Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Wednesday, January 12, 2011

Bila Bertemu Kawan Lama 1....

Assalamualaikum all readers and mask raiders..hehehe

Kali ini entry aku akan menceritakan sebuah persahabatan yang takkan lupus dari ingatanku...Kembali sejenak kita dizaman persekolahan pada tahun 1994,dimana tahun ini aku berusia 6tahun..Aku memulakan pencarian ilmu diTadika kemas dekat dengan rumah aku..Dimasa itulah aku mengenali jiranku yang menetap depan rumahku..Namanya Z Zur Aiman..

Hari-hari aku menunggu Z man untuk pergi tadika sama-sama..hahaha...Z man masih ku ingat,setiap kali waktu bermain,mesti fighting jer kerja kami..Pada Tahun 1995,Darjah 1,aku mendapati Z man telah memasuki sekolah Cina dekat Kuala Dungun,Sekolah Jenis Kebangsaan Kwang Hwa...Aku pula menuju ke Sekolah Perempuan,atau sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun,hehehe...Aku maskulin tulin beb^^...Z-man tidak kutemui selepas itu,menurut sumber yang boleh dipercayai,Z man telah berpindah disebelah kampung..;(

Lagu sekolah Kebangsaan kuala Dungun yang selalu aku nyanyikan..

Lagu Sekolah

Sekolahku Kuala Dungun,
Menimba ilmu menyayangi guru,
Usaha Jaya Moto kami,
Sanjung tinggi kebesaran Illahi.

kami berjanji berbakti setia,
Pada sekolah yang tercinta,
Di bawah naunganmu kami berdiri,
Menjadi manusia yang berguna.

Tekun belajar hingga berjaya,
Memanuhi cita-cita murni, } 2x
Itulah wawasan perjuangan kami,
Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun.


Darjah 1 aku ditetapkan kekelas Biru..Untuk pengetahuan korang,Sekolah aku dulu punya 4kelas,Biru yang pertama,Hijau yang kedua,ketiga pula Merah dan Last skali Kuning...Kelas Kuning nih kebanyakkannya yang Buta huruf la...ok....Kelas pertama yang aku dapat..Bertuah sungguh rasanya...Aku bertemu pula dengan sebilangan pelajar,masihku ingat Tajmil seorang budak yang tak berapa sopan,(macam aku),Ain yang bertahi lalat dihalkum yang pernah menjadi Ketua Darjah 1Biru (aku habis adjust nak ngorat die),Farhan sianak cikgu sabariah,Anas sianak cikgu Safura..Amelina yang pernah mengajarku tentang ilmu matematik(Tolak tambah),Aina yang suka menyakat,Zamrie,dan ramai lagi yang dah aku lupe...^^

Pada Tahun 1997,Aku darjah 3..Aku dapati kesemua rakanku tadi telah hilang entah kemana...Baru kutahu mereka berpindah sekolah...Aku hampir kecewa,cewahh...ehhehe..Seingat aku,Darjah 3 kami mula bersekolah petang...Pukul 1 tengahhari masuk kelas...Satu perasaan aneh la bagi aku...daripada tadika bangun seawal pagi tetibe jer kan??satu kejutan budaya kata owg kampong...^^Disitulah aku bertemu Hafizuddin Izham,Hafizudin Abdullah,Fizan Ali,Nurul Jannah Yumni mat Ghani,Azwan Alias,Fitri Nur Zakir,Azwan Farid(Musuh ketat)Syed Amirudin,Maziana Azmi,Syawal Jusoh,Nizam Mazlan,zafrina Tahar,nazurah,Afendi,muzaffar,Arif Khazim,Shahrul Anwar,Shahrul Aswadi,Fadhlan Fatah,Firdaus Mansur,Firdaus Rani,Asman,Aiman Zabar,Iskandar,Sanusi,Shafie,banyak lagi laa.....

darjah 3 nilah aku banyak enjoy giler-giler...Turun kelas dowh...Kelas Merah..hehhe..Cukup Gengster aku diwaktu tuh...Masa tu la aku jumpa senior aku kojak,Faizal itik,awang Kote,yang cukup gengster mase diorang darjah 6...ok...tahun 2000,Darjah 6 dan UPSR bakal tiba tahun nie...aku naik kelas Hijau...disitu aku bertemu lagi Nizam,zamrie,Shairazi(teman tadika),Hafizudin abdullah,...Tidak kurang pula bertemu rakan baru...nurul Jannah Harun,dan yang lain aku dah luper lol....hehehe..Masuk jer tingkatan 1,aku mulakan langkah menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar..Dan aku dapati ramai rakanku yang menuju ke sekolah Menengah seri Dungun,Sekolah menengah Sultan Ismail,tak kurang pula Berhenti sekolah...

.

Pada Tahun 2001,aku mulakan hidup baru..Kudapati Hafizudin Abdullah,Syed amirudin,Fizan Ali,Arif Khazim,dan beberapa lagi masih dapat ku jumpa..Semasa aku ditingkatan 5,aku berjumpa kembali Aina yang dahulunya sekelas dengan aku semasa darjah 1 dan 2 dahulu...Aku cuba bertanya dan mengenalpasti adakah dia bersekolah di sekolahku dahulu..Ternyata benar....dan aku cuba memberitahu segala peristiwa dan kenangan lama,tapi,dia sudah melupai....Aku juga sempat bertanya,dimanakah Ain,perempuan comel yang pernah menjadi ketua kelas dahulu,dan Aina memberitahu,Ain sekarang berada diKuala Terengganu dan belajar dengan cemerlang sekali...Huh...

Sehinggalah,2010..Aku bertemu kembali Fadhlan Fatah diSavecost Dungun..Mukanya tak berubah langsung..Aku dapat cam dengan jelas,dan aku mula mengingatkan dia tentang peristiwa dahulu,tapi hampa...hilang ingatan suda...^^Tapi sekarang kami masih berhubung...
Fadhlan (Ihsan gambar Facebook..)

2011 ini,Facebook Zul Carwash ada menerima permintaan sebagai kawan dari Saudari Maziana Azmi..masih tak berubah wajahnya,malah semakin ayu gitu^^ keh keh keh...Aku juga cuba mengigatkan kembali peristiwa semasa darjah 3 dahulu,tapi apalah nasib,hampa juga....
Maziana,(Gambar ihsan dari Facebook juga..)

Kesimpulannya,aku masih disini...merindukan teman lama..merindukan zaman kanak-kanak yang penuh dengan ketawa...tiada masalah,tiada kesedihan..tetapi adakah mereka juga seperti aku??Aku tak mengerti...Aku rindukan Z-zuraiman teman rapatku semasa tadika dahulu...Dimanakah beliau....;(

7 comments:

Unknown said...

i know were is z zur aiman

Unknown said...

where z zur aiman?

Unknown said...

sy krja skali ngn z hr tu...nk tau lbh lg..awk add fb sy... khaiyielitsya....sng sikit nk story kt awk..hehehe... fb z.. zzur aiman...try cari..dp dia..dia pakai baju mlyu wrna kuning.. ^_^

Unknown said...

Oit.. pe plak aku musuh ketat ni..
Name : Azwan Farid

Unknown said...

Add facebook azwan farid (kaneshiro aoshi)
wechat kenahin_dgn88
Whatsapp 0139551551

Unknown said...

Wechat kenshin_dgn88

Anonymous said...

PLEASE LA WOMAN MIND YOUR OWN BUSINESS.