Monday, May 31, 2010
Tinggal Kenangan
Saturday, May 29, 2010
Aku Dalam Dilema
Friday, May 28, 2010
MALAIKAT MAUT MEMERHATI KITA 70 KALI DLM SEHARI.
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e .
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.
Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkannya. “
( Surah Al-A’raf ayat 34)
Tika Kematian Menjemputku

Friday, May 21, 2010
Pengalaman dari perjalanan 5
Wednesday, May 19, 2010
Kau Kesayanganku..(High Power)

Hujan renyai dipagi hari ini..Tanggal 19 haribulan 5,2010..Aku bangun jam 9.30..wah..ngantuknya ada lagi..Smalam ak chatting dengan rakanku,Alya..sampai pukul 4 pagi..ahahha...ak bingkas bangun dan meluru kebilik mandi...segar badanku pabila terkena air...arghh...hujan renyai begini,alangkah seronoknya sambung tidur..Tp banyak perkara yang belum selesai..Motorsikalku harus dibaiki...banyak yang perlu ak baiki...diantaranya,Bearing tayar depan,Rantai,brek depan,buat trek pada kulit enjin,tukar karburetar,dan mungkin special clutch harus ditukar juga..arhghh..selama ini ak menggunakan motosikal itu tanpa mnjaga kebajikannya..patutlah motosikalku dikategorikan kurang upaya..ahhahaha^^

Tuesday, May 18, 2010
Daniel Chua-''don't look personality,look at Quality''

Pagi yg Terburu2(sambungan....)
Monday, May 17, 2010
Pagi yg Terburu2
Buku Motivasi n Anjakan Paradigma 1
Saturday, May 15, 2010
cinta sejati
pergghhh........sukar bagi ak menerima hakikat sebegini...benar..cinta tidak bermakna kita harus memiliki..cinta ialah pengorbanan..cinta adalah ketabahan...cinta adalah penderitaan dalam sebuah senyuman....
Rakan Seperjuangan!!!BB Motor...
Friday, May 14, 2010
Sejarah Hidup gue...
2HG.jpg)
Lagi mengenai hidup ku....

.jpg)


.jpg)
Mati Hidup Kembali
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi
Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka ada
Oh tak mengapa oh tak mengapa
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya
Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan
Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali
Uncle Khairool Idlan!!!!!!!!!!

Khairool Idlan...
Chord Gitar/Keyboard - Aku Yang Kau Panggil Sayang
Intro: Am--F--Dm--G--G--E7--Am--Am.
Am-----------------------F
Aku Yg Kau Panggil Sayang
-------------------G------------------Am
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam
Am--------------------------F
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
-------------------G-------C--A7
Pernah Meneroka Hati Ini
------Dm------------------Am
Detik Kemanisan Pun Berlalu
------Dm Bmb5---------E7
Kemanakah Janjimu Yg Suci
Am--------------------------F
Aku Yg Kau Panggil Sayang
-------------------G---------------Am
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta
Am----------------------------F
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
----------------G----------------C---A7
Menapak Kehala Persimpangan
-------Dm-----------------Am
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata
----------------G---------Am
Bila Kaukan Kembali Lagi
Korus:
G------------------C----------A7
Seraut Wajah Sering Ku Usap
-----Dm---------------------------Am
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda
G--------------------------------Dm
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi
--------------- Am----E7
Ku Digoda Rindu...Oh...
----Am-----------------------F
Aku Yg Kau Panggil Sayang
-------------------G-----------------Am
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih
Am-----------------------------F
Engkau Yg Ku Panggil Sayang
--------------------G------ C----A7
Mungkin Kali Ini Kehilangan
----Dm-----------------Am
Berikan Daku Saat Terakhir
-----------------G--------------Am
Mengusap Muka Mu Oh Sayang
Solo
-Am---F---G-E7-
Am—F-G-E7-Am-G-F-E7-Am-Am
Ulang Korus & Rangkap 3
Muzik ending
– F-G-Am-Am.
Lagu : Afzainizam Ismail
Lirik: Azimah
Penyanyi:Khairool Idlan Ismail
Pengalaman dari perjalanan 4

