Kehadiran Hari ini

Pengikut Zul Avanzato

Monday, May 31, 2010

Tinggal Kenangan

Bisnes,Bisnes,Bisnes...

Ahahahhaa....Tajuk bukan main gempakkkkk.....Rupe-rupenya,.......^^

Banyak Bisnes yg ak jalankan..sampai naik pening kepala hotak ak..
hah...Tp..tak kaya2 pon..huhuhu

Sebut sahaja MLM..sekarang ak dah nak termuntah...sebut sahaja pasal perniagaan besar2,seperti E-cosway,Dealer Celcom,Saham,wah..lumayan...tp,mungkin ak belum sampai tahap itu,kerana modalku banyak tertumpu kepada perusahaan Perkhidmatan Mencuci kereta..

Hari ni tanggal 31 may 2010..ak mendapat wang RM400 dari rakanku..,bukan dapat saje2 tau..ak menjual kesemua barangan aircond ak..nampaknya sudah sampai masanya ak menjual kesemua barangan itu...Gas R22,manifold Gas,swagging tools dan digital multimeter with clamp..pergghh..kesemuanya baru..maklumlah..ak jarang skali membuat kerja aircond semenjak ak,Ju,Nipah dan Rie berpecah..Nipah dah Ke Kuala Berang,Rie dah keManir..manakala Ju sekarang bekerja TNB..

Walaupun kerugian hampir rm150 lebih..tp ak sekarang berpuas hati kerana menolong bangsaku sendiri yg mahu memulakan perniagaan aircond..


Digital Multimeter model Sunwa..(tinggal kenangan)

Saturday, May 29, 2010

Aku Dalam Dilema

Ape perasaan Korang??

Bila seseorang tu bukan main baik depan kita...wah...eloknye budi bahasa...
sampai kita tergoda,dan respek kat dia..sampaikan kita jatuh rebah tersungkur dalam pangkuan imannya...


tp dibelakang pula lain ceritanya...dia menjatuhkan kita..dia memalukan kita didepan sahabat lain..
tanpa kita ketahui...disamping itu dia jijak kepala kita dan terus kepuncak keegoan yg tertinggi...


itulah situasi ak sekarang..tp ak takkan berdendam...
aku harap dia akan insaf dan sedar..

Friday, May 28, 2010

MALAIKAT MAUT MEMERHATI KITA 70 KALI DLM SEHARI.

Betapa kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, pastinya mereka tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya termasuk malaikat Izrail yang seringkali melihat manusia.

Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-​seronok dan bergelak ketawa.”

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabi’e .

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berlegar di sekeliling manusia, mengenalpasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-​makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-​kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-​tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya​ barang sesaat pun dan tidak dapat pula mempercepatkann​ya.​ “

( Surah Al-A’raf ayat 34)

Tika Kematian Menjemputku


Terbangun ak dalam lamunan...
ketika ibuku memberitahuku seorang jiranku yg mati,dan rupanya ganjil sekali...setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..Simati pernah berhutang dan tidak terbayar hutang tersebut..disini ak tidak mahu mengaibkan simati..dan harap kejadian ini dapat dijadikan iktibar...

ak mula mengetahui keagungan Ilahi...aku kagum..ak tak terdaya tanpa pertolongan Tuhan semesta Alam...disaat ini,kurasakan Taubatku diterima..Rezeki yg kuperolehi,walaupun sedikit tapi ak begitu senang hati...Berkat walau jumlahnya kecil...ak tak merungut..jika rezeki ku sebanyak itu,ak takkan menyalahkan Takdir..kerna ku tahu..Harta bukanlah segala-galanya..Kematian menjemput jasad,dan bukan beserta Harta..

seperti Khalifah Harun Ar Rasyid..dimanakah bala tentera beliau??dimanakah harta beliau??dimanakah kerajaan agung beliau??dimanakah kaum kerabat??Beliau keseorangan dalam Liang Lahad..yg tiada pembaringan istana...Walaupun Beliau dikategorikan sebagai pemimpin yg adil lagi beriman,tp beliau tetap menangis..menangis takutkan Tuhan..

manakah pula Qarun??dimana kunci simpanan hartanya berat sekali sehingga tak termampu manusia mengangkatnya...dimana kekayaan beliau??apakah beliau bahagia dengan kekayaan??tidak...dia sekarang berada disamping laknat Tuhan...Tp masih teap angkuh...

Ak berazam..takkan ulangi kisah silamku..yg terjadi biarkan berlalu..Taubat Nasuha..Ak mahu pergi dengan Husnul Khatimah...ak mahu pergi kedestinasi bersama sahabat Rasulullah..seperti Umar Al khatab yg dibunuh ketika sembahyang..seperti Abdul Wahid yg Berjuang syahid untuk melamar Bidadari Ainul Mardhiah...seperti Imam samudera yg Shahid digantung kerana memperjuangkan agama..

Dunia jika dikejar memang tak terkejar...tp alangkah takut jika amalan kita tak seberapa,dan maut sering mengejar kita..alangkah sesal jika kita tak terdaya diliang lahad..keseorangn...aduh...

harapanku sahabat..jika ak pergi..doakan ak..sesungguhnya ak insan biasa..andai ak masih disini,hargailah ak,kerana bila kita kehilangan seseorang,pasti kita akan menyesal dan meratapi pemergian seseorang itu...

Friday, May 21, 2010

Pengalaman dari perjalanan 5

Hah...Hari yang memenatkan...Ak baru pulang dari Kuantan..Bersama rakanku,Alya..Alya menjadi pemanduku,dengan menaiki kereta Alya,(Viva)...Kami berdua keMesra Mall..Tujuan kami bukanlah untuk bergembira,tapi untuk membuka Buku Bank May Bank..Amatlah penting jika aku mempunyai buku Maybank kerana duit Insurans Preduntial akan terus ditolak dari akaun.. :)

Malangnya,Kad Pengenalanku cipnya rosak..aduh...Aku perlu sekali lagi berurusan dengan JPN bagi menyelesaikan masalah ini.. :(

Aku melenyapkan masalah yang melanda...Tanpa membuang masa yang sudah sedia terbuang,kami terus keKuantan...Kami tiba diKuantan jam 12.30 Tengah hari...Kami terus meluru masuk keMegaMall,dan membeli tiket Panggung Wayang..
Sambil menunggu 2jam lagi wayang bermula,kami singgah keKFC..Aku memesan Black Pepper Chicken,manakala Alya hanya memesan Burger sahaja...^^

Kami kemudiannya terus meninggalkan KFC dan terus meluru masuk kePanggung...Wah..Kali pertama ak menonton wayang...Tapi,tiada cerita yang menarik yang aku tonton..Cerita melayu yang boleh membuatkan mataku terlelap seketika...hah..^^

Jam 4 petang,kami bertolak pulang..Jam 6.20 kami sampai diDungun...Lesu Alya aku mengerti..Penat semalam belum habis,diganti pula penat yang baru...Sama juga keletihanku disaat ini....Terima Kasih Alya..Kau kawanku yg amat ku sanjung tinggi..Ak hargai persahabatan kita..Jika terdaya kupetik bintang dilangit,pasti milikmu salah satu dari bintang yg kupetik..

Sekarang,ak mahu tidur selena-lenanya..Penat..Tidak terkira..Banyak yg aku pelajari dari Alya..sepanjang perjalanan kami...Bagiku,Pengalaman ini,tak ternilai dengan harta,Aku harap,Alya tetap menghargai ak,sepertimana ak menghargai dirinya... ;)

Wednesday, May 19, 2010

Kau Kesayanganku..(High Power)



Hujan renyai dipagi hari ini..Tanggal 19 haribulan 5,2010..Aku bangun jam 9.30..wah..ngantuknya ada lagi..Smalam ak chatting dengan rakanku,Alya..sampai pukul 4 pagi..ahahha...ak bingkas bangun dan meluru kebilik mandi...segar badanku pabila terkena air...arghh...hujan renyai begini,alangkah seronoknya sambung tidur..Tp banyak perkara yang belum selesai..Motorsikalku harus dibaiki...banyak yang perlu ak baiki...diantaranya,Bearing tayar depan,Rantai,brek depan,buat trek pada kulit enjin,tukar karburetar,dan mungkin special clutch harus ditukar juga..arhghh..selama ini ak menggunakan motosikal itu tanpa mnjaga kebajikannya..patutlah motosikalku dikategorikan kurang upaya..ahhahaha^^

Ak meminta pertolongan dari Ayub,rakanku yg bekerja disebelah kedaiku..kedai aircond kereta..Alhamdulillah,dia menunda motosikalku sampai keBengkel Abang a.k.a Sabri..Abang juga salah seorang kawanku,dimana Napi juga rakanku pernah menuntut ilmu dari beliau...Maka sebab itulah,ak mempercayai kebolehan pomen motor yg telah masyur namanya dipersada Terengganu nih..setelah ak memberitahu masalahku,ak segera pulang kerumah dan tidur..hahahha^^

Jam 8malam tadi,ayahku bertanyakan kesihatan motosikal kesayanganku..ade ker patut dia menyarankan ak menjual motosikal tu???dan membeli motosikal baru...??ahahahha...tak..takkan ak jualkan..Bagi ak,semua kenanganku,susah getirku,duitku,bersama motosikal itu..dulu,semasa ak sering melajukan motosikalku,pernah sekali ayahku memarahi ak,dan masih segar dalam ingatanku...disuruhnya motosikalku dibakar api...wah...dasat btol....hehehhe.(marah betul bapak...)

Sayangku Cedera Parah

Pernah juga rakanku,Zuan Saga,menawarkan RXZ Catalyzer ditukarkan dengan motosikalku..ak perlu membayar rm1000 sahaja..tp,oleh kerana ak menyanyangi kekasihku ni,takkan ku biarkan ia pergi..cewahhh....

Bila menyingkap kembali nostalgia motosikalku,mmg menyentuh hati..Dari buruk,ak perhabiskan segala wang ringgit untuk mencantikkannya...dari perlahan,ak melajukannya..ak hanya mahukan kepuasan..ya!!





Kau kesayanganku..High Power

Tuesday, May 18, 2010

Daniel Chua-''don't look personality,look at Quality''


Malam tadi ak buat appointment dengan seseorang yg amat ak respek..sape??hah...Dia seorang yang aktif dalam bidang muzik..Dia tak lain dan tak bukan...jeng jeng jeng....Mr.Daniel Chua...Kalau ak tak citer memang orang tak kenal,siap ludah lagi kat ak...Beliau berkawan dengan ramai artis..seperti,Kumpulan Kristal,Adnan Abu Hassan,Mus (MAY),Saiful malaysian idol..dan ramai lagi...

Beliau pernah menjadi pengusaha jamming diKuantan..Sinar Lagenda..ak respek kat otai yang tak sombong like him...wahh...band beliau dahulu pernah membuat konsert dalam istana Pahang..Istana Abdul Aziz,kalau tak silap ak...
bersama Tengku Puan Pahang

Tak lama nanti,ak dan beliau bercadang akan membuat bisnes..tak terfikir pula ak..bisnes apakah yg akan ak lakukan..karaoke??jamming??hah...^^
Bersama Mus(MAY)

Ok,sambung cerita malam tadi..Danial mengajakku pergi keRestoran Kapal..Besarnya...(first time ak jejak..)Makanan mesti mahal gila,bisikku dalam hati...Danial memesan ikan masak 3rasa..ermm..besrta sayur-sayuran,dan tomyam untuk 3orang makan..ak menelefon Faez,untuk sertai kami..dan dia tidak menolak..Berjumpa dengan otai muzik..wah..(ak melupakan kejadian buruk tadi,demi Daniel..)

Banyak yang ak pelajari tentang muzik dimalaysia..yupp...Diantaranya,kata2 beliau,Malaysia punya mentaliti amat LOW!!kenapa??yupp..Pasal melihat personaliti berbanding kualiti...contohnya,Azizi AF 1,nyanyian dan vokalnya memang terlalu hebat..Tapi dia down kerana dia tidak memiliki personaliti seperti yg digilai peminat2...wth...cuba lihat di US..artis seperti Aerosmith,(muka like hantu),tp diorang tak down...lihat lah..Dunia Barat mentalitinya cukup hebat kerana mementingkan kualiti dari personaliti...Macamanalah Malaysia nak maju dalam industri hiburan??Terpegun ak mendengar kata2nya..
Abang Danial bersama kumpulan Kristal

Banyak yang faez belajar dari Danial...Terlalu banyak ilmu..Sehinggakan,Danial mahu faez berjaya dalam pembikinan lagu..Danial akan push faez untuk ke Konsert amal,dll..wah...Sampaikan macam tu sekali....Siape manager Faez kalau bukan ak..hemm..^^

Daniel menganggap ak sebagai adiknya..Dia amat menyayangi ak..kerana apa??Aku baik??hah...bukan...Ak tempat beliau luahkan apa yang terpendam,Penderitaan dia dikongsi bersama ak...Dan yang paling penting,ak ialah seorang yg suka respek orang yang lebih dari ak...thats all..^^



Pagi yg Terburu2(sambungan....)

Petang ni sesudah asar,tenaga melampaui batas telah menyelubungi diriku...Entah mengapa??Bagaikan satu semangat yg berkorbar2.............Aku terus bekerja bagai nak gila..Bagaikan terkena pil kuda..Lagakku membasuh sambil memekik2 dan menyanyi..hahahha...bodoh betol...^^

Aku membasuh motosikalku yang telah lama aku biarkan...aku membasuh dengan penuh cermat..Dengan penuh kebersihan..Ahrgghh..Bersinar bagaikan motor baru...Seawal jam 6,aku terus menghidupkan motosikalku..wtf!!!Tak hidup!!!shit!!!marahku bercampur dengan kecewa...Malam ni ak harus bertemu dengan rakanku,Danial chua,bekas pemilik jamming Sinar Lagenda...arhh..Lupakan pasal dia...

Aku terus berusaha...sambil membuka kompressor dan aku menyembur angin kedalam plug...lagi tak hidup..Dan meletup ekzos besiku...wth!!!Hampir sejam aku keseorangan...Dalam suasana yg memilukan itu aku cuba untuk mendapatkan bantuan dari rakan2ku...ahhh......Angah pok gek tidak mengangkat panggilan aku..Sibuk sangat kah??Apih Toyo dah kekuantan...Nombor fon Napi,Lan dan yang lain2, tidak ada dalam senarai sim baru aku...so careless!!!

Aku memetik telefonku dan mencari nombor berikutnya...Sepupuku,Faez..langsung tak diangkatnya!!!shit!!!Bagaikan nak ku baling henfonku!!Tapi aku sabar..Pasal telefon sony ericson yg bakal ak lemparkan terlalu mahal harganya..kalau telefon mainan memang ak dah lempar kedinding.......memang aku panas!!!

Aku menghubungi Danial Chua,tapi tak sampai hati untuk aku menyusahkan dirinya yang sedang bermain2 dengan anaknya...dengan family..maklumlah,beliau baru sudah kematian neneknya,dan baru selesai menguruskan pengkebumian neneknya..aku menyembunyikan hasratku...aku malu untuk meminta bantuan dari Abangku..tapi,terpaksa..Azan maghrib berkumandang...aku cuba telefon Along,Abang sulungku..Dia ada dipejabat lagi sekarang,dia berjanji akan datang mengambilku dikedai..7.30 malam...allright...Aku menunggu...


Wah...Baruku ingat..kalaulah ak naik kereta kancil tadi kan tak mengapa...bala!!!what!!bukan balakrishnan la!!!wth???Bala means bencana la bodoh!!!arrghhh!!!Aku bercakap ngan syaitan lorh...hahahha...Pasal ni waktu maghrib..banyak setan yang menggangu aku...^^

Bergema nada dering telefonku...Menandakan ada orang yang call...''hello....sape tu...''jawabku...macam la aku tak kenal...dia abang ku...hehehe...''aku ade kat luar ni..mu ada mana???''sapa abangku...''kejap-kejap,on da way''..............;P

(Aku terus save blog nih,dan terus menyimpan laptop dalam beg secara tak tersusun...)aku pun memboncenglah dengan abang kesayangan aku tuh...hehehehe,(dalam hati nyanyi lagu,Pagi yang gelap,kini sudah terang,aku adikmu dan engkau abang...inginku ulang kemasa dulu....-kump.Hujan lebat...)...

Dalam perjalanan aku ternampak Faez,sepupuku yang sedang drive...hati baik ak berkata,''nasib baik lu tengah drive,masa aku call ko..kalau lu tgh tgk tv kat rumah,mmg teruk ak belasah!!''<

Sesampainya aku dihalaman rumah,ak terus menggapai poketku,''ade mende lagi??''sapa abangku...''duit minyak''jawabku dengan pantas....''tak payah laa...sapanya..lalu pergi tanpa menoleh kebelakang... ''terima kasih Long''laungku...

Arghhh...penat,kecewa,marah,hiba,malu,semuanya bercampur gaul...kalau ada orang yang sedang membuat onar dikampungku,memang aku belasah cukup2 dengan helmet yang aku pegang...arhggg...tetibe jer jadi samseng tak menentu..aku meluru kedalam bilik..bilik yang macam puaka!!argghhh...Bilalah aku punya masa untuk mengemaskan bilikku!!!aku letakkan laptopku diatas sofa...lalu meluru kebilik air...wah...sejuk airnya...


Jam 9.30 nanti ak akan berjumpa dengan Danial Chua..Disamping itu akan aku promosikan lagu Faez dan aku yg bertajuk,Khabar Duka Mistikal Alam...selesai coretan untuk episod pagi yg terburu2 edisi sambungan...

mood--tertekan....weekkkk ;P

Monday, May 17, 2010

Pagi yg Terburu2

Hari ini 18 haribulan 5...Bersamaan Selasa,atau dalam bahasa inggerisnyer,tuesday...^^
Pagi ni ak bangun jam 8.40..hahahha..Ibu ku tak habis2 memanggil ak untuk bangun..bangun dari katil..wah...letih rasanya untuk pergi kerja hari ni..Semalam tidur pukul 3 pagi...banyak fikir??no...ak membuat tilikan kepada seorang teman...hah??aku tukang tilik???no!!!!sekadar melepaskan kebosanan lorh....hahahha,...^^
kalau jadi tilikan ni,secara kebetulan jer....hohohohooh...........ak memaksa diri bangun dan terus kebilik air...selesai mandi dan menggosok gigi,ak terus memakai seluar..haa...seblom pakai seluar,ak pakai boxer....hehehhe...ape la aku ni..citer habis....wakakkaka

Ak mencapai gunting lalu menggunting misai yg hampir panjang..hemm..baru nampak muda..wakakkaa....^^
Jam 9pagi,hujan mula turuun...Hujan Panas!!pekikku...apalagi,terus on pc dan terus ke laman sembang yg aku miliki..no mesej,no komen..ym??hemm..kalau masuk dalam chat room,melambak la org gila yg kenal ak..hahhaha,tp ak kesuntukan masa..Jam menunjukkan 9.10...ak terus keBlog..Blog dolphin n penguin lorh..hhehhehhe,ada 1 komen..thankz la pengomen..i appreciate...(betui x words ak??hehehehe)

Hujan mula berhenti....adoiya..tergopoh gapah ak makan nasik goreng yg dibuat oleh ibuku...off kan pc,dan terus memakai baju yg lusuh..hah??selekeh ke ak??nk buat camano???kerja bergelumang dengan peluh,xkan nk pakai baju kebaya..ye ke dop???hehehhe^^

Adoi....anak kunci motor pulak dah tah kemana....aku cuba mendapatkan pertolongan cemas dari bondaku..ehhehhe...my mom kate,anak kunci abah mu pun hilang jugop tadi...lagi la ak nervous..takut2 seluruh persatuan anak2 kunci buat mogok..Jalan kaki lorh..^^..ak mencapai anak kunci kancil..mau jer ak naik kete kancil..biar dah muak,tp darurat... last2 jumpa la anak kunci motor dalam raga motor aku sendiri...wtf....hehehhee^^
motorku kesayanganku...sape kate ak tak suke pakai side mirror??

Lorh...henfon plop tertinggal dalam bilik...Ak pun tanpa membuang masa,terus berlari menuju kekamar tidurku..Ak mencapai henfon diatas katil...hah..bagus...Ak sembur sikit perfume,dan ak menutup pintu kamarku,seperti sediakala....hah??wth...masalah lagi....kacamata ray ban ak ada dalam kereta la plop....Ak mencapai anak kunci kereta,lalu Ak mengambil kacamata rayban...hah...Jam menunjukkan pukul 9.30...lewat gila ak masuk hari ni....hehehhe..Mentari memancar Panas terik...wah...ak,pun menunggang motosikal kesayanganku,yang slow..hehhehe....ermm...termenung atas motor tu kebiasaan...teringat peristiwa semalam...semalam yg hangat..bersama teman...

Sesampainya ak dikedai,ak terus membuka beg laptop...dan...ak terpegun sejenak...wah...susunan laptop dan charger begitu tersusun...Bahagianya..sejuk mata aku menatap....siapa yg menyusun??itulah temanku,Alya..hahhaaha.....kelmarin dia menyusun laptopku...wah...(ak nk suruh dia kemas bilik ak plop...wakakakkaa)thankz alya...u r my true frenz....^^

ak dah nk start keje...well...thankz coz reading my blog yg x menarik nih...hehehheh

Buku Motivasi n Anjakan Paradigma 1

Ak ingin kongsikan kepada semua..hemm..Ak memiliki sebuah buku motivasi yang lain dari yang lain..Pernah suatu masa ak membaca buku motivasi,Tetapi semua tidak ngam dengan kepalaku...Sehinggalah ak ketemui buku yang berjudul,''Anda Boleh''........Dapat kukongsi disini 5 perbezaan diantara PEMENANG dan PENGECUT....Jom ikuti...


1)Pemenang akan mengaku salah jika mereka tersilap..
2)pengecut akan berkata,itu bukan salah mereka jika mereka tersilap...

1)pemenang menghormati mereka yg berjaya@otai dari mereka,dan berusaha mempelajari sesuatu dari mereka...(ada gaya macam ak x??)
2)pengecut benci pada mereka yg telah berjaya,dan mereka akan cuba mencari kelemahan mereka yang telah berjaya..

1)pemenang mendengar
2)pengecut menanti giiran untuk bercakap...

1)pemenang lebih suka menyanjung
2)pengecut sanggup rugi kerana mahu disanjung

1)pemenang membuktikan kesilapan dan berazam tidak akan melakukanya lagi
2)pengecut meminta maaf atas kesilapan,dan akan lakukan kesilapan berulang kali..

lima perkara ni,ak tampalkan dekat almari baju,dikamar tidurku..Agar ak tak terjerumus dadalam kategori...Pengecut yg disegani...hehehhe^^

Saturday, May 15, 2010

cinta sejati

Cinta sejati adalah, ketika orang yang kita cintai mencintai orang lain dan kita masih mampu tersenyum dan berkata .." aku turut bahagia untukmu "..

pergghhh........sukar bagi ak menerima hakikat sebegini...benar..cinta tidak bermakna kita harus memiliki..cinta ialah pengorbanan..cinta adalah ketabahan...cinta adalah penderitaan dalam sebuah senyuman....

mahligaimu dari airmataku....nyanyian lestari membingitkan mindaku kala ini..hah...benar..

Rakan Seperjuangan!!!BB Motor...

Ah...letih selepas bekerja seharian suntuk...Ak perlukan masa untuk berhibur bersama rakan2 seperjuangan ku yg lain...Ya...Rakan2 yg lain..yang telah lama ak tinggalkan demi mengejar cita2 aku...Lan,Napi,Amer Pau,Seraf,Alif Brahim,penyu dan lain2...BB Moto tinggal kenangan...yg tinggal mereka saja...
Aku rindu saat kita semua bersatu...^^




kawan2ku,yg telah menyiapkan motosikalku,tanpa meminta habuan...

saat indah bersama korang xkan ak lupakan...Chayookkk!!! Racing Boyz!!!
*malam ni gua bersama korang lepak dikedai makan Pasar Buah!!!

Friday, May 14, 2010

Sejarah Hidup gue...




Lagi mengenai hidup ku....

Selepas tamat sijil pelajaran Malaysia(SPM),

Aku terus ke Pusat latihan Khidmat Negara(PLKN)..Setelah 3bulan ak membentuk jati diri,

Aku mula menjejakkan kaki ke Pusat Kemahiran Giat Mara Kijal...
Lepas 6bulan ak pelajari kemahiran pembaikpulih peti sejuk dan penghawa dingin,


Aku keluar dengan muka yang pura2 berjaya...sijil SKM x dapatt woooo...^^(tu la,yang Lu gi ponteng dan kutuk cikgu tu pesal??)

Tanggal 30 haribulan 1 2007,Aku bekerja di Jing Ying Lightning Centre..Sebagai juruteknik Aircond...Lepas tu ak angkat kaki..Pasal ak jenis yang terlampau suke dimanjakan...(keje ngan cina,habis perkataan la dia smash kat ak)


Pastu,tanggal 19 hbulan 2 ,2007,Ak menuju ke MT DUNGUN...Juga ak dilantekk menjadi juruteknik aircond..Memandangkan kesemua rakan2 ak meninggalkan tempat itu,Ak pun turut ikut jejak diorang..Bodohkan ak masa muda2 dulu???



Setelah ak keluar dari MT dungun,tanggal 1 hb 6. 2008,aku menerjah kebidang lain..
Aku diperkenalkan oleh sahabatku,Keri..kepada seorang pengusaha Dan juga juruteknik komputer yg berjaya..Abg Man..Ak menukar bidang kepada komputer..3 bulan ak belajar,ak mahir dalam format,install dan juga menukar barang2 hardware n software...Setelah itu kewangan ak semakin kurang..Ak minta bekerja..




Tahu kenapa kewangan ak tak kukuh??panjang citernya...meh abg citer....


Haa...ni laa masa ak muda2 dulu...Tu tak letak ekzos buloh lagi..lau letak...Mengaum..sup2...Macam palesit......^^
Setelah ak rase terhimpit sesangat...Ak pun menetapkan matlamat...Satu perniagaan iaitu,CARWASH.....
Tanggal 7 hbulan 1 2008,perniagaanku bermula.


Rambut afro,sempena mengingati Tragedi Tokyo drift...








Hemm................Sampai skarang la ak bertapak disini...Akanku teruskan legasi ini hingga benar2 ak mencapai nirwana kejayaan...........

Ngntuknyer...Nukilan siap jam 3.10 pagi...da nak tido..esok keje plop...hehehe^^

Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untuk ku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa ke mana sahaja kupergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak kujumpa
Pendirian tiada kusangka ada
Oh tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Agar sepenuh dengan pendirian
Kucapai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiranku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa kuhilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Uncle Khairool Idlan!!!!!!!!!!


Khairool Idlan...
penyanyi..aku yg kau panggil syg...


Uncle..sy amat respek uncle..dari luar dan dalam..uncle sememangnya otai..dalam seni..dan dalam perjuangan diPersada Muzik Tanahair..

Uncle..dikesempatan ini,sy ingin mengucapkan terima kasih kerana menjadi teman sy..
sy amat berbesar hati...bukan senang mendapat kawan dan teman seperti uncle..

kumpulan Avon memang tersemat dihati sy..juga Evolusi,Menara dan juga Kejora..walau x sempat dizaman itu,tp sy kagum..kerana ia adalah sentuhan uncle..
lagu Gila 1986,perghhh...hanya insan seni yg dapat menilai kehebatan uncle...
dan Aku yg Kau Panggil Sayang 1987..mmg pengubat kerinduan bagi yg diambang perpisahan..

Bagaikan bermimpi...perkenalan kita serapat ini..Uncle bagaikan ayah yg kedua bagi sy..
pendorong sy untuk lebih maju terus kehadapan..sy syg uncle..all de best...

ikhlas dari....Insan Seni,merangkap Timbalan *******

Chord Gitar/Keyboard - Aku Yang Kau Panggil Sayang

Aku Yg Kau Panggil Sayang (Audio)


Intro: Am--F--Dm--G--G--E7--Am--Am.

Am-----------------------F
Aku Yg Kau Panggil Sayang

-------------------G------------------Am
Ingin Menghampiri Masa-Masa Silam

Am--------------------------F
Engkau Yg Ku Panggil Sayang

-------------------G-------C--A7
Pernah Meneroka Hati Ini

------Dm------------------Am
Detik Kemanisan Pun Berlalu

------Dm Bmb5---------E7
Kemanakah Janjimu Yg Suci


Am--------------------------F
Aku Yg Kau Panggil Sayang

-------------------G---------------Am
Inginku Mengutip Sisa-Sisa Cinta

Am----------------------------F
Engkau Yg Ku Panggil Sayang

----------------G----------------C---A7
Menapak Kehala Persimpangan

-------Dm-----------------Am
Tanpa Meninggalkan Kata-Kata

----------------G---------Am
Bila Kaukan Kembali Lagi


Korus:


G------------------C----------A7
Seraut Wajah Sering Ku Usap

-----Dm---------------------------Am
Dalam Mimpi Kita Pun Bersenda

G--------------------------------Dm
Siangku Menyebutmu Dimalam Sunyi

--------------- Am----E7
Ku Digoda Rindu...Oh...


----Am-----------------------F
Aku Yg Kau Panggil Sayang

-------------------G-----------------Am
Dalam Kegelapan Ku Mencari Kasih

Am-----------------------------F
Engkau Yg Ku Panggil Sayang

--------------------G------ C----A7
Mungkin Kali Ini Kehilangan

----Dm-----------------Am
Berikan Daku Saat Terakhir

-----------------G--------------Am
Mengusap Muka Mu Oh Sayang


Solo
-Am---F---G-E7-
Am—F-G-E7-Am-G-F-E7-Am-Am


Ulang Korus & Rangkap 3

Muzik ending
– F-G-Am-Am.

Lagu : Afzainizam Ismail
Lirik: Azimah
Penyanyi:Khairool Idlan Ismail


Pengalaman dari perjalanan 4

Selamat Tahun Baru 2010….Itulah sinonim dengan hari ini…Ah…Usiaku juga bertambah….Sudah 22 tahun rupanya aku sekarang…..1haribulan 1 2010..Jumaat…Aku dan Sarel memulakan perjalanan keKuantan menaiki 2 buah motosikal…Selepas sembahyang Jumaat dan hujan semakin lebat…Memang ini adalah peristiwa yang tak dapat kami lupakan…^^
Kerja bodoh bila menunggang motosikal dalam keadaan hujan lebat..Sesampainya dikemaman,kami berhenti seketika untuk solat asar dirumah nenekku…Jam menunjukkan pukul 5 petang…Kami bergegas keKuantan..Sesampainya disana jam menunjukkan pukul 7 malam…Kami segera ke Kuantan Parade untuk mencari selipar yang branded..(Croc)tapi kami tetap tak jumpa…Kami berdua meredah hujan dan akhirnya hampa…Butik selipar itu sudah tutup…

Jam menunjukkan pukul 10 malam…Kami mengambil keputusan untuk pulang kekampung…;(
dengan perasaan sedikit hampa kami pulang…Aku sangat sakit belakang..ah…Mataku pula kabur,hendak tidur pun ada..Tapi Sarel menyeru aku agar memecut selajunya…Aku tak terdaya,akhirnya kami berpecah dikemaman,disaat itu aku tidak tahu yang Sarel sudah mendahului aku selama 15minit….Aku terus tunggang motor dengan kelajuan yang tak seberapa laju..Bimbang juga jika eksiden dan sesuatu yang tak diingini….Akhirnya aku sampai dirumah pada pukul 12.30 pagi…Letih tak terkata…Aku terus kebilik dan memecat seluar lalu tidur dikatil selena lenanya…

P/S: Bagi aku tidak sia2 perjalanan ini...kerana ini adalah satu pengalaman dari perjalanan..hahaha^^



Pengalaman dari perjalanan 3

Bermula lagi pengembaraan aku dan Sarel hari ini..^^ Tanggal 16 haribulan 12 2009..hari Rabu…Perjalanan yang tidak terancang langsung…Pukul 3 petang aku bertekad untuk menyewa kereta..Salinan ic dan lesen sudah disediakan Sarel…Viva pilihan kami,jimat minyak dan sesuai dengan bajet kami yang tidak seberapa…Kami bertolak pada pukul 5 petang selepas waktu bekerja…Aku sedari memang aku menutup awal premis perniagaan aku,tidak silap selepas azan asar…hah….Memang tidak terancang…

Kami sampai diKuantan pada jam 8.00 malam..Dan terus menuju ke Kuantan Parade..Tujuan utamaku adalah semata-mata ingin mencari Ray Ban Sun Glasses..hah…Mesti segak bergaya…Aku membeli Ray Ban dengan harga RM500…Seterusnya Sarel membeli telefon secondhand berkamera 3.2megapixel..Sony Ericson…Aku puas hati dengan perjalanan ini…Kami pulang pada jam 10 malam dan sampai kerumah pada jam 12.30 pagi….Penjimatan minyak viva tidak dapat dinafikan..RM25 dari Dungun ke Kuantan pergi dan pulang..wah…Aku beli viva juga nanti..hehehhee….kwang kwang kwang^^




Thursday, May 13, 2010

Aku Yg Bakal Menjadi Jutawan Muda???

Pada 9haribulan 11 2009
Masih ku ingat…Faiz sepupuku terjumpa setem yang bertarikh 1960 Malaya Trengganu…hah…Tersentak aku dimana harga setem tersebut mencecah RM 5juta…Rakan YB Matulidi mahu membeli setem tersebut dengan harga RM60Ribu…Tapi kami menolak…cita2 aku dan Faez mmg besar…Masing2 ingin memakai kereta mewah..
Fair Lady???Subaru???dan yg paling ingin kami buat ialah,pergi melancong Ke Langkawi bersama Rakan2 Rapat kami...

Jutawan muda akan menggegar Bandar Dungun…Perancangan untuk membeli bangunan,rumah,dan sebagainya untuk disewa kepada umum adalah hasrat kami….Dua hari selepas itu,sibuk faiz menyelongkar simpanan arwah atuknya,semata2 untuk mencari lebihan setem yg tersimpan,Terjumpa pula seketul batu kuning bermentera dan dipercayai batu diraja…faez mula menamakan batu tersebut sebagai Batu Kuning Batu Diraja…Dia mahu menjual Batu tersebut dengan harga RM24.3juta kepada Sultan Hassanal Bolkiah,sultan Brunei…^^



Batu Kuning Batu Diraja

Batu ini memang sukar untuk dijumpai...jika dipecahkan batu tersebut,serpihan dalam batu itu turut bewarna kuning keemasan....kami tidak berputus asa setelah beberapa kalai menelefon pejabat Sultan Hassanal Bolkiah...Disamping itu kami search internet dan laman facebook untuk diberitahu kepada jutawan2 Dunia...

Pada 30haribulan 11 2009,aku dan Faez menuju ke Kuala Terengganu..Tujuan kami hanya satu…keMuzium Losong…Hujan renyai2 membolehkan aku menutup perniagaan aku,dan turut menemani Faez...kalau cuaca panas,terpaksalah aku membiarkan Faez keseorangan berjuang...Setibanya diMuzium,malangnya,pengarah muzium menolak mentah2 tanpa melihat dahulu barangan kami yang sememangnya tiada dipameran….Kami Pulang dengan sedikit kekesalan..Dalam hujan lebat itulah bermulanya klimaks kesusahan kami…Shahdunya suasana hari itu...Bukan senang mahu jadi jutawan….

Lebat hujan semakin menyesakkan pemikiran ak yg sedang mengantuk dikala Faez sedang memandu...(dalammakna ayat aku ni.....hehehhe)



Hari ini hari selasa,8 haribulan 12 2009…aku masih menunggu panggilan Faez…tentang perkembangan khazanah lama itu…Aku akui mmg terlalu lama untuk kami menjual khazanah bernilai tersebut dan duitku juga makin sedikit dijadikan modal dalam setiap aktiviti ini…Sehingga kehari ini...14 hb 5,2010..Masih tidak terjual khazanah tersebut...

pengalaman dari perjalanan 2

Pada 15 haribulan 5 2009…
pukul 12pagi,malam jumaat,hah…aku,sarel,anas,alias dan azwan menuju ke wakaf che yeh,kota baharu…tujuan kami berlima menuju kedestinasi tersebut semata2 ingin melawat tempat orang..tidaklah kami duduk terperap dibandar Dungun saja…kami menyewa kereta dan Alias pemandu yg mempunyai lessen memandu…masih ku ingat,Sarel melanggar seekor lembu ditengah jalan seawall jam 2pagi..hahahhaha….kami berlima gementar usah dikira..hanya Tuhan saja yg tahu…banyak peristiwa yg kami lalui…pukul 4 pagi,kami berhenti disebuah masjid,untuk membuang air dan sebagainya..tapi,apa yg dilihat oleh Alias,Sarel dan Azwan amatlah memeranjatkan aku dan Anas yg tidak melihat apa yg mereka lihat…sebungkus manusia berkain putih seperti POCONG bertenggek dibawah bangsal dibelakang masjid tersebut…ish..meremang aku yg sedang menaip sekarang…

Kami melawat PCB,pantai cahaya bulan..selepas itu kami menyinggah ke KB MALL sebuah pasaraya yg agak besar diKota Bharu….selepas maghrib kami menuju ke Wakaf Che Yeh…membeli apa yg patut untuk dibawa pulang…kami bertolak balik dari Kota Bharu ke Dungun selewat jam 10malam..keesokan hari adalah waktu kerja..mampukah aku,Anas dan Sarel bekerja dengan bersungguh-sungguh besok??aku tidak pasti..tapi Sarel bersungguh-sungguh dan bersemangat akan bekerja keesokan hari…kita tengok…..

Pengalaman ini memang menarik,dan tetap aku kenang sehingga keakhir hayat…kami tiba kerumah pada pukul 5.30pagi..aduh..pukul 9 harus aku membuka carwash,aku terlena sehingga ke pukul 9.30…aku terus memecut motosikal dan aku dapati Sarel dan Anas tidak muncul lagi…pukul 10pagi tiba Anas dengan mata yg merah menyala seperti aku…mana tidak merah,tidur dalam kereta pun tidak lena,harapkan tidur dikatil beberapa jam sahaja…Sarel tertidur sampai kepetang…hah…janji akan bekerja hari ini…tapi hampeh…aku dan Anas membanting tulang bersama…

Malang Tidak Berbau

Masihku ingat lagi,pada hari khamis 12haribulan 3..aku telah melakukan kesilapan,berkhayal semasa mengundur kereta Toyota caldina kepunyaan Shake nasi kukus,(kelemahan aku,aku suka berkhayal dalam kesibukan kerja sekalipun..)
tanpa kusedari aku telah merempuh kereta gen2 kepunyaan Sani…masyaAllah…dari sudut wajah abah,kecewa telah menyelubungi…bayaran untuk Sani rm 1170,manakala Shake rm 500..

Disini dapatku lihat sejauh mana kejujuran Sani dan Shake…sangat mahal kos yang Sani minta,tapi aku dan abah tahu yang Sani mengubah suai keretanya dengan menggunakan duit itu…tak mengapa,ini semua kesilapan aku..dan aku berjanji perkara ini takkan aku ulangi lagi..sudah lama Sani tak datang membasuh,mungkin dia malu dengan ketidakjujurannya…manakala Shake walaupun harga sebenar rm1000.00,tapi kerana kasihankan aku,dia hanya meminta rm500.00 sahaja…Shake lebih jujur…

Jumaat yg menyingkap seribu keindahan..

Aku cuba manfaatkan petang aku untuk kemaskan bilik tidurku yang bersepah...Sampaikan dah jadi penempatan tikus..dashyat tu...walaupun tidak mempuyai insfrastruktur seperti hotel bertaraf 5 bintang,tapi selesa...Beranak pinak sang tikus dalam almari cermin...hemm...dua jam aku menghabiskan masa dikamar tidurku...Bagi aku petang jumaat ni la masa untuk aku settlekan apa yang belum selesai...^^

Dalam berkemas punya kemas,aku membelek sehelai demi sehelai baju-baju lama dalam kotak...Dan aku terpegang salah satu baju...Menggamit kembali dizaman khidmat Negara dahulu...Baju itu kutatapi dengan penuh terharu...Tandatangan dan pesanan yang diconteng diatas sehelai baju itu penuh bermakna...Hendak kubuang sayang rasanya...Terbayang Saiful yang sangat memualkan...Terbayang safuan yang selalu menjadi tempatku untuk melepaskan kebosanan,periang dia,poyo dia,joke dia aku tak mampu lupakan...Terbayang Asrul teman baikku yg berasal dari Melaka..Terbayang Cikgu Zainal dan Cikgu Hassan,jurulatih kami yg stedy..

Tapi semua itu sudah berakhir...Dimanakah mereka sekarang??Aku tidak pasti..yg pastinya mereka sibuk mengejar impian masing2..sama seperti aku dikala ini.....;(
'mengkritik tidak bererti menentang,
menyetujui tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik'

Wednesday, May 12, 2010

Siapa Aku???


Nama sebenar aku ialah Zulkifli bin Mohamad Narawi..
Nama manja dan timangan,Ayie...
Lahir pada tahun 1988...(zaman Rock Kapak)
Hidup aku simple...
Makan nasik yg berlaukkan singang ikan selayang dan kalau ade rezeki lebih dari ibuku,
dapatlah makan lauk ayam pedas..dan aku tidaklah cerewet...
cukup ada lauk telur pedas,gerenti aku menambah..tu pun kalau ade nasik lebih..
sedih jika dikenangkan dulu2..kemiskinan dan kesesakkan ke dua ibu bapa...
dalam membesarkan kami anak beranak...



Ini kisah masa aku kecik2 dulu...;(

# Aku selalu menunggu sahabat tadika ku,z-man untuk pergi bersama2 ke Tadika..Z-man duduk didepan rumahku..(kini Z-man telah berpindah entah kemana)sedang menunggu,ibu ku mengajar membaca kepada aku...

# Aku suke sangat makan nasik goreng ibuku...walau sakit gigi skalipun...walau baru balik dari klinik gigi...selera kepada air tangan ibuku mmg thumbs up!!!

# Aku suke sangat pistol air...kalau ayahku pergi ke Kuala Lumpur,sudah menjadi kebiasaan aku untuk meminta buah tangan seperti Pistol air..skarang ni mudah dijumpai,rm1..pasal aku ingat,dekat KL jer ade mainan hebat tuh...hehhehe..

# Aku minat main video game..yang ade tape..suke sgt main game Super Mario..tp abang ak memang selfish..asyik2 dia jer yang main..jadi ak kempunan jugak nak main..(game tu bukan kepunyaan kami,tp dipinjam)

# Aku minat telepon bimbit...mainan lorh...tapi ayahku mmg xbrani belikan aku tepon tuh..ala...Yang ade nada dering jer...xleh dail pon awek2....Nak dijadikan cerita,Pak saudaraku mengajak aku untuk kebandar..skarang bandar Dungun...Beliau membelikan telefon bimbit mainan kepada anak2 beliau...gembira bukan kepalang sepupuku,faez dan mad..last2,Telefon bimbit mainan kepunyaan mereka yg lama dihadiahkan pada aku...wahhhh......bergaye giler.........^^

# Aku minat tgk video tape..(skarang VCD)...Tape punya la besar...tapi keluarga ak xmampu beli video tape..so,ak jarang2 pegi jugak la kat sebelah rumah ak,kedai makan pak sedara aku..semata2 nk tgk citer pendekar bujang lapok..Dan madu 3 yg tgh hot dipasang dikedai pak sedaraku...

# Aku suke main perang2...dulu aku miliki pistol manik...beli sendiri bai..pasal dah pandai mencuri sen ibu aku...Rm10 jer..Tapi x secanggih pistol manik kepunyaan kawan aku,z-man..Pistol die harge rm15..kalau dia tembak aku,perrgghhh.....Pedeyyy woooo....^^..tapi pistol aku punyer sekadar boleh tembak dari jarak dekat..tu pun mangsa tidak akan terseksa..tapi boleh senyum lagi....

# Aku masih ingat,darjah 1 dulu,ade sorang awek yg cun..name dia Ain..Bertahi lalat dileher..Dia menjadi ketua darjah masa tu...Aku dan tajmil sering memikat beliau...masih aku ingat Aina yg berambut pendek dan sering membuat onar didalam kelas,dan amelina yg mengajarku matematik tentang tolak dan tambah....tp,darjah 2,aku lihat mereka semua sudah tiada...mereka berpindah sekolah..perghhhhhhhh........;(

# Aku suker main "tang buaya''..ala..yg lompat2 kat atas wakaf tempat org berehat...biasenye aktiviti ni berjalan selepas balik dari mengaji....songkok dan baju melayu...Quran letak lam raga beskal...hehhe

# Aku suke gertak org mase mengaji dulu...sampaikan budak tu panggil bapak dia wooo...ape lagi,aku yg masih kategori kanak2 biol,masuk dalam rumah Tok Teh laa...hahahahha

# Aku kalau bulan pose mmg suke tgk cite jejak Rasul...haaa...dan lagi,citer kegemaran aku,Flash Man,Mask Man,Power Rangers...kalau tak tengok,memang tak sempurna hidup aku...Sehinggakan aku menyebarkan fahaman Flash Man keSekolah Rendah...siap buat topeng dari kertas..perghhh...Aku juga dilempang guru ketika cuba berterajang dalam surau...;(

# Darjah 3,aku dapat basikal...oleh kerana aku dengkikan abang aku yang sering melajukan basikal dan mencantikkan basikal...Aku bangga bila dapat basikal...Dan aku mula belajar satu taktik,iaitu menunggang basikal tanpa memegang handle...hebatnyer....^^

# Aku suke tengok citer hantu...yang paling gerun dulu,tengok citer pontianak sundalbolong,indonesia mari...perghhh...seram siott...Aku ingat hantu kopek jer yg menakutkan,tp hantu pontianak lagi jahhattt......

Kalau hendak diceritakan kisah hidup aku semasa kecil mmg menyayat hati...
aku selalu dibedal oleh ayahku,kerana kenakalan ku tanpa batas...

Kehidupan kami sekeluarga amatlah klasik..bersama abangku,sepupu2ku...dan teman2..
ada suka duka..penuh ranjau..onak duri habis dipijak..habis diteroka..
Masih aku teringat lagi.,ketika dulu ayahku pulang dari kerja,memakai kacamata rayban..
dan menaiki motosikal honda berlampu bulat..aku menanti setiap kali kepulangan beliau..tp,aku dulu mmg kuat menangis..sehinggakan aku sering dimarahi dan dijerkah oleh ayahku...
tapi pujukan ibuku dapat meredakan tangisan aku..pujukan dan belaian ibuku,tak dapat aku lupakan...setiap kali aku terkenangkan,pasti sebak jiwa yang keras ini...
jasanya tak terbalas...dan dimasa ibuku masih ada nilah,aku harus mematuhi setiap kata-katanya..

Aku takut akan kehilangan kedua2 nya...aku syg ibu bapaku!!!
syg melebihi dari apa yg ada didunia...kalau dapat kupetik kejora dilangit,
akan kupersembahkan pada mereka yg telah membahgiakan aku,walaupun pedih sengsara yg akan kutanggung...Bagi aku,..tanpa mereka siapalah aku,dan setiap hari ialah hari mereka..selamat hari ibu dan bapa!!!
^-^

Tuesday, May 11, 2010

pengalaman dari perjalanan 1

Pada pukul 4 petang,sepupuku (POJI)telah mengajakku pergi kekuantan untuk menemaninya membeli tiket bas kePulau Pinang..Tiket itu amat berharga kepada Poji kerana,tanpa tiket itu,tak dapatlah Poji pergi menyambung belajar ke universiti Sains Malaysia

Aku cuba mengambil peluang untuk mengisi masa terluang,disamping aku dapat mengenali tempat orang.Dalam perjalanan kedestinasi tersebut,aku dan Poji sempat bersembang dan bergurau senda tanpa memikirkan kejadian yang bakal kami tempuhi…’’minyak motor dah kehabisan’’itulah kata poji kepadaku…dalam situasi itu,aku yang menjadi pembonceng turut menjadi cemas,maklumla,nak cari kat mana stesen minyak kat kawasan yang tak dak penghuni…(bukan Bandar)…aku bertawakal kepada Allah dengan membaca Al Fatihah seberapa banyak sehinggalah kami sampai kebandar dan terjumpa stesen minyak petronas…(ternyata tawakal amat diperlukan setelah berusaha)…syukur Alhamdullillah…^^

Setelah kami mengisi minyak,kami terus menuju kelapangan bas terbesar,belum pernah aku jejak…Peristiwa menjadi semakin malang apabila tiket bas yang diperlukan sudah habis dijual…aduh….gawat…Setelah POji menelepon maknya dan kawannya,dia terus nekad membeli tiket keButterworth walaupun terpaksa menaiki 2-3buah bas lagi disana,kemudian menaiki feri yang tambangnya lebih kurang rm1.30…Dengan perasaan hampa kami terus memblahkan diri dari tempat tersebut….

Terminal Bas Kuantan...


Dalam perjalanan pulang keKemaman,kami terpandang sebuah gereja kristian yang amat besar..Didalam kawasan sebegitu luas terdapat deretan bangunan seperti sekolah St.Thomas,bangunan pentadbiran gereja dan sebagainya..Masyaallah…mengucap panjang aku…Terdetik satu rasa dihati memberikan jawapan yang selalu dipersoalkan selama ini,iaitu mengapa ramai melayu murtad,cuba kita lihat besar manakah rumah Allah yang kita bina??Nauzubillahhiminzallik…..kita mintak berlindung dari terpengaruh dengan salah satu daripada agenda yahudi dan nasrani nie…

Sesudah itu kami pergi kemasjid untuk menunaikan solat asar kerana jam menunjukkan pukul 6.30petang..Sesudah solat kami pergi kepasar malam yang juga nerdekatan dengan masjid untuk mengisi perut yang sedikit lapar..Kami meneruskan perjalanan untuk pulang keChukai Kemaman..Kami berhenti pula disebuah masjid untuk menunaikan solat maghrib pula..’’kita akan selamat dalam perjalanan jika kita menunaikan fardhu terlebih dahulu…”itu kata-kata Poji sewaktu kami bersembang diatas motor.. Destinasi selepas ini adalah yang amat teruk bagi diriku..

Kami tiba diCherating Beach Resort…tempatnya sunyi dan gelita…laluan itu penuh dengan restoran dan kedai-kedai yang menjual arak yang berjenama terkemuka seperti Carlsberg,dan Tiger Beer…Tapi kami lalu jer…kami sedar yang mana jika seseorang minum setitik saja maka amalan mereka selama 40hari akan ditolak…masyaallah…sedarlah dari mimpi burukmu..wahai orang yang telah terlanjur…. Kami tiba dipantai belakang dan kami dapati 2 pasangan sedang duduk berbual berdua-duaan…bawah pokok pulak tu..kami menuju kearah mereka,dengan pantas mereka lari meninggalkan tempat tersebut…Tak payah la kita nak memikirkan apa yang diorang lakukan….kat tempat yang sunyi dari pandangan orang…mesti confirm nak buat maksiat punya….Kami terpandang pusara-pusara yang sepi…Tersiksakah roh-roh mereka apabila ditanam ditempat yang penuh dengan kemaksiatan siang dan malam….arghhhhhhh….geramnya aku!!!!!rasa hati mahu aku bersuara kepada parti yang memerintah sekarang!!!kamu semua pemimpin membiarkan maksiat berleluasa!!!!!akan dibicarakan dipengadilan akhirat berhakimkan Tuhan semesta alam….panas hati ku ketika ini…...WALLAHHUA’LAM….Kami blah dari situ dan menuju pula kedestinasi maksiat kedua iaitu (CLUB MED)..

Hairan,mengapa dibina sebuah Club didalam hutan rimba??bukankah orang takut untuk berbuat maksiat ditempat yang sebegitu,binatang buas,hantu dan bermacam-macam lagi????nak buat maksiat mana-mana pun boleh sekarang ni…kan Islam hadhari…hak,hak,hak,^^

Tersenyum aku dikala ini....Berdebar dihati bukan kepalang…bukan aper…Bimbang jugak jika pencegah maksiat datang dan menyerbu kami…ataupun makhluk-makhluk yang tak kami undang menjelma depan kami,…tak ke nayer…..Kami terpandang satu bangunan yang tersergam indah,bercahaya,bergermelapan…hehehhe.....^^..Ternyata itulah Club Med,istana syaitan dan syurga pelaku maksiat!!!!jangan terkejut jika aku katakan yang istana itu hanya VIP dan yang berharta saja yang boleh masuk buat maksiat,tapi yang miskin lagi bodoh pula diberikan lorong-lorong yang gelita …Apabila kami keluar dari hutan celaka itu,aku ternampak satu bayangan putih….ape agak-agaknya……^^



Destinasi seterusnya kami kepantai Chendor,sunyi sepi juga…makna kata,kalau nak buat projek pun boleh terjadi kat sini…kami terus menuju kembali kegerbang Kuantan-Kemaman,kami pulang dengan satu persoalan yang telah terjawab…inilah pengalaman dari perjalanan…;)