Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Saturday, November 13, 2010

Kali Pertama Berniaga DiPasar Dungun

Jumaat..Tanggal 11haribulan 12 2010..Bermulanya satu evolusi dalam diriku untuk memajukan dan meningkatkan ketahanan diri dalam menempuh dugaan dan cabaran dalam hidup..Aku memulakan pagiku dengan Solat subuh dan berdoa keHadrat Ilahi agar perniagaan ku diPasar Besar Dungun akan beroleh keuntungan..Inilah pertama kali aku berniaga diPasaryang penuh sesak dan ribuan orang ramai...Aku persiapkan satu payung,satu meja,dan satu kerusi..Barangan yang aku niagakan ialah,Syampu,Degresser(multi purpose),Pengilat tayar,dan Set Polish n wax Keenplus...

Gambar diambil selepas bersiap untuk pulang..
Aku keseorangan..Shahril hanya datang sekali-sekala untuk membantu dan menemaniku..wah...Inilah dugaan pertama yang aku tempuhi..Kebosanan ditahap Melampaui batas..Sebatang rokok aku nyalakan..menghembus kepulan asap sambil mengadap laptop..Aku cuba menghilangkan kebosanan dengan melayari Blog rakan2..tapi debaran semakin kencang..Aku terus menutup Laptop..Kerana aku sedar,Aku kini sedang berperang didalam berniaga..bila-bila masa sahaja pelanggan akan datang..Aku hanya mampu tersenyum..Bukan senang untuk aku ukirkan senyuman semasa mencuci kereta..tapi aku perlu senyum,kerana dengan satu senyuman,mungkin akan merubah hati pelanggan kearah kebaikan bersama...

Aku masih dalam kebosanan..Aku cuba menelefon rakan-rakan..Tapi panggilanku sia-sia..Kerana aku tahu,mereka pasti masih dikatil dan semestinya akan bangkit menjelang tenggahhari...Aku membuka lagu dari telefon,mendengar lagu untuk hilangkan kebosanan..Sedang aku menatapi pengunjung-pengunjung diPasar,kelihatan seorang
lelaki yang berusia 30an...Memperkenalkan dirinya sebagai Zamri..Beliau berasal dari Kampung Padang Pulut..Tujuan utama kePasar semata-mata untuk membawa keluarga membeli belah diPasar basah itu...

Aku kini tidak bosan lagi..Dia banyak menceritakan kehebatan Produk yang aku niagakan ini kepada pelanggan..Dia akui keberkesanan Produk Keen Plus dalam menaikkan seri kereta dan menghilangkan calar-calar..Aku hanya perlu menokok tambah apa yang perlu..Zamri memang baik hati dan sungguh mesra..Tidak lama selepas itu,kelihatan ibunya,dan dua orang anak dara yang sungguh mempersonakan..Cewahhh=)....zamri memperkerkenalkan keluarganya kepadaku..Tapi yang pasti dan aku dengari,''Tu Adik Saya...''...(nak suruh aku jadi adik ipar ke bang??ekekekke) Zamri membeli sebotol syampu dan aku mengurangkan harga sebanyak 5ringgit kepada Rakan baruku itu..Bagiku,dialah pendorong semangat aku untuk hilangkan rasa debaran,kegusaran,kemaluan,ehhh...Bergurau pulakk....=)


Wah...Jam menunjukkan pukul 12tengahhari..Zamri telah pulang dan aku masih menanti pelanggan..Ju sahabatku tiba untuk menemaniku..sekarang aku punya teman bicara..Aku mengetahui yang perniagaanku didengki seseorang..Apalah nasib orang melayu bila sesama melayu mahu dengki dan irihati melihat saudaranya bangkit..Arh,,Aku tak akan pedulikan...Biar apa orang nak kata,aku akan teruskan..Kerana aku tahu,Rezeki itu diTangan Tuhan..

Inilah pengalamanku..pengalaman pertama berniaga diPasar Besar Dungun..Tanpa sokongan Ibu dan Bapa,kerana mereka tidak ku beritahu tentang perniagaan ku ini...Alhamdulillah dengan barangan yang terjual..Menyingkap peristiwa semalam sebelum perniagaan kubermula..,
Faez menolongku membuat flyers,membuat kertas kerja,dan print di Sebuah sibercafe berhampiran UITM...Thanks Bro...penat dan letih rasanya..Chow^^

No comments: