Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, January 10, 2011

Komisen Menstabilkan Perniagaan

Assalamualaikum...
Disini aku masih terkapai-kapai..menatapi hari-hari lepas yang penuh dengan kekecewaan...opsss....ni bukan entry monolog,puisi atau jiwa jiwa yang kacau okkeeyyy???huhuhu

Tak lena aku pagi nie,tu pasal aku bikin update blog sekor nih...pukol 3 pagi dowh..pasal ape??hah..Aku terfikir sejenak bila meneliti kembali pendapat dan saranan kedua-dua rakanku iaitu Amir Ismadi dan Budin Forensik..Apakata guna kaedah lain untuk membayar gaji pekerja..Iaitu komisen,maksudnya,bayar elaun dan bayaran mengikut kuantiti kereta yang dicuci...Wah..selagi itulah legasi Zul Carwash akan menerajui visi dan Misi penubuhannya..ini kerana,pekerja akan selalu berharap agar kereta seberapa banyak yg masuk akan dicuci mereka...Pantas lagi efektif kualiti lagi memberasangkan..Lagi banyak kereta masuk,lagi banyaklah pendapatan mereka...(dan aku)..Sungguh tak kusangka,Tuhan telah mengurniakan pertolongan kepadaku melalui kedua rakanku ini..Ini semua terjadi selepas aku sering berdoa kepada Hadrat Allah yang Maha Esa...Thank you Allah...^^

Bukan apa,aku tidak tahan menanggung suka dan duka seorang diri...membayar gaji pekerja sangat rumit sebenarnya bagi aku..Aku perlu sistematik,tegas dan berani bagi menggempur cabaran diawal 2011 ini...Tahun 2009 aku diuji dan aku berjaya mengatasi kesemua halangan didalam perniagaan,tetapi Tahun 2010,lagi aku diuji dengan pelbagai dugaan yang bagi aku sangat melampau kegagalan yang telah aku alami!!!!

Berbalik kepada story tadi,aku mengira seberapa telus dan mulus,komisen yang akan aku berikan kepada pekerjaku...bagi aku,ini adalah Komisen berkebajikan,dimana jika mereka dapat mencuci seberapa banyak kereta,hasilnya amatlah lumayan, tidak lagi seperti dahulu,jika ada kereta,atau kereta kurang,tetap aku harus membayar gaji mereka mengikut gaji tetap seharian..pening lagi kepalaku,mana wang hendak bayar sewa kedai,mana wang nak bayar bil elektrik dan air,mana wang nak bayar kos kerosakan mesin,mana duit nak tanggung makan tengahhari diorang,mana nak cekau duit nak bayar gaji maksimum rm40 seorang jika kereta hanya masuk 6 buah sahaja......dan lagi pening kepala mereka jika kereta banyak dan gaji tetap mereka hanya sekadar cukup makan sahaja...hehehhe........dan semestinya aku perlukan revolusi ini...

Tak sabar rasanya untuk aku umumkan Komisen berkebajikan ini kepada pekerjaku...arghh...jam menunjukkan 3minit lagi pukul 4pagi..aku harus melelapkan mata..untuk solat subuh dan membuat kelengkapan kerja seawal 7pagi nanti....chow dulu....^^

No comments: