Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Wednesday, March 7, 2012

Larian Pertama

Pagi yang indah…Pagi ini pagi isnin,tanggal 5 haribulan 3 2012..Aku bangun seawal 6.15 pagi,selesai solat subuh,aku terus memakai kelengkapan untuk berjogging disekeliling kampungku..Semangatku berkobar-kobar sejak dari seminggu yang lalu,untuk menguatkan stamina dan menjaga kesihatan jantung..Aku dapat rasakan semangatku itu merubah aku menjadi seseorang yang lain pada pagi ini..bangun awal,dan memulakan bisnes dengan penuh kecergasan..

Pagi yang gelap dan hanya terbayang dari jauh dipelusuk sana sang mentari yang kian menaiki takhta cuaca…Hah…sepi sekali,aku terus berlari anak dan terus berlari disekeliling kampungku..Pada awal permulaan larian,aku tidak menganiaya diriku,biarlah sedikit jarak yang dikenakan tapi cukup untuk menguatkan stamina dihari ini..InshaAllah kalau esok masih ada untukku,aku akan tingkatkan lagi jarak larianku..

Berbekalkan keazaman yang kental,sebelum hari larian dipagi ini,aku ingin sekali menceritakan hal kelmarin..Aku terbaca surat khabar Sinar Harian,dimana promosi untuk sehari di kedai peralatan sukan Mizi Sport Dungun,aku melihat tarikh hari ini 4 mac,ya..Aku patut beli kasut sukan dengan harga murah,dan kualitinya yang terbaik..Bagaikan orang yang mengantuk disorongkan bantal..apa yang diimpikan selama ini dapat menjadi kenyataan…Aku terus ke kedai tersebut bersama Ijat rakanku,dan kudapati kasut Diadora dan seluar trek pendek beharga rm89..Itu adalah harga promosi pada hari itu sahaja..Tanpa memikir panjang,aku terus membayar jumlahnya,dan tidak lupa aku juga membeli sepasang stoking yang beharga rm15.90..Aku kini bergelar ahli sukan…

1 comment:

Anonymous said...

cantik kasut bagusla bersukan untuk kesihatan