Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Friday, May 14, 2010

Pengalaman dari perjalanan 3

Bermula lagi pengembaraan aku dan Sarel hari ini..^^ Tanggal 16 haribulan 12 2009..hari Rabu…Perjalanan yang tidak terancang langsung…Pukul 3 petang aku bertekad untuk menyewa kereta..Salinan ic dan lesen sudah disediakan Sarel…Viva pilihan kami,jimat minyak dan sesuai dengan bajet kami yang tidak seberapa…Kami bertolak pada pukul 5 petang selepas waktu bekerja…Aku sedari memang aku menutup awal premis perniagaan aku,tidak silap selepas azan asar…hah….Memang tidak terancang…

Kami sampai diKuantan pada jam 8.00 malam..Dan terus menuju ke Kuantan Parade..Tujuan utamaku adalah semata-mata ingin mencari Ray Ban Sun Glasses..hah…Mesti segak bergaya…Aku membeli Ray Ban dengan harga RM500…Seterusnya Sarel membeli telefon secondhand berkamera 3.2megapixel..Sony Ericson…Aku puas hati dengan perjalanan ini…Kami pulang pada jam 10 malam dan sampai kerumah pada jam 12.30 pagi….Penjimatan minyak viva tidak dapat dinafikan..RM25 dari Dungun ke Kuantan pergi dan pulang..wah…Aku beli viva juga nanti..hehehhee….kwang kwang kwang^^




No comments: