Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Thursday, May 13, 2010

Aku Yg Bakal Menjadi Jutawan Muda???

Pada 9haribulan 11 2009
Masih ku ingat…Faiz sepupuku terjumpa setem yang bertarikh 1960 Malaya Trengganu…hah…Tersentak aku dimana harga setem tersebut mencecah RM 5juta…Rakan YB Matulidi mahu membeli setem tersebut dengan harga RM60Ribu…Tapi kami menolak…cita2 aku dan Faez mmg besar…Masing2 ingin memakai kereta mewah..
Fair Lady???Subaru???dan yg paling ingin kami buat ialah,pergi melancong Ke Langkawi bersama Rakan2 Rapat kami...

Jutawan muda akan menggegar Bandar Dungun…Perancangan untuk membeli bangunan,rumah,dan sebagainya untuk disewa kepada umum adalah hasrat kami….Dua hari selepas itu,sibuk faiz menyelongkar simpanan arwah atuknya,semata2 untuk mencari lebihan setem yg tersimpan,Terjumpa pula seketul batu kuning bermentera dan dipercayai batu diraja…faez mula menamakan batu tersebut sebagai Batu Kuning Batu Diraja…Dia mahu menjual Batu tersebut dengan harga RM24.3juta kepada Sultan Hassanal Bolkiah,sultan Brunei…^^



Batu Kuning Batu Diraja

Batu ini memang sukar untuk dijumpai...jika dipecahkan batu tersebut,serpihan dalam batu itu turut bewarna kuning keemasan....kami tidak berputus asa setelah beberapa kalai menelefon pejabat Sultan Hassanal Bolkiah...Disamping itu kami search internet dan laman facebook untuk diberitahu kepada jutawan2 Dunia...

Pada 30haribulan 11 2009,aku dan Faez menuju ke Kuala Terengganu..Tujuan kami hanya satu…keMuzium Losong…Hujan renyai2 membolehkan aku menutup perniagaan aku,dan turut menemani Faez...kalau cuaca panas,terpaksalah aku membiarkan Faez keseorangan berjuang...Setibanya diMuzium,malangnya,pengarah muzium menolak mentah2 tanpa melihat dahulu barangan kami yang sememangnya tiada dipameran….Kami Pulang dengan sedikit kekesalan..Dalam hujan lebat itulah bermulanya klimaks kesusahan kami…Shahdunya suasana hari itu...Bukan senang mahu jadi jutawan….

Lebat hujan semakin menyesakkan pemikiran ak yg sedang mengantuk dikala Faez sedang memandu...(dalammakna ayat aku ni.....hehehhe)



Hari ini hari selasa,8 haribulan 12 2009…aku masih menunggu panggilan Faez…tentang perkembangan khazanah lama itu…Aku akui mmg terlalu lama untuk kami menjual khazanah bernilai tersebut dan duitku juga makin sedikit dijadikan modal dalam setiap aktiviti ini…Sehingga kehari ini...14 hb 5,2010..Masih tidak terjual khazanah tersebut...

No comments: