bapa mertua pak saudaraku untuk makan tengahari dan melepaskan lelah selama hampir satu jam,dan seterusnya kami berangkat untuk pulang keDungun..Alhamdulillah,akhirnya sempurna…

3 comments:

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hehe lawak je cerite ni..eh org dungun eh??sy study uitm dungun..jumaat ni baru bertolak..rindu dungun :)

♥NuR SyAFiQah♥ said...

hehe lawak je cerite ni..eh org dungun eh??sy study uitm dungun..jumaat ni baru bertolak..rindu dungun :)

Nismo BluebirD said...

yupp...orang dungun.. ;)
yer..sy pun rindu dungun..)