Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Sunday, January 16, 2011

Pertikaikan Usaha dan Kejayaan Orang yang telah berjaya

Assalamualaikum sahabat-sahabat...

Entry kali ini aku mahu kongsi pengalaman sahabat-sahabat yang dah muak dengan perangai perangai orang miskin,pemalas,dan asyik
mempertikaikan kuasa yang ada pada seseorang...Aku disini menaip bukanlah mahu memburukkan orang,tetapi jauh disudut hatiku,mahu membimbing
sahabat-sahabat untuk terus meninggalkan perkara ini....

kadangkala bila kita berjaya dengan usaha kita sendiri,mesti ada suara-suara sumbang yang akan mengatakan,''itu adalah warisan dia nyer bapak...''...''itu adalah kereta bapaknya,boleh la bergaya...''hahaha.... apakah kita tidak memikirkan semua itu adalah apa yang diusahakan oleh hasil titik peluh orang itu sendiri??Atau,apakah kita tidak memikirkan yang kita sendiri tidak mahu berusaha kearah mereka yang telah berjaya dan apakah kita tidak pernah sesekali untuk menjauhi dari menjadi seperti orang yang cukup bodoh dan penuh hasad dengki yang mahu
mempertikaikan usaha orang yang telah berjaya???

Kebanyakkan orang kita(Melayu) sangat suka menjatuhkan rakan sendiri...Dan jangan terkejut,fitnah sering dilemparkan oleh mereka yang gagal kepada
mereka yang telah berjaya...Lihat kembali entry yang dah aku postkan tahun lepas..perbezaan antara orang berjaya dan orang Gagal,,(KLIK SINI).....

Kita hendaklah muhasabah diri kita kembali...berfikir sejenak,adakah kita mahu duduk diceruk penghinaan orang??atau kita mahu menjadi orang yang telah berjaya dengan hasil titik peluh sendiri??

Bukan apa..Aku punya pengalaman sedikit sebanyak tentang semua ni..Aku melihat prestasi melayu memang merudum..nak harapkan pertolongan orang semata-mata,
tapi jarang sekali mahu berusaha...macamana melayu mahu maju??pulak tu,sibuk mempertikaikan kejayaan orang lain...arh..

Aku mendengar segala tohmahan diberi kepada orang yang telah berjaya...teruk...sangat teruk...mungkin juga orang akan mempertikaikan usaha aku juga...
Dengar sini...ops...Baca sini....Aku belajar dari pengalaman..3 tahu aku belajar sambil bekerja..walaupun modal permulaan adalah dari bapaku,
walaupun kereta kancil modal dari bapaku,tapi aku berusaha mengumpul duit untuk membayar kembali semua modalnya..Jadi tidak perlu untuk orang-
orang mempertikaikan kedudukan aku sekarang...Pernah aku demam sehingga seminggu,demam tak berdaya hanya mampu berbaring diatas tikar...huh..
membanting tulang sampai nak pecah urat saraf dan menggelegak otak ku kepanasan...adakah mereka terfikir itu semua??

Aku hanya menaiki motosikal kapcai sebelum mempunyai kereta kancil,setiap pagi aku membeli sebungkus nasi lemak untuk santapan ditengahhari..

Aku tidak makan tengahhari dikedai makan,aku hanya makan selaju-lajunya bagi menyiapkan lagi kerja yang masih bertimbun-timbun..kadangkala,
aku makan berdiri,nasi didalam mulut aku kunyah sampai kedalam jamban,disamping membuang air kencing...hah!!!masihkah kamu mahu pertikaikan lagi??Badanku susut dengan mendadak...sampaikan ada tohmahan orang kampung yang mengatakan aku mengambil
najis Dadah....Allahhurabbi...tergamakkan????

Kesengsaraan juga aku dah alami...semasa membasuh lori,ibu jari kakiku pernah digilis tayar lori,masihkah kamu mahu mempertikaikan??cat
antikarat pernah tersembur kedalam mataku,menggelupur aku mencari air untuk kubasuh mataku dalam kepedihan,masihkah kamu mahu pertikaikan??kuku jariku terkepit pada pintu myvi selama 6 saat,meraung aku kesakitan,adakah kamu masih mahu pertikaikan??


Aku pernah melanggar kereta orang dan rm2000 lebih hasil keringatku dibayar bagi menebus kesilapan dan membeli pengalaman dan pengajaran,adakah
kamu mahu pertikaikan??

Jika kamu mahu pertikaikan tidak mengapa..tapi janganlah mengatakan rezeki itu semua milik pusaka atau warisan dari bapa kepada anaknya,Bapa hanya memberi jalan,dan jika anaknya mampu terbang itu diatas usahanya sendiri,berbanding mereka yang tidak mahu terbang apabila sudah diberi jalan...
pertikaikanlah,semua rezeki yang aku miliki adalah kurniaan Allah swt..TanpaNya siapalah kita..Hidup menumpang
mencari 2 ringgit untuk makan dan minum didalam dunia yang fana ini,disamping mencari bekal diakhirat kelak...

Adakalanya aku tidak balik kerumah dan tidur dikedai sahaja bagi menjimatkan petrol..Adakalanya aku sanggup menunduk hormat kepada pelanggan,
dan aku dihina bagai pencacai...Aku dibakar mentari,keringat yang aku keluarkan adakah orang mengerti??Silap kita orang melayu tidak maju...kerana pemikiran inilah kita tumbang...Kita boleh berjaya dengan keinginan kita sendiri..kita berazam,usaha,dan kita tawakal..InshaAllah,berjaya...

  • Begitu juga kita lihat dari pekerjaan orang yang lain..semuanya penuh usaha dan setitis keringatlah kita akan mendaki tangga kejayaan...bukannya mereka semua lahir saja dah menjadi jutawan,hartawan dan
    angkasawan....
    ..

No comments: