Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Sunday, October 31, 2010

Kancil oh Kancil






Apalah nasib aku...memiliki kenderaan yang asyik buat hal..rm 4ribu lebih dikeluarkan semata-mata mahu melihat kenderaan aku berpotensi menjadi kancil yang disegani..tapi itu adalah perbuatan yang sia-sia...wth...

Selesai satu masalah,masalah lain yang timbul...aku pernah mencantikkan kereta kesayanganku itu dengan pertolongan Rakanku..dan hasilnya...teng teng teng.......



Aku dah gila sekarang ni..tak tahu mana lagi pomen kancil yang mampu membaiki dan mengubati penyakit kancilku ini....Dan ak telah habiskan Rm 1900.00 untuk overhall dan menukar piston yang agak besar..tapi...semakin banyak masalah yang dialami seperti tersedut-sedut enjin..bagai kereta yang berpenyakit kuku dan mulut..hehehhe


Minyak semakin laju keluar seperti enjin Honda yang bergear automatik..Arhh...penat aku melayan kereta ini...lepas daripada itu,aku mengeluarkan lagi Rm370 untuk menukar distributor dan alat yang nampak bodoh,tapi harganya....MasyaAllah............Harga macam yang aku dah tulis kat atas...^^



Aku buntu....Perniagaan makin hari makin perlahan,dan bagaimana lagi aku mahu menstabilkan simpanan untuk hari tua..hehehehe...(melawak bodo la plak..^^)
kalau lah aku tau begini banyak wang yang aku keluarkan,elok rasanya dari dulu aku mengangkat enjin Mira Turbo yang harganya lebih kurang harga yang aku keluarkan disaat dulu...

Tapi ak memang jenis yang kuat berangan..yang selalu aku angankan ialah,kalaulah tetiba jer ada seorang manusia yang ikhlas memberikan aku,tak banyak..dalam Rm 2juta..mesti aku dah angkat enjin yang boleh menggegarkan bandar Dungun nih..yang selebihnya aku nak beli Nissan Fair Lady,Rumah tak besar,tapi ada sepuluh bilik jer..dan yang paling penting,aku nak buat perniagaan yang agak besar lah keuntungannya pada aku..Buka Hub Ikan halal Malaysia...Modal 1juta beb^^...pastu,buka pusat Jamming untuk waktu beriadah bersama kawan-kawan,beli Padang Golf,beli rumah sewa dalam 5bijik...ermm...oh yer...Umrah lorh....gua nampak jer kuat enjoy,tapi akhirat wa tak lupe lol...^^

Itulah aku...dah merepek...~sekian~
P/S: Doakan aku untuk menjadi seorang jutawan yg beriman kelak!!!amin.....



Tak dapat Subaru,Fair lady pun takper..hehhehe

Saturday, October 30, 2010

Bila Pemimpin Datang ke Carwash Aku..

Hujan lebat dimusim tengkujuh ini amat memperlahankan urusan perniagaan aku..tapi aku bersyukur kerana aku tahu setiap titisan hujan itu memberi rahmat dan jutaan rezeki yang manusia pun tak nampak..

Kelmarin...Sedang kami membasuh kereta pelanggan,tiba sebuah kereta yang ingin dibasuh..Aku meneliti wajah seorang lelaki yang jernih mukanya bila tersenyum,dan suaranya begitu mesra..aku melupakan hasrat untuk bertanya siapakah dia,dan sepertinya memang aku pernah jumpa dan kenali suatu ketika dulu..

Ketika keretanya sedang dicuci,aku mula mendapatkannya dan terus bertanya,siapakah Beliau dan dari mana hendak kemana,dan jawabnya dengan tersenyum,beliau ialah Ustaz azman Shapawi,Timbalan ketua Pemuda Pas Pusat...waahhhh........Kagum mula menusuk didadaku...mana tidaknya,seorang pemimpin datang keCarwash aku...kali pertama...Aiseyyyy............




Banyak yang kami bualkan tentang isu politik semasa,dan yang paling penting isu Pilihanraya diGalas...masa berlalu pantas,Ketika keretanya siap dicuci,aku meminta untuk mengambil gambar bersama beliau...hheehhee...


P/S:Kalau tak kenal siapa yg kita sanjung selama ni,sila2la check balik...jangan bila ada depan mata,terus buat do know,padahal dia tu yg kita cari selama ni...^^

Tuesday, October 5, 2010

Zul Pekerja Yg Istimewa

semakin hari masa berlalu dengan pantas..Raya pun sudah kepenghujungnya...
kami memulakan kerja seperti biasa,hanya berdua..Aku dan Shahril..penat dan lelah drasai bersama...,akhirnya kembali mencari rezeki seperti sediakala...



kami mengalukan seorang warga kemboja untuk bekerja bersama kami..dia amat istimewa..
kecatatan yg dikurniakan Tuhan mendorong dia untuk bekerja seperti orang yg normal...
demi menyara keluarga dikampung...istimewa??yaa...sewaktu kecil,dia mengalami demam panas dengan amat teruk..
menyebabkan sebelah kakinya tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya..hebat ciptaan Tuhan..Termanggu ak seketika..
dia amat tabah..senyum bila dalam kesusahan,adakalanya duka dipendam tiada siapa yg mengerti...Dia ialah Zul..
(skali macam nama manager carwash daa...),berumur 31 tahun dan Duda anak dua..


Simpati sering didadaku..mungkin juga dihati pelanggan2 yg mengunjungi companyku..
petang itu,ak dan Zul cuba mengangkat batu yg agak berat untuk menutup longkang dibelakang kedai..
Zul menyatakan pinggangnya xkan tahan,tp dia cuba juga untuk mengangkat..tiba-tiba Zul jatuh rebah dan batu yg berat tadi hampir menghempap beliau..
ak panik sambil memeriksa keadaan kakinya..Alhamdulillah..hanya luka kecil saja..manakala ak hanya luka dijari..suspen betul...

Banyak peristiwa yg menyayat hati,adakalanya semasa rancak bekerja,Zul jatuh tergelincir..
ak hanya mampu menenangkannya..tapi dia teruskan kerja tanpa mengeluh seperti anak manja...itulah kehebatannya...


Zul ketika membersihkan tempat yg dulunya penuh rumput2 panjang

Suatu petang ak cuba berbicara dengannya..ak cuba memahami dirinya..dia sangat resah..tp siapa yg tau??
dia menyatakan dia sudah menceraikan isterinya kerana curang dan berkahwin dengan lelaki bukan islam..

Tergamak seorang isteri berkahwin dengan bukan islam ketika suaaminya bekerja diluar negara..Hati siapa yg tak menangis???bangsatt..
masalah lain pula timbul apabila bekas isterinya mengambil anak bongsunya yg berumur 2tahun dari jagaan orang tua Zul dikemboja..

Sebak zul dari matanya ak tatapi..Zul hanya berharap agar dia diberikan cuti bulan Jun nanti,
untuk pulang kekampung dan mengambil semula haknya yg paling beharga..mengumpul duit adalah hobinya sekarang untuk bertemu muka dengan anak anaknya..

Pernah juga ak terdengar alunan zikir dari mulutnya,sayu kedengaran diwaktu hujan...dia amat rajin beribadat kepada Allah..setiap pendapatan gajinya sangat disyukuri..

sangat menyayat hati....:-(





29/10/2010

Friday, September 10, 2010

PENGALAMAN BEKERJA SEHARI SEBELUM LEBARAN

sorotan menjelang Raya...
year 2010
jam 4 pg-
Shahril pulang dari Kuala Terengganu dan terus kerumahku untuk mengambil anak kunci kedai..
tujuannya untuk memasang PENDAWAIAN ELEKTRIK lampu dicarwash,untuk shif malam..
selepas ak bersahur dan solat subuh,ak terus menuju kecarwash untuk menolong Shahril..gelap suasana menggamit penglihatan disubuh hari..
ak mula berkemas dan Shahril masih melakukan pendawaian elektrik..

jam 6.40pg-
Shahril meminta kebenaran untuk pulang berehat..dan kembali bertugas jam9pg nanti..
sambil itu,ak menyediakan barangan dan alatan pembasuhan..agar tak kalut ketika pekerjaan dimulakan..

jam 8.30pg-
Anas,dan ak memulakan pekerjaan..bekerja tanpa henti..tp puasa beb..^^
10minit selepas itu Shahril datang..

jam 4ptg-
ak berhenti untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar..

4.30ptg-
suasana menjadi gopoh..apabila kereta yg kujanjikan siap selepas asar masih tidak disiapkan..
menyebabkan 2pelanggan menunggu..

jam 5ptg-
ak meninggalkan Shahril dan Anas..ak menuju keBazar Ramadhan..membeli Nasi beriani dan Air soya..juadah berbuka nanti..
tanpa membuang masa ak terus balik kecarwash...

jam 6.30 ptg-
Anas pulang dan mengakhiri tugas..Aku dan Shahril meneruskan pekerjaan dan menanti Rakanku yg akan membantu disesi malam datang..

jam 7.15mlm-
ak berbuka puasa dengan meminum Air soya dan diselangi 100plus yg hampir 2jam ku sejukkan dalam peti sejuk..
selesai meneguk air,ak teruskan lagi pekerjaanku,sementara Shahril mencari skru drver untuk menyambung kerja pemasangan lampu,..
ak makan terus berbuka dengan gopoh dan gelojoh skali...masih ada 3buah kereta yg belum dicuci lagi...
ak perlu siapkan sebelum client disesi malam tiba..Ak mula kesakitan pinggang yg teramat sangat..ak hampir tak berdaya...

jam 8mlm-
client sesi malam yg pertama datang..menaiki Proton Savvy berwarna hitam..beliau adalah client tetap diCarwashku..
hurm..dia perlu menunggu sehingga kereta 3buah td selesai dicuci..Sambil itu,shahril memasang lampu..Tiba-tiba semangatku datang..ak memasang
lagu raya dan limitkan volume laptop dan volume speker Altec lansing kepunyaanku..suasana menjadi seperti sebuah pesta..dan ak terus speed..speed
seperti baru mula bekerja...setengah jam kemudian,ju datang untuk membantu dishif malam...

jam 9mlm-
Shahril sudah tak berdaya..ak mengerti,dia hanya tidur 1jam saja pagi td..Uncle khairool Idlan (penyanyi evergreen 80an)menghantar mesej raya kepadaku..terharunyer...

jam 12mlm-
masih meneruskan pekerjaan,dan pelanggan tetap menanti..irama lagu raya kugantikan irama Rock melayu,
semakin rancak dan semangatku masih tak berganjak..
jam 12.40,kereta client siap dibasuh...dan kami bertiga mula berkemas dan mencuci kereta masing2..

jam 1pg-
masih mengelap kereta masing2...ditemani rakanku,erwan tahar,yg melepak dicarwash..
lagu Rock masih berkumandang dan sepertinya satu suasana konsert Rock pula jadinya..
lampu masih begemerlapan,dan masih ku ingat,ada 3buah kereta lagi yg merayu untuk dicuci..
tp kami menolak kerana Shahril harus pulang kekampung isterinya Jam 3pagi nanti..

jam 1.40pg-
Kami pulang dengan keletihan..esok sudah lebaran...dapatkah ak merayakan dengan bersemangat diwaktu esok..ak pun tak pasti..^^
Seminggu selepas raya Carwash akan dibuka semula...selamat bercuti,dan selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan bathin..

Monday, September 6, 2010

Ramadhan 2010

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya...hari ini ak punya kesempatan untuk menukilkan kisah hidup dibulan Ramadhan..banyak dugaan yg ak hadapi..cuaca panas terik dan hampir menggelegak otakku dibuatnya..tapi ak terpaksa juga menahan kehausan dan kelaparan dikala sedang bekerja..

sejak permulaan Ramadhan,hanya Aku dan Shahril yg bekerja..membanting tulang bersama..memerah keringat untuk mencari wang dimusim perayaan..banyak sumber yg ku perolehi dimusim Ramadhan ini..antaranya, dari sumber antirust,polish dan sebagainya..hari jumaat pun kami membuka kedai..punya semangat!!!!Shahril menyambut Ramadhan bersama isteri yg baru 1bulan dikahwininya..hehe..bertanggungjawab lah dia membanting tulang...

Shahril-sekadar gambar hiasan

Dikala Ramadhan ini,sikap merokokku semakin berkurang..hanya malam saja merokok,tp siang x...hahahha...Alhamdulillah,setakat ni,puasa ku penuh..dan inshaAllah ak akan teruskan puasa penuh ini sehingga 2hari lagi.....

masa berlalu dengan pantas,ak x membeli lagi kelengkapan perayaan...wahh..mungkin malam ni ak akan menyiapkan kelengkapan kerja dimalam raya dan pakaian raya..kelengkapan kerja??yupp...kami akan membuka kedai dimalam raya..sehingga jam 12pagi syawal...bukan mengharapkan wang semata2..tapi hanya mahu mencari pengalaman setahun hanya sekali...

memori anas dan shahril membasuh motosikal scram..

Anas akan mulakan tugas bersama aku dan Shahril selama 3hari bermula hari ini..Anas pulang cuti raya dan sudah menjadi kebiasaannya untuk mencari pendapatan dimusim raya ini..wahh..keadaan tahun ini serupa dengan keadaan tahun lepas,...

Dari kereta pertama sehingga kereta penghabisan..jam 5.30 ptg ak hampir tak berdaya..mahu muntah pun ada..urat belikat terseliuh,takku rasa sakit,malah tak selesa untuk meneruskan kerja..balik kerumah terus ak mengerjakan solat Asar dan lantas kuberbaring..berbaring sambil laptop dipasang dan mengumandangkan Lagu Raya tanpa henti dan ak terlena...sehinggalah ak terjaga,terjaga untuk berbuka Puasa...^^

Wednesday, August 11, 2010

Sejarah hidup haiwan kesayanganku,Mr.Xabi Alonso Decaprio..

Masihku ingat..Tahun lepas 2009,bulan 11 seingat ak..Hujan lebat dimusim tengkujuh,banjir melanda dihadapan rumahku...Terkapai kapai seekor anak kucing yang baru berusia 5 tahun..masih baby...Dalam banjir yg hampir menenggelamkan kucing tersebut...bukan kucing parsi,siam atau kyrgistan..Tapi sekadar kucing kampung yg terpisah dengan ibubapanya semasa perpindahan banjir...mungkin......^^....kui kui kui....

Masihku ingat,ak mendakap beliau yang dalam kesejukan,ku layur dengan pemetik api,dan kubaluti dengan kain lusuh bagi memanaskan badannya....ish ish..kesian...ulat bagaikan ghairah menumpang dibadannya....tak berdaya kucing itu....ku berikan namanya,Xabi Alonso decaprio....

Bermulalah detik ceritanya...Asalnya beliau ketakutan bila berjumpa seorang manusia yang agak hensem dan aneh mungkin baginya....tapi,semakin lama semakin jinak dan sering bermain2 didalam rumahku...



Masa semakin pantas..Genap setahun..Hari ini aku bagaikan tidak percaya yang usianya kini mencecah 19 tahun...Aktif mencari makanan didapur,manjanya sekadar untuk menikmati makanan,bukan nasi,tetapi ikan dan keropok...Maju betul Xabi....Bukan calang2 kucing belaan...

Adik bongsuku bukan main aktif dan sayang kepada Xabi..Dipeluknya Xabi sampai Xabi menjadi lembut seperti bukan kucing yang ganas..Xabi seperti menjadi lurus bendul bila dipermainkan budak sekecil 6 tahun....^^





Xabi bukan seperti kucing-kucing yang lain...Tidak pernahku lihat beliau berzina dengan kucing-kucing bergelar nak dara atau cikaro-cikaro...Nak mengorat Betina lain pun tak Berani..Nak bertumbuk dan bercakaran pun selalu kalah..Xabi memang kelakar..Cubalah panggil dia,dia akan buat-buat tak dengar....Tapi korang panggil dia dengan makanan ditangan,wah...siap duk atas riba lol.....^^

Sesungguhnya,haiwan kesayangan Nabi ialah Kucing...hurm....^^

Monday, July 19, 2010

Jangan Berlari nanti Lelah,bimbang tergelincir


19 julai..awal ak bangun hari ini,...Detik 6.30,alarm handset berbunyi dengan bising sekali,memecah keheningan subuh..Ak terus bingkas berdiri dan dalam kelesuan menuju kebilik mandi..Selesai solat ak mula on9 facebook seperti semalam..Lewat ak tidur semalam..pukul 2pagi beb..^^

Jam 8.30 ak mula memakai helmet dan menunggang motor terus kewarung berhadapan Hospital Dungun..Dalam keghairahan ak berjalan kedalam warung tersebut sambil bersiul-siul..Ternampak Abang Fauzi,pengusaha juga Formen kereta Mega Workshop berhampiran Kedaiku diSura..Lantas terus memanggil ak untuk duduk semeja dengannya..

Seperti biasa,ak mengenakan nasi lemak dan segelas air suam,cukuplah itu makanan pagi ku..Banyak ilmu yang dapat ak petik dari seorang otai yg peramah,tapi adakalanya pendiam..ceria,tapi adakalanya bengis,steady adakalanya cermat..Ak tetap respek dengan hormat yg diberikan kepada ak insan yg kurang sifat ni..hehehe(sedeyynyerr...)

Dalam banyak percakapan beliau,dapat ak memetik beberapa perkara yg orang ramai terlepas pandang..Kami bercerita tentang perkembangan bisnes,perjalanan hidup beliau dan satu kata-katanya yg dapat ak ingat ialah,Mengejar kita akan lelah..... ;P

Apa???yuppp...Buat apa kita mengejar harta dunia dengan meninggalkan perintah Tuhan??siang dan malam kerja hanya akan membazirkan tenaga dan kita akan mudah leka...Menyingkap bisnes seseorang melayu yg baru setahun jagung memulakan bisnes,tapi sudah memiliki Proton Perdana...Wahhh..hebat sangat ke???Nak tunjuk kat siapa??Sampai hutang keliling pinggang dan dibenci orang,ape kes???

Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa muda dahulu..Dengan menaiki motosikal kapcai ketempat kerja... Lebih buruk berbanding RXZ yang baru keluar dikala itu...Proton Saga yang baru dikeluarkan menjadi kebanggaan Malaysia ketika itu...wahh...beliau juga teringin,tp memandangkan dorongan sahabatnya,beliau mulakan langkah pertama dengan kesusahan dan kritikan..biar malu,biar dihina...

Lama kelamaan,beliau dapat memiliki Datsun,kereta hape ntah..Boleh dibawa kemana sahaja...Selepas beberapa tahun,beliau membeli nissan Sunny..Akhirnya beliau membeli Honda Lama..Honda Accord tak silap ak..Sekarang sudah 5tahun beliau memilikinya,dan sudah habis bayaran...Rakan2nya menyarankan agar menjual kereta tersebut dan memiliki kereta mewah lain,tapi dengan lembut beliau menolak saranan membunuh itu..Dengan alasan,nak tunjuk kat sapa????

Katanya Kemewahan adalah jerat yang boleh membunuh karier perniagaan melayu...Ikutlah Resmi Cina,yang tak menunjuk tp hakikatnya kemewahan tidak terhingga...Ikut Resmi Melayu lah ramai yg bankrap...Biarlah terus berjalan dan jangan tergopoh2...Kalau berlari dibimbangi tergelincir didalam jerat yg membunuh....

Melayu banyak yang leka dengan kemewahan,pantang dapat untung walaupun setahun bertapak sudah ego membeli itu dan ini..Seperti saudara kita yang membeli Proton Perdana..Mulalah dari bawah,seperti Kancil,barulah naik sedikit demi sedikit..Dibimbangi apabila kewangan menjadi faktor utama sesuatu perniagaan bangkrap,Perdana diganti dengan Kancil..Tak ke low class????^^

Melayu banyak yg berpegang kepada Prinsip,Biar Papa Asal Kedana...opppsss..........Biar Papa Asal Bergaya..(pepatah ni selalu ak tertukar,tak heranlah ak fail bab peribahasa)hehehhe....^^Menurut Abg Zi lagi,kita harus memandang kedepan...(macam iklan dalam tv la plak...)kalau nak maju....

Bak kata Danial Chua plak,Why Not Now??Why Not Today???Salah satu orang berbangsa cina yang ak jadikan mentor dalam kehidupan seharian sebagai seorang usahawan....

Akhir sekali Abg Zi menghentam peniaga2 melayu yg aktif membolot harta dunia tanpa mengira siang dan malam...Biarlah kenal Surau masjid,jgn leka dengan mengejar kesemua harta dunia sehingga kita rebah tersungkur dan lelah tak terhingga....

Jam menunjukkan pukul 8.54 minit pagi..Abg Zi membayar makananku dan terus ak mengucapkan terima kasih yang tak terhingga...Kerana mengajarku erti perniagaan dalam islam..Dan seterusnya memotivasikan ak supaya kekal dengan gaya rendah diri dan menyimpan rezeki dalam diam...^^

Wednesday, July 14, 2010

Spain Juara World Cup 2010!!








hasratku sudah tercapai untuk melihat Pasukan yg ak minat sampai ditahap yg membanggakan...
selepas mengalahkan belanda dalam kemenangan yg amat tipis,cukup untuk mengubat KEPERITAN selepas berjuang bermati-matian.........






VIVA ESPANA!!!!!!!VIVA LA ROJA!!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 6, 2010

Motor ak Buat hal lagi......

Pagi ini pagi yg sangat nyaman....awalnya ak bangun..jam 7pagi..selesai solat subuh,ak terus menyiapkan diri dan memeriksa komen2 dilaman sembang Facebook..jam 8pagi ak terus memanaskan enjin motosikal kapcai kesayanganku itu..semata2 untuk menghantar adik bonsuku keTadika berdekatan dan seterusnya menuju keTempat kerja...

sesampainya aku diwarung,ak terus berhenti bagi memastikan perutku kenyang sebelum memulakan pekerjaan..maklumlah..pekerjaan yang akan ak buat perlukan tenaga yg setimpal..selepas makan dan bayar harga nasi minyak dan air suam,ak terus memulakan perjalanan..dalam perjalanan ak dapati motorku tak berupaya untuk berjalan,lalu "geregegegege"....(sound effect)..aduss.....rantai motorku putus....peti rantai remuk..Alhamdulillah..seberang jalan kudapati Kedai membaiki motor sudah mula beroperasi...

tapi ak tetap tenangkan diri..ak sudah mula belajar erti redha dengan qoda' dan qodo'...mencapai rokok dan menyedut sambil memikirkan apakah dosa yg telah ak lakukan sehingga bala sedemikian rupa yg ak dapat..ak terus menelefon rakanku untuk menghantarku ketempat kerja sementara motorku siap dibaik pulih....

petang sesudah habis waktu pekerjaan,ak menumpang kereta Sepupuku,Faez kekedai motor berhampiran Hospital Dungun..terkejut tak terhingga..formen mengatakan papan coil motorku pecah..aduss..mengeluh ak sendirian...ak hanya mampu mengeluarkan wang sebanyak rm85 sebagai harga kerosakan yg sudah dibaiki...

Friday, July 2, 2010

World Cup-antara kemenangan mental dan fizikal




Demam piala dunia dapat kurasakan dikala ini..seawal permulaan permainan,ak tetap menyokong negara Sepanyol..

pemain kebanggaannya terdiri dari David Villa,Torres,Xabi Alonso,Xavi,Puyol dan ramai lagi..

hampir setiap perlawanan selalu ak tonton..tidak kira diwaktu pagi atau malam..
Berdebar bila ak menonton perlawanan suku akhir apabila Spain menentang Portugal yg tidak kurang juga hebatnya,,..

Portugal menentang Sepanyol..menjadi perbualan hebat dikedai2 kopi dan tempat kerjaku..
separuh masa pertama kedua2 kumpulan masih tidak dapat menjaringkan sebarang gol..tp cubaan hebat dari pemain Portugal,Cristiano ronaldo memang mendebarkan penjaga Gol
Spain,Casilas..tidak kurang juga rembatan jauh yg dihasilkan oleh penyerang Spain,David Villa membuat pemain portugal sering gelisah..
huh..tp separuh masa kedua,Spanyol tetap dapat menghasilkan gol..hasil jaringan David Villa,hero Sepanyol..juga merangkap Kapten Spain dalam World cup ni..

kemenangan spain menghancurkan impian Portugal dari melangkah ke semi final..ak hanya menunggu detik 4julai,seawal jam 2.30 pagi,
Spain akan bertemu Paraguay,manakala 3julai,jam 10malam,German akan bertemu Argentina..masakla...Kesemua pasukan memang punya kelebihan tersendiri..
tp,walaubagaimanapun,semangatku tetap bersama SPAIN,walaupun jikalau SPAIN terpaksa gugur dimedan pertempuran,itu tak bermakna Semangat aku juga terkubur..

mengantuk ak tiada terkira..nak lelap takde mase..sibuk dengan kerja dan melepak,dan menonton perlawanan..bagi yg berjudi syokla..tp tanggung la akhirat nanti..

syabas,Portugal,Chile,Japan,..semangat kamu semua memang luar biasa..cuma kemenangan dan nasib tidak menyebelahi kamu..
bagi Brazil,belanda,Ghana,Uruguay,Argentina,German,dan Paraguay,berilah peluang pada Spain plak kali ni..hehhhehe

David Villa(7)

Saturday, June 12, 2010

Diriku diOverhall.....(Ubah Penampilan)-sesi 1

diriku diOverhall.....sesi 1

sudah sampai waktu dan masanya..ak memulakan langkah pertama untuk memperbetulkan urat saraf dalam tubuhku..
kesemua urat2 dawaiku dilentur..
alangkah sakitnya bila Kak Pah memperbetulkan urat2
yg telah membengkak akibat gaya hidupku yg aktif...
dilanggar Bas,rebah motor dan merempuh tong sampah besi,disepak terajang orang,dan macam macam lagi..

terkejut bukan kepalang,bila Kak Pah mengatakan urat badanku disebelah kiri bagaikan urat yg berusia 40tahun..
baru ku sedar,air sejuk yg ak bedal,dan jarang melakukakan riadah seperti jogging dan merenggangkan urat adalah faktor utama..
Geli dan sakit bercampur gaul...urutan dari bawah keatas,lendir2 dan bengkak dapat kurasa..

tiba masa urutan dileher..mengerang dan merah mukaku menahan kesakitan..bagai nk tercabut nafasku..
Kak pah mengatakan,urat dileherlah penyeri wajah,manakala jika urat tersalah diUsus,buruk padahnya..
ususlah penyeri wajah,rosak usus,rosak masa depan..

hari kedua,begitu juga...tapi kali ini ak tidak kegelian lagi..
tp sakit amatlah parah...
Kak Pah mula mengurutku diperut,mengucap ak..pabila Kak Pah mengatakan itu adalah Angin Medu.
salah satu penyebab terjadinya penyakit Uluran yg boleh menyebabkan kematian..
urutan Kak Pah dapat kurasakan angin itu semakin hilang..
Syukur Alhamdulillah,Tuhan ketemukan ak dengan Kak pah..
kalau tidak,sampai ke tua la ak tak mengurut dan penyakit akan bertambah..

ak cuma ada sekali lagi sesi rawatan bersama Kak Pah..dan selepas urutan ini berakhir,
ak akan membina badan,dan insyaAllah,akan berhenti merokok..

Friday, June 11, 2010

BILA KAMBING BERTUKAR NAGA


Bila kambing bertukar menjadi Naga



Jangan sesekali bermain dengan bara yang mungkin menjadi Api..
Jangan sesekali menjadikan ak bertukar menjadi personaliti yang tidak digemari..
Kerana ak adalah ak..
Kerana ak punya perasaan..
Kerana ak mudah tertawa dan mudah amarah..Mudah juga tersentuh..
Sekali amarahku terbit,nescaya padah akan menimpa,..

Sekarang kau mungkin mengenaliku dengan istilah kambing..
Yang tertawa bila dipersenda..Tak mengapa..Jika ak dah klasifikasikan kau menjadi rakanku..
Tapi jika keterlaluan sehingga membuat ak tersinggung..
Jangan harap ak akan terus menjadi Kambing...Ak akan menjadi luar biasa..
Ak akan menjadi Naga yg mengeluar api dalam serkam yang telah lama kupendam...
Dan mungkin api itu tak elok jika dikeluarkan..Mungkin ak penuh motivasi didada..
Tapi silap...Ak adalah ak..Dan tak mungkin akan berpaling kepada jejak kambing bagimu..

Apabila Naga muncul..Ak akan hilang kawalan..Kawan menjadi lawan..
Hormatku akan pudar walau ilmu kau setinggi gunung..Kerana ak faham..Kau tak layak dihormati..
Jika kau tak menghormati orang yang kau pandang rendah...

Bukanku menunjukkan keegoan..Tapi ak mula belajar dari kau...
Tentang keegoan yg menjadikan seseorang hilang dari kesabaran..
Hilang dari dunia sebenar,...

Ak boleh capai matlamatku tanpa kau!!Tapi tak semestinya kau boleh mencapai
matlamat kau tanpa ak..
Jika kau sedar akan kesilapan kau..Dan faham tentang diriku,
Nescaya kau tidak akan mengubah aku dari alim kepada jahil..
Kerana sekali ak jahil,Itu semua berpunca dari kau yg membentuk ak tanpa kerelaan kau!!

Monday, May 31, 2010

Tinggal Kenangan

Bisnes,Bisnes,Bisnes...

Ahahahhaa....Tajuk bukan main gempakkkkk.....Rupe-rupenya,.......^^

Banyak Bisnes yg ak jalankan..sampai naik pening kepala hotak ak..
hah...Tp..tak kaya2 pon..huhuhu

Sebut sahaja MLM..sekarang ak dah nak termuntah...sebut sahaja pasal perniagaan besar2,seperti E-cosway,Dealer Celcom,Saham,wah..lumayan...tp,mungkin ak belum sampai tahap itu,kerana modalku banyak tertumpu kepada perusahaan Perkhidmatan Mencuci kereta..

Hari ni tanggal 31 may 2010..ak mendapat wang RM400 dari rakanku..,bukan dapat saje2 tau..ak menjual kesemua barangan aircond ak..nampaknya sudah sampai masanya ak menjual kesemua barangan itu...Gas R22,manifold Gas,swagging tools dan digital multimeter with clamp..pergghh..kesemuanya baru..maklumlah..ak jarang skali membuat kerja aircond semenjak ak,Ju,Nipah dan Rie berpecah..Nipah dah Ke Kuala Berang,Rie dah keManir..manakala Ju sekarang bekerja TNB..

Walaupun kerugian hampir rm150 lebih..tp ak sekarang berpuas hati kerana menolong bangsaku sendiri yg mahu memulakan perniagaan aircond..


Digital Multimeter model Sunwa..(tinggal kenangan)

Saturday, May 29, 2010

Aku Dalam Dilema

Ape perasaan Korang??

Bila seseorang tu bukan main baik depan kita...wah...eloknye budi bahasa...
sampai kita tergoda,dan respek kat dia..sampaikan kita jatuh rebah tersungkur dalam pangkuan imannya...


tp dibelakang pula lain ceritanya...dia menjatuhkan kita..dia memalukan kita didepan sahabat lain..
tanpa kita ketahui...disamping itu dia jijak kepala kita dan terus kepuncak keegoan yg tertinggi...


itulah situasi ak sekarang..tp ak takkan berdendam...
aku harap dia akan insaf dan sedar..

Friday, May 28, 2010

MALAIKAT MAUT MEMERHATI KITA 70 KALI DLM SEHARI.

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, pastinya mereka tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya termasuk malaikat Izrail yang seringkali melihat manusia.

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-​seronok dan bergelak ketawa.”

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e .

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-​makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-​kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-​tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya​ barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkann​ya.​ “

( Surah Al-A’raf ayat 34)

Tika Kematian Menjemputku


Terbangun ak dalam lamunan...
ketika ibuku memberitahuku seorang jiranku yg mati,dan rupanya ganjil sekali...setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..Simati pernah berhutang dan tidak terbayar hutang tersebut..disini ak tidak mahu mengaibkan simati..dan harap kejadian ini dapat dijadikan iktibar...

ak mula mengetahui keagungan Ilahi...aku kagum..ak tak terdaya tanpa pertolongan Tuhan semesta Alam...disaat ini,kurasakan Taubatku diterima..Rezeki yg kuperolehi,walaupun sedikit tapi ak begitu senang hati...Berkat walau jumlahnya kecil...ak tak merungut..jika rezeki ku sebanyak itu,ak takkan menyalahkan Takdir..kerna ku tahu..Harta bukanlah segala-galanya..Kematian menjemput jasad,dan bukan beserta Harta..

seperti Khalifah Harun Ar Rasyid..dimanakah bala tentera beliau??dimanakah harta beliau??dimanakah kerajaan agung beliau??dimanakah kaum kerabat??Beliau keseorangan dalam Liang Lahad..yg tiada pembaringan istana...Walaupun Beliau dikategorikan sebagai pemimpin yg adil lagi beriman,tp beliau tetap menangis..menangis takutkan Tuhan..

manakah pula Qarun??dimana kunci simpanan hartanya berat sekali sehingga tak termampu manusia mengangkatnya...dimana kekayaan beliau??apakah beliau bahagia dengan kekayaan??tidak...dia sekarang berada disamping laknat Tuhan...Tp masih teap angkuh...

Ak berazam..takkan ulangi kisah silamku..yg terjadi biarkan berlalu..Taubat Nasuha..Ak mahu pergi dengan Husnul Khatimah...ak mahu pergi kedestinasi bersama sahabat Rasulullah..seperti Umar Al khatab yg dibunuh ketika sembahyang..seperti Abdul Wahid yg Berjuang syahid untuk melamar Bidadari Ainul Mardhiah...seperti Imam samudera yg Shahid digantung kerana memperjuangkan agama..

Dunia jika dikejar memang tak terkejar...tp alangkah takut jika amalan kita tak seberapa,dan maut sering mengejar kita..alangkah sesal jika kita tak terdaya diliang lahad..keseorangn...aduh...

harapanku sahabat..jika ak pergi..doakan ak..sesungguhnya ak insan biasa..andai ak masih disini,hargailah ak,kerana bila kita kehilangan seseorang,pasti kita akan menyesal dan meratapi pemergian seseorang itu...

Friday, May 21, 2010

Pengalaman dari perjalanan 5

Hah...Hari yang memenatkan...Ak baru pulang dari Kuantan..Bersama rakanku,Alya..Alya menjadi pemanduku,dengan menaiki kereta Alya,(Viva)...Kami berdua keMesra Mall..Tujuan kami bukanlah untuk bergembira,tapi untuk membuka Buku Bank May Bank..Amatlah penting jika aku mempunyai buku Maybank kerana duit Insurans Preduntial akan terus ditolak dari akaun.. :)

Malangnya,Kad Pengenalanku cipnya rosak..aduh...Aku perlu sekali lagi berurusan dengan JPN bagi menyelesaikan masalah ini.. :(

Aku melenyapkan masalah yang melanda...Tanpa membuang masa yang sudah sedia terbuang,kami terus keKuantan...Kami tiba diKuantan jam 12.30 Tengah hari...Kami terus meluru masuk keMegaMall,dan membeli tiket Panggung Wayang..
Sambil menunggu 2jam lagi wayang bermula,kami singgah keKFC..Aku memesan Black Pepper Chicken,manakala Alya hanya memesan Burger sahaja...^^

Kami kemudiannya terus meninggalkan KFC dan terus meluru masuk kePanggung...Wah..Kali pertama ak menonton wayang...Tapi,tiada cerita yang menarik yang aku tonton..Cerita melayu yang boleh membuatkan mataku terlelap seketika...hah..^^

Jam 4 petang,kami bertolak pulang..Jam 6.20 kami sampai diDungun...Lesu Alya aku mengerti..Penat semalam belum habis,diganti pula penat yang baru...Sama juga keletihanku disaat ini....Terima Kasih Alya..Kau kawanku yg amat ku sanjung tinggi..Ak hargai persahabatan kita..Jika terdaya kupetik bintang dilangit,pasti milikmu salah satu dari bintang yg kupetik..

Sekarang,ak mahu tidur selena-lenanya..Penat..Tidak terkira..Banyak yg aku pelajari dari Alya..sepanjang perjalanan kami...Bagiku,Pengalaman ini,tak ternilai dengan harta,Aku harap,Alya tetap menghargai ak,sepertimana ak menghargai dirinya... ;)

Wednesday, May 19, 2010

Kau Kesayanganku..(High Power)



Hujan renyai dipagi hari ini..Tanggal 19 haribulan 5,2010..Aku bangun jam 9.30..wah..ngantuknya ada lagi..Smalam ak chatting dengan rakanku,Alya..sampai pukul 4 pagi..ahahha...ak bingkas bangun dan meluru kebilik mandi...segar badanku pabila terkena air...arghh...hujan renyai begini,alangkah seronoknya sambung tidur..Tp banyak perkara yang belum selesai..Motorsikalku harus dibaiki...banyak yang perlu ak baiki...diantaranya,Bearing tayar depan,Rantai,brek depan,buat trek pada kulit enjin,tukar karburetar,dan mungkin special clutch harus ditukar juga..arhghh..selama ini ak menggunakan motosikal itu tanpa mnjaga kebajikannya..patutlah motosikalku dikategorikan kurang upaya..ahhahaha^^

Ak meminta pertolongan dari Ayub,rakanku yg bekerja disebelah kedaiku..kedai aircond kereta..Alhamdulillah,dia menunda motosikalku sampai keBengkel Abang a.k.a Sabri..Abang juga salah seorang kawanku,dimana Napi juga rakanku pernah menuntut ilmu dari beliau...Maka sebab itulah,ak mempercayai kebolehan pomen motor yg telah masyur namanya dipersada Terengganu nih..setelah ak memberitahu masalahku,ak segera pulang kerumah dan tidur..hahahha^^

Jam 8malam tadi,ayahku bertanyakan kesihatan motosikal kesayanganku..ade ker patut dia menyarankan ak menjual motosikal tu???dan membeli motosikal baru...??ahahahha...tak..takkan ak jualkan..Bagi ak,semua kenanganku,susah getirku,duitku,bersama motosikal itu..dulu,semasa ak sering melajukan motosikalku,pernah sekali ayahku memarahi ak,dan masih segar dalam ingatanku...disuruhnya motosikalku dibakar api...wah...dasat btol....hehehhe.(marah betul bapak...)

Sayangku Cedera Parah

Pernah juga rakanku,Zuan Saga,menawarkan RXZ Catalyzer ditukarkan dengan motosikalku..ak perlu membayar rm1000 sahaja..tp,oleh kerana ak menyanyangi kekasihku ni,takkan ku biarkan ia pergi..cewahhh....

Bila menyingkap kembali nostalgia motosikalku,mmg menyentuh hati..Dari buruk,ak perhabiskan segala wang ringgit untuk mencantikkannya...dari perlahan,ak melajukannya..ak hanya mahukan kepuasan..ya!!





Kau kesayanganku..High Power

Tuesday, May 18, 2010

Daniel Chua-''don't look personality,look at Quality''


Malam tadi ak buat appointment dengan seseorang yg amat ak respek..sape??hah...Dia seorang yang aktif dalam bidang muzik..Dia tak lain dan tak bukan...jeng jeng jeng....Mr.Daniel Chua...Kalau ak tak citer memang orang tak kenal,siap ludah lagi kat ak...Beliau berkawan dengan ramai artis..seperti,Kumpulan Kristal,Adnan Abu Hassan,Mus (MAY),Saiful malaysian idol..dan ramai lagi...

Beliau pernah menjadi pengusaha jamming diKuantan..Sinar Lagenda..ak respek kat otai yang tak sombong like him...wahh...band beliau dahulu pernah membuat konsert dalam istana Pahang..Istana Abdul Aziz,kalau tak silap ak...
bersama Tengku Puan Pahang

Tak lama nanti,ak dan beliau bercadang akan membuat bisnes..tak terfikir pula ak..bisnes apakah yg akan ak lakukan..karaoke??jamming??hah...^^
Bersama Mus(MAY)

Ok,sambung cerita malam tadi..Danial mengajakku pergi keRestoran Kapal..Besarnya...(first time ak jejak..)Makanan mesti mahal gila,bisikku dalam hati...Danial memesan ikan masak 3rasa..ermm..besrta sayur-sayuran,dan tomyam untuk 3orang makan..ak menelefon Faez,untuk sertai kami..dan dia tidak menolak..Berjumpa dengan otai muzik..wah..(ak melupakan kejadian buruk tadi,demi Daniel..)

Banyak yang ak pelajari tentang muzik dimalaysia..yupp...Diantaranya,kata2 beliau,Malaysia punya mentaliti amat LOW!!kenapa??yupp..Pasal melihat personaliti berbanding kualiti...contohnya,Azizi AF 1,nyanyian dan vokalnya memang terlalu hebat..Tapi dia down kerana dia tidak memiliki personaliti seperti yg digilai peminat2...wth...cuba lihat di US..artis seperti Aerosmith,(muka like hantu),tp diorang tak down...lihat lah..Dunia Barat mentalitinya cukup hebat kerana mementingkan kualiti dari personaliti...Macamanalah Malaysia nak maju dalam industri hiburan??Terpegun ak mendengar kata2nya..
Abang Danial bersama kumpulan Kristal

Banyak yang faez belajar dari Danial...Terlalu banyak ilmu..Sehinggakan,Danial mahu faez berjaya dalam pembikinan lagu..Danial akan push faez untuk ke Konsert amal,dll..wah...Sampaikan macam tu sekali....Siape manager Faez kalau bukan ak..hemm..^^

Daniel menganggap ak sebagai adiknya..Dia amat menyayangi ak..kerana apa??Aku baik??hah...bukan...Ak tempat beliau luahkan apa yang terpendam,Penderitaan dia dikongsi bersama ak...Dan yang paling penting,ak ialah seorang yg suka respek orang yang lebih dari ak...thats all..^^



Pagi yg Terburu2(sambungan....)

Petang ni sesudah asar,tenaga melampaui batas telah menyelubungi diriku...Entah mengapa??Bagaikan satu semangat yg berkorbar2.............Aku terus bekerja bagai nak gila..Bagaikan terkena pil kuda..Lagakku membasuh sambil memekik2 dan menyanyi..hahahha...bodoh betol...^^

Aku membasuh motosikalku yang telah lama aku biarkan...aku membasuh dengan penuh cermat..Dengan penuh kebersihan..Ahrgghh..Bersinar bagaikan motor baru...Seawal jam 6,aku terus menghidupkan motosikalku..wtf!!!Tak hidup!!!shit!!!marahku bercampur dengan kecewa...Malam ni ak harus bertemu dengan rakanku,Danial chua,bekas pemilik jamming Sinar Lagenda...arhh..Lupakan pasal dia...

Aku terus berusaha...sambil membuka kompressor dan aku menyembur angin kedalam plug...lagi tak hidup..Dan meletup ekzos besiku...wth!!!Hampir sejam aku keseorangan...Dalam suasana yg memilukan itu aku cuba untuk mendapatkan bantuan dari rakan2ku...ahhh......Angah pok gek tidak mengangkat panggilan aku..Sibuk sangat kah??Apih Toyo dah kekuantan...Nombor fon Napi,Lan dan yang lain2, tidak ada dalam senarai sim baru aku...so careless!!!

Aku memetik telefonku dan mencari nombor berikutnya...Sepupuku,Faez..langsung tak diangkatnya!!!shit!!!Bagaikan nak ku baling henfonku!!Tapi aku sabar..Pasal telefon sony ericson yg bakal ak lemparkan terlalu mahal harganya..kalau telefon mainan memang ak dah lempar kedinding.......memang aku panas!!!

Aku menghubungi Danial Chua,tapi tak sampai hati untuk aku menyusahkan dirinya yang sedang bermain2 dengan anaknya...dengan family..maklumlah,beliau baru sudah kematian neneknya,dan baru selesai menguruskan pengkebumian neneknya..aku menyembunyikan hasratku...aku malu untuk meminta bantuan dari Abangku..tapi,terpaksa..Azan maghrib berkumandang...aku cuba telefon Along,Abang sulungku..Dia ada dipejabat lagi sekarang,dia berjanji akan datang mengambilku dikedai..7.30 malam...allright...Aku menunggu...


Wah...Baruku ingat..kalaulah ak naik kereta kancil tadi kan tak mengapa...bala!!!what!!bukan balakrishnan la!!!wth???Bala means bencana la bodoh!!!arrghhh!!!Aku bercakap ngan syaitan lorh...hahahha...Pasal ni waktu maghrib..banyak setan yang menggangu aku...^^

Bergema nada dering telefonku...Menandakan ada orang yang call...''hello....sape tu...''jawabku...macam la aku tak kenal...dia abang ku...hehehe...''aku ade kat luar ni..mu ada mana???''sapa abangku...''kejap-kejap,on da way''..............;P

(Aku terus save blog nih,dan terus menyimpan laptop dalam beg secara tak tersusun...)aku pun memboncenglah dengan abang kesayangan aku tuh...hehehehe,(dalam hati nyanyi lagu,Pagi yang gelap,kini sudah terang,aku adikmu dan engkau abang...inginku ulang kemasa dulu....-kump.Hujan lebat...)...

Dalam perjalanan aku ternampak Faez,sepupuku yang sedang drive...hati baik ak berkata,''nasib baik lu tengah drive,masa aku call ko..kalau lu tgh tgk tv kat rumah,mmg teruk ak belasah!!''<

Sesampainya aku dihalaman rumah,ak terus menggapai poketku,''ade mende lagi??''sapa abangku...''duit minyak''jawabku dengan pantas....''tak payah laa...sapanya..lalu pergi tanpa menoleh kebelakang... ''terima kasih Long''laungku...

Arghhh...penat,kecewa,marah,hiba,malu,semuanya bercampur gaul...kalau ada orang yang sedang membuat onar dikampungku,memang aku belasah cukup2 dengan helmet yang aku pegang...arhggg...tetibe jer jadi samseng tak menentu..aku meluru kedalam bilik..bilik yang macam puaka!!argghhh...Bilalah aku punya masa untuk mengemaskan bilikku!!!aku letakkan laptopku diatas sofa...lalu meluru kebilik air...wah...sejuk airnya...


Jam 9.30 nanti ak akan berjumpa dengan Danial Chua..Disamping itu akan aku promosikan lagu Faez dan aku yg bertajuk,Khabar Duka Mistikal Alam...selesai coretan untuk episod pagi yg terburu2 edisi sambungan...

mood--tertekan....weekkkk ;P

Monday, May 17, 2010

Pagi yg Terburu2

Hari ini 18 haribulan 5...Bersamaan Selasa,atau dalam bahasa inggerisnyer,tuesday...^^
Pagi ni ak bangun jam 8.40..hahahha..Ibu ku tak habis2 memanggil ak untuk bangun..bangun dari katil..wah...letih rasanya untuk pergi kerja hari ni..Semalam tidur pukul 3 pagi...banyak fikir??no...ak membuat tilikan kepada seorang teman...hah??aku tukang tilik???no!!!!sekadar melepaskan kebosanan lorh....hahahha,...^^
kalau jadi tilikan ni,secara kebetulan jer....hohohohooh...........ak memaksa diri bangun dan terus kebilik air...selesai mandi dan menggosok gigi,ak terus memakai seluar..haa...seblom pakai seluar,ak pakai boxer....hehehhe...ape la aku ni..citer habis....wakakkaka

Ak mencapai gunting lalu menggunting misai yg hampir panjang..hemm..baru nampak muda..wakakkaa....^^
Jam 9pagi,hujan mula turuun...Hujan Panas!!pekikku...apalagi,terus on pc dan terus ke laman sembang yg aku miliki..no mesej,no komen..ym??hemm..kalau masuk dalam chat room,melambak la org gila yg kenal ak..hahhaha,tp ak kesuntukan masa..Jam menunjukkan 9.10...ak terus keBlog..Blog dolphin n penguin lorh..hhehhehhe,ada 1 komen..thankz la pengomen..i appreciate...(betui x words ak??hehehehe)

Hujan mula berhenti....adoiya..tergopoh gapah ak makan nasik goreng yg dibuat oleh ibuku...off kan pc,dan terus memakai baju yg lusuh..hah??selekeh ke ak??nk buat camano???kerja bergelumang dengan peluh,xkan nk pakai baju kebaya..ye ke dop???hehehhe^^

Adoi....anak kunci motor pulak dah tah kemana....aku cuba mendapatkan pertolongan cemas dari bondaku..ehhehhe...my mom kate,anak kunci abah mu pun hilang jugop tadi...lagi la ak nervous..takut2 seluruh persatuan anak2 kunci buat mogok..Jalan kaki lorh..^^..ak mencapai anak kunci kancil..mau jer ak naik kete kancil..biar dah muak,tp darurat... last2 jumpa la anak kunci motor dalam raga motor aku sendiri...wtf....hehehhee^^
motorku kesayanganku...sape kate ak tak suke pakai side mirror??

Lorh...henfon plop tertinggal dalam bilik...Ak pun tanpa membuang masa,terus berlari menuju kekamar tidurku..Ak mencapai henfon diatas katil...hah..bagus...Ak sembur sikit perfume,dan ak menutup pintu kamarku,seperti sediakala....hah??wth...masalah lagi....kacamata ray ban ak ada dalam kereta la plop....Ak mencapai anak kunci kereta,lalu Ak mengambil kacamata rayban...hah...Jam menunjukkan pukul 9.30...lewat gila ak masuk hari ni....hehehhe..Mentari memancar Panas terik...wah...ak,pun menunggang motosikal kesayanganku,yang slow..hehhehe....ermm...termenung atas motor tu kebiasaan...teringat peristiwa semalam...semalam yg hangat..bersama teman...

Sesampainya ak dikedai,ak terus membuka beg laptop...dan...ak terpegun sejenak...wah...susunan laptop dan charger begitu tersusun...Bahagianya..sejuk mata aku menatap....siapa yg menyusun??itulah temanku,Alya..hahhaaha.....kelmarin dia menyusun laptopku...wah...(ak nk suruh dia kemas bilik ak plop...wakakakkaa)thankz alya...u r my true frenz....^^

ak dah nk start keje...well...thankz coz reading my blog yg x menarik nih...hehehheh

Buku Motivasi n Anjakan Paradigma 1

Ak ingin kongsikan kepada semua..hemm..Ak memiliki sebuah buku motivasi yang lain dari yang lain..Pernah suatu masa ak membaca buku motivasi,Tetapi semua tidak ngam dengan kepalaku...Sehinggalah ak ketemui buku yang berjudul,''Anda Boleh''........Dapat kukongsi disini 5 perbezaan diantara PEMENANG dan PENGECUT....Jom ikuti...


1)Pemenang akan mengaku salah jika mereka tersilap..
2)pengecut akan berkata,itu bukan salah mereka jika mereka tersilap...

1)pemenang menghormati mereka yg berjaya@otai dari mereka,dan berusaha mempelajari sesuatu dari mereka...(ada gaya macam ak x??)
2)pengecut benci pada mereka yg telah berjaya,dan mereka akan cuba mencari kelemahan mereka yang telah berjaya..

1)pemenang mendengar
2)pengecut menanti giiran untuk bercakap...

1)pemenang lebih suka menyanjung
2)pengecut sanggup rugi kerana mahu disanjung

1)pemenang membuktikan kesilapan dan berazam tidak akan melakukanya lagi
2)pengecut meminta maaf atas kesilapan,dan akan lakukan kesilapan berulang kali..

lima perkara ni,ak tampalkan dekat almari baju,dikamar tidurku..Agar ak tak terjerumus dadalam kategori...Pengecut yg disegani...hehehhe^^

Saturday, May 15, 2010

cinta sejati

Cinta sejati adalah, ketika orang yang kita cintai mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata .." aku turut bahagia untukmu "..

pergghhh........sukar bagi ak menerima hakikat sebegini...benar..cinta tidak bermakna kita harus memiliki..cinta ialah pengorbanan..cinta adalah ketabahan...cinta adalah penderitaan dalam sebuah senyuman....

mahligaimu dari airmataku....nyanyian lestari membingitkan mindaku kala ini..hah...benar..

Rakan Seperjuangan!!!BB Motor...

Ah...letih selepas bekerja seharian suntuk...Ak perlukan masa untuk berhibur bersama rakan2 seperjuangan ku yg lain...Ya...Rakan2 yg lain..yang telah lama ak tinggalkan demi mengejar cita2 aku...Lan,Napi,Amer Pau,Seraf,Alif Brahim,penyu dan lain2...BB Moto tinggal kenangan...yg tinggal mereka saja...
Aku rindu saat kita semua bersatu...^^




kawan2ku,yg telah menyiapkan motosikalku,tanpa meminta habuan...

saat indah bersama korang xkan ak lupakan...Chayookkk!!! Racing Boyz!!!
*malam ni gua bersama korang lepak dikedai makan Pasar Buah!!!

Friday, May 14, 2010

Sejarah Hidup gue...




Lagi mengenai hidup ku....

Selepas tamat sijil pelajaran Malaysia(SPM),

Aku terus ke Pusat latihan Khidmat Negara(PLKN)..Setelah 3bulan ak membentuk jati diri,

Aku mula menjejakkan kaki ke Pusat Kemahiran Giat Mara Kijal...
Lepas 6bulan ak pelajari kemahiran pembaikpulih peti sejuk dan penghawa dingin,


Aku keluar dengan muka yang pura2 berjaya...sijil SKM x dapatt woooo...^^(tu la,yang Lu gi ponteng dan kutuk cikgu tu pesal??)

Tanggal 30 haribulan 1 2007,Aku bekerja di Jing Ying Lightning Centre..Sebagai juruteknik Aircond...Lepas tu ak angkat kaki..Pasal ak jenis yang terlampau suke dimanjakan...(keje ngan cina,habis perkataan la dia smash kat ak)


Pastu,tanggal 19 hbulan 2 ,2007,Ak menuju ke MT DUNGUN...Juga ak dilantekk menjadi juruteknik aircond..Memandangkan kesemua rakan2 ak meninggalkan tempat itu,Ak pun turut ikut jejak diorang..Bodohkan ak masa muda2 dulu???



Setelah ak keluar dari MT dungun,tanggal 1 hb 6. 2008,aku menerjah kebidang lain..
Aku diperkenalkan oleh sahabatku,Keri..kepada seorang pengusaha Dan juga juruteknik komputer yg berjaya..Abg Man..Ak menukar bidang kepada komputer..3 bulan ak belajar,ak mahir dalam format,install dan juga menukar barang2 hardware n software...Setelah itu kewangan ak semakin kurang..Ak minta bekerja..




Tahu kenapa kewangan ak tak kukuh??panjang citernya...meh abg citer....


Haa...ni laa masa ak muda2 dulu...Tu tak letak ekzos buloh lagi..lau letak...Mengaum..sup2...Macam palesit......^^
Setelah ak rase terhimpit sesangat...Ak pun menetapkan matlamat...Satu perniagaan iaitu,CARWASH.....
Tanggal 7 hbulan 1 2008,perniagaanku bermula.


Rambut afro,sempena mengingati Tragedi Tokyo drift...








Hemm................Sampai skarang la ak bertapak disini...Akanku teruskan legasi ini hingga benar2 ak mencapai nirwana kejayaan...........

Ngntuknyer...Nukilan siap jam 3.10 pagi...da nak tido..esok keje plop...hehehe^^