Pengalaman dari perjalanan 3
Bermula lagi pengembaraan aku dan Sarel hari ini..^^ Tanggal 16 haribulan 12 2009..hari Rabu…Perjalanan yang tidak terancang langsung…Pukul 3 petang aku bertekad untuk menyewa kereta..Salinan ic dan lesen sudah disediakan Sarel…Viva pilihan kami,jimat minyak dan sesuai dengan bajet kami yang tidak seberapa…Kami bertolak pada pukul 5 petang selepas waktu bekerja…Aku sedari memang aku menutup awal premis perniagaan aku,tidak silap selepas azan asar…hah….Memang tidak terancang…
Kami sampai diKuantan pada jam 8.00 malam..Dan terus menuju ke Kuantan Parade..Tujuan utamaku adalah semata-mata ingin mencari Ray Ban Sun Glasses..hah…Mesti segak bergaya…Aku membeli Ray Ban dengan harga RM500…Seterusnya Sarel membeli telefon secondhand berkamera 3.2megapixel..Sony Ericson…Aku puas hati dengan perjalanan ini…Kami pulang pada jam 10 malam dan sampai kerumah pada jam 12.30 pagi….Penjimatan minyak viva tidak dapat dinafikan..RM25 dari Dungun ke Kuantan pergi dan pulang..wah…Aku beli viva juga nanti..hehehhee….kwang kwang kwang^^

Thursday, May 13, 2010
Aku Yg Bakal Menjadi Jutawan Muda???
Fair Lady???Subaru???dan yg paling ingin kami buat ialah,pergi melancong Ke Langkawi bersama Rakan2 Rapat kami...
Jutawan muda akan menggegar Bandar Dungun…Perancangan untuk membeli bangunan,rumah,dan sebagainya untuk disewa kepada umum adalah hasrat kami….Dua hari selepas itu,sibuk faiz menyelongkar simpanan arwah atuknya,semata2 untuk mencari lebihan setem yg tersimpan,Terjumpa pula seketul batu kuning bermentera dan dipercayai batu diraja…faez mula menamakan batu tersebut sebagai Batu Kuning Batu Diraja…Dia mahu menjual Batu tersebut dengan harga RM24.3juta kepada Sultan Hassanal Bolkiah,sultan Brunei…^^

Batu Kuning Batu Diraja
Batu ini memang sukar untuk dijumpai...jika dipecahkan batu tersebut,serpihan dalam batu itu turut bewarna kuning keemasan....kami tidak berputus asa setelah beberapa kalai menelefon pejabat Sultan Hassanal Bolkiah...Disamping itu kami search internet dan laman facebook untuk diberitahu kepada jutawan2 Dunia...
Pada 30haribulan 11 2009,aku dan Faez menuju ke Kuala Terengganu..Tujuan kami hanya satu…keMuzium Losong…Hujan renyai2 membolehkan aku menutup perniagaan aku,dan turut menemani Faez...kalau cuaca panas,terpaksalah aku membiarkan Faez keseorangan berjuang...Setibanya diMuzium,malangnya,pengarah muzium menolak mentah2 tanpa melihat dahulu barangan kami yang sememangnya tiada dipameran….Kami Pulang dengan sedikit kekesalan..Dalam hujan lebat itulah bermulanya klimaks kesusahan kami…Shahdunya suasana hari itu...Bukan senang mahu jadi jutawan….
Lebat hujan semakin menyesakkan pemikiran ak yg sedang mengantuk dikala Faez sedang memandu...(dalammakna ayat aku ni.....hehehhe)
Hari ini hari selasa,8 haribulan 12 2009…aku masih menunggu panggilan Faez…tentang perkembangan khazanah lama itu…Aku akui mmg terlalu lama untuk kami menjual khazanah bernilai tersebut dan duitku juga makin sedikit dijadikan modal dalam setiap aktiviti ini…Sehingga kehari ini...14 hb 5,2010..Masih tidak terjual khazanah tersebut...
pengalaman dari perjalanan 2
pukul 12pagi,malam jumaat,hah…aku,sarel,anas,alias dan azwan menuju ke wakaf che yeh,kota baharu…tujuan kami berlima menuju kedestinasi tersebut semata2 ingin melawat tempat orang..tidaklah kami duduk terperap dibandar Dungun saja…kami menyewa kereta dan Alias pemandu yg mempunyai lessen memandu…masih ku ingat,Sarel melanggar seekor lembu ditengah jalan seawall jam 2pagi..hahahhaha….kami berlima gementar usah dikira..hanya Tuhan saja yg tahu…banyak peristiwa yg kami lalui…pukul 4 pagi,kami berhenti disebuah masjid,untuk membuang air dan sebagainya..tapi,apa yg dilihat oleh Alias,Sarel dan Azwan amatlah memeranjatkan aku dan Anas yg tidak melihat apa yg mereka lihat…sebungkus manusia berkain putih seperti POCONG bertenggek dibawah bangsal dibelakang masjid tersebut…ish..meremang aku yg sedang menaip sekarang…
Kami melawat PCB,pantai cahaya bulan..selepas itu kami menyinggah ke KB MALL sebuah pasaraya yg agak besar diKota Bharu….selepas maghrib kami menuju ke Wakaf Che Yeh…membeli apa yg patut untuk dibawa pulang…kami bertolak balik dari Kota Bharu ke Dungun selewat jam 10malam..keesokan hari adalah waktu kerja..mampukah aku,Anas dan Sarel bekerja dengan bersungguh-sungguh besok??aku tidak pasti..tapi Sarel bersungguh-sungguh dan bersemangat akan bekerja keesokan hari…kita tengok…..
Pengalaman ini memang menarik,dan tetap aku kenang sehingga keakhir hayat…kami tiba kerumah pada pukul 5.30pagi..aduh..pukul 9 harus aku membuka carwash,aku terlena sehingga ke pukul 9.30…aku terus memecut motosikal dan aku dapati Sarel dan Anas tidak muncul lagi…pukul 10pagi tiba Anas dengan mata yg merah menyala seperti aku…mana tidak merah,tidur dalam kereta pun tidak lena,harapkan tidur dikatil beberapa jam sahaja…Sarel tertidur sampai kepetang…hah…janji akan bekerja hari ini…tapi hampeh…aku dan Anas membanting tulang bersama…
Malang Tidak Berbau
tanpa kusedari aku telah merempuh kereta gen2 kepunyaan Sani…masyaAllah…dari sudut wajah abah,kecewa telah menyelubungi…bayaran untuk Sani rm 1170,manakala Shake rm 500..
Disini dapatku lihat sejauh mana kejujuran Sani dan Shake…sangat mahal kos yang Sani minta,tapi aku dan abah tahu yang Sani mengubah suai keretanya dengan menggunakan duit itu…tak mengapa,ini semua kesilapan aku..dan aku berjanji perkara ini takkan aku ulangi lagi..sudah lama Sani tak datang membasuh,mungkin dia malu dengan ketidakjujurannya…manakala Shake walaupun harga sebenar rm1000.00,tapi kerana kasihankan aku,dia hanya meminta rm500.00 sahaja…Shake lebih jujur…
Jumaat yg menyingkap seribu keindahan..
Dalam berkemas punya kemas,aku membelek sehelai demi sehelai baju-baju lama dalam kotak...Dan aku terpegang salah satu baju...Menggamit kembali dizaman khidmat Negara dahulu...Baju itu kutatapi dengan penuh terharu...Tandatangan dan pesanan yang diconteng diatas sehelai baju itu penuh bermakna...Hendak kubuang sayang rasanya...Terbayang Saiful yang sangat memualkan...Terbayang safuan yang selalu menjadi tempatku untuk melepaskan kebosanan,periang dia,poyo dia,joke dia aku tak mampu lupakan...Terbayang Asrul teman baikku yg berasal dari Melaka..Terbayang Cikgu Zainal dan Cikgu Hassan,jurulatih kami yg stedy..
Tapi semua itu sudah berakhir...Dimanakah mereka sekarang??Aku tidak pasti..yg pastinya mereka sibuk mengejar impian masing2..sama seperti aku dikala ini.....;(
Wednesday, May 12, 2010
Siapa Aku???

Tuesday, May 11, 2010
pengalaman dari perjalanan 1
Pada pukul 4 petang,sepupuku (POJI)telah mengajakku pergi kekuantan untuk menemaninya membeli tiket bas kePulau
Aku cuba mengambil peluang untuk mengisi masa terluang,disamping aku dapat mengenali tempat orang.Dalam perjalanan kedestinasi tersebut,aku dan Poji sempat bersembang dan bergurau senda tanpa memikirkan kejadian yang bakal kami tempuhi…’’minyak motor dah kehabisan’’itulah kata poji kepadaku…dalam situasi itu,aku yang menjadi pembonceng turut menjadi cemas,maklumla,nak cari kat mana stesen minyak kat kawasan yang tak dak penghuni…(bukan Bandar)…aku bertawakal kepada Allah dengan membaca Al Fatihah seberapa banyak sehinggalah kami sampai kebandar dan terjumpa stesen minyak petronas…(ternyata tawakal amat diperlukan setelah berusaha)…syukur Alhamdullillah…^^
Setelah kami mengisi minyak,kami terus menuju kelapangan bas terbesar,belum pernah aku jejak…Peristiwa menjadi semakin malang apabila tiket bas yang diperlukan sudah habis dijual…aduh….gawat…Setelah POji menelepon maknya dan kawannya,dia terus nekad membeli tiket keButterworth walaupun terpaksa menaiki 2-3buah bas lagi disana,kemudian menaiki feri yang tambangnya lebih kurang rm1.30…Dengan perasaan hampa kami terus memblahkan diri dari tempat tersebut….

Sesudah itu kami pergi kemasjid untuk menunaikan solat asar kerana jam menunjukkan pukul 6.30petang..Sesudah solat kami pergi kepasar malam yang juga nerdekatan dengan masjid untuk mengisi perut yang sedikit lapar..Kami meneruskan perjalanan untuk pulang keChukai Kemaman..Kami berhenti pula disebuah masjid untuk menunaikan solat maghrib pula..’’kita a
Kami tiba
Hairan,mengapa dibina sebuah Club didalam hutan rimba??bukankah orang takut untuk berbuat maksiat ditempat yang sebegitu,binatang buas,hantu dan bermacam-macam lagi????nak buat maksiat mana-mana pun boleh sekarang ni…kan Islam hadhari…hak,hak,hak,^^
Tersenyum aku dikala ini....Berdebar dihati bukan kepalang…bukan aper…Bimbang jugak jika pencegah maksiat datang dan menyerbu kami…ataupun makhluk-makhluk yang tak kami undang menjelma depan kami,…tak ke nayer…..Kami terpandang satu bangunan yang tersergam indah,bercahaya,bergermelapan…hehehhe.....^^..Ternyata itulah Club Med,istana syaitan dan syurga pelaku maksiat!!!!jangan terkejut jika aku katakan yang istana itu hanya VIP dan yang berharta saja yang boleh masuk buat maksiat,tapi yang miskin lagi bodoh pula diberikan lorong-lorong yang gelita …Apabila kami keluar dari hutan celaka itu,aku ternampak satu bayangan putih….ape agak-agaknya……^^
Destinasi seterusnya kami kepantai Chendor,sunyi sepi juga…makna kata,kalau nak buat projek pun boleh terjadi kat sini…kami terus menuju kembali kegerbang Kuantan-Kemaman,kami pulang dengan satu persoalan yang telah terjawab…inilah pengalaman dari perjalanan…;